Dalam minggu ini, Misako banyak menghabiskan masa mengkaji tentang kes pembunuhan yang bakal berlaku. Surat cintanya kepada Yoshi juga sudah disiapkan.
"Buka cuti sekolah nanti aku bagi dialah. Hehe," Misako mengelamun.
Misako ketika ini sedang berada di sekolah. Tarikh adalah 9 Mac ketika ini. 20 hari sahaja lagi sebelum Yoshi hilang.
"Tadi kat sekolah kereta cikgu Tanae biasa-biasa saja. Takde apa yang menarik. Cikgu Kawasa pun..."
Misao mencatit-catit sesuatu di dalam sebuah buku tulis. Ini untuk memudahkannya mencari maklumat kepada si pembunuh!
"Cikgu Kohara tak mungkin, sebab dia dah tua.."
Memikirkan semua ni membuatkan Misako mengantuk dan akhirnya membuat keputusan untuk lelap seketika.
Tok tok tok.
Pintu rumah Misako diketuk. Kata Konari, dia pulang lewat malam hari ini. Misako terjaga daripada lenanya. Dia menjenguk ke luar tingkap. Kelihatan seperti ada kelibat seseorang sedang berdiri di hadapan pintu.
"Siapa tu?"
Misako memegang kayu besbol yang pernah dibeli oleh ayahnya pada ketika dahulu.
Tok tok tok.
Misako menghampiri pintunya dengan perlahan-lahan. Jantungnya berdegup kencang. Dup dap dup dap. Perlahan-lahan tangannya mencapai tombol pintu. Misakp menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.
Kraaak!
Pintu dibuka oleh Misako. Misako melihat ke arah luar. Namun tiada sesiapa. Aku salah pandang kut? Misako akhirnya menutup pintunya semula dan menguncinya dari dalam.
Tidak semena-mena, ada seseorang dari arah belakang menekup mulutnya. Misako meronta-ronta. Kayu besbol tersebut terlepas daripada tangannya.
"Huuuum huuuum!" jerit Misako.
"Hebatnya kau boleh merentas masa," kata suara lelaki tersebut.
Misako terdiam. Bagaimana dia tahu??
Lelaki tersebut menolak Misako sehingga terjatuh. Misako memusingkan badannya. Topeng anonymous!
"Maaf Misako, aku tak akan benarkan kau ubah apa-apa," kata anonymous tersebut.
Misako terbeliak apabila perutnya dirodok oleh sebilah pisau. Matanya makin gelap....Gelap...Gelap.
-Bersambung-
Share this novel