"Yoshi! Yoshi!" panggil Misako.
Yoshi menoleh ke arah Misako.
"Apa dia?" tanya Yoshi melihatkan Misako tercungap-cungap.
"Huuu...Haa...," Misako mengambil nafas terlebih dahulu.
"Cepat Misako, apa dia? Time is gold you know," kata Yoshi sambil speaking.
"Ye ye...Ni aku nak bagi kau surat ni," kata Misako sambil menyerahkan sepucuk surat.
Mereka berdua ketika itu dalam perjalanan pulang ke sekolah. Mereka berumur 11 tahun pada ketika ini.
"Surat apa ni? Siap ada love?" tanya Yoshi bagaikan budak idiot. Sah-sahlah tu surat cinta.
"Errmm...Bacalah dulu, esok balas balik tau," pesan Misako sebelum berlari pulang ke rumah.
Yoshi memandang surat tersebut berkali-kali sebelum tersenyum.
Misako, gadis yang berani dan agak kuat. Cemerlang dalam sukan tetapi lemah dalam pelajaran. Kelasnya adalah sama dengan Yoshi. Dia juga berani untuk meluahkan perasaannya terhadap Yoshi. Namun begitu, naluri seorang perempuannya masih ada.
"Tolonglah balas esok, tolonglah balas," bisik Misako sambil menggenggam kedua-dua tangannya.
"Misako, mari makan," laung maknya dari dapur.
"Ye mak, kejap," Misako menyahut.
Mereka berdua sahaja yang ada. Ayahnya telah menceraikan maknya atas alasan ada perempuan lain.
"Mak, Mi minatlah dengan Yoshi," kata Misako tanpa segan silu. Sememangnya Misako seorang yang berani.
"Ish kamu ni. Belajar dulu. Baru fokus tentang cinta-cinta ni," tegah Konari, ibunya.
"Tapi mak, Yoshi tu duduk kelas depan tahun lepas. Tu yang Mi belajar bersungguh-sungguh tu hanya nak masuk kelas yang sama dengan dia. Haa result Mi tahun lepas ok kan? Ok kan? Haaa," Misako memberikan Konari alasan yang munasabah.
Kalau bercinta dengan seseorang tapi tak mengganggu fokus ketika belajar tak mengapa.
"Buatnya dia suka orang lain camna? Haaa, nanti kamu tak nak belajar pula," Konari cuba membantah.
"Tak apalah mak, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor," kata Misako penuh yakin.
Dah matang anaknya itu. Gumam Konari.
"Yala, dah cepat makan. Nanti buat kerja sekolah," Konari berpesan.
"Baiklah mak,"
Keesokannya...
"Misako?"
"Ada" jawab Misako.
"Kenta?"
"Ada,"
"Sumogi?"
"Ada,"
"Yoshi?"
Tiada sebarang sahutan.
"Yoshi tidak datang ke?" tanya cikgu Tanae.
"Tak nampak pun dia cikgu," jawab Kenta.
"Hmm pelik. Jarang Yoshi tak datang sekolah," kata cikgu Tanae.
Misako berasa pelik kerana Yoshi tidak hadirkan diri ke sekolah. Adakah ini salah satu tanda protes yang suratnya tidak berbalas? Misako berfikir yang bukan-bukan tentang Yoshi.
Riiiiiiing!
Murid-murid boleh pulang ke rumah semula. Tetapi Misako pergi ke rumah Yoshi. Setibanya Misako di rumah Yoshi, terdapat ramai anggota polis yang berada di rumah Yoshi. Apa yang sudah berlaku?
"Bila anak puan hilang?" tanya seorang anggota polis.
"Semalam lagi dia tak pulang," jawab ibunya sambil menangis.
Tak pulang? Mustahil! Yoshi hilang? Misako berasa bersalah kerana memikirkan yang negatif tentang Yoshi.
Misako cepat-cepat pulang ke rumahnya dan memberitahu emaknya tentang kehilangan Yoshi.
Konari begitu terkejut. Cepat-cepat dia cuba menenangkan Misako.
Keesokannya masih lagi sama.
Yoshi tidak datang ke sekolah. Berita tentang kehilangan Yoshi mula tersebar di seluruh sekolah. Ada pelajar yang takut, ada yang tiada reaksi.
Hari seterusnya....
Yoshi masih menghilang. Polis sedang mencari Yoshi di seluruh bandar.
Hari seterusnya....
Mayat Yoshi dijumpai di dalam tanah. Dia telah dibunuh dan ditanam. Mayatnya sungguh menyedihkan apabila dilihat.
Misako adalah orang yang paling sedih. Surat cintanya kepada Yoshi telah dijumpai di dalam tanah yang ditanam bersamanya.
Misako akhirnya diminta untuk ke balai untuk memberikan penerangan.
Hari seterusnya, seorang perempuan bernama Usagi telah hilang. Pencarian besar-besaran dilakukan. Siapakah dalang semua ini?
Misako akhirnya mengalami demam panas dan dia terpaksa bercuti sekolah. Misako ketika ini berada berseorangan di dalam rumahnya.
Tok tok tok!
Pintu rumahnya diketuk seseorang. Misako bangkit daripada baringnya untuk membuka pintu.
Apabila Misako membuka pintu, alangkah terkejutnya dia apabila seseorang memakai topeng anonymous sambil memegang alatan menculik seperti tali. Misako cepat-cepat menutup pintu tetapi telah ditahan oleh anonymous tersebut.
"Mama....Mama...," Misako menangis. Demamnya menyebabkan dia tidak jadi berani mahupun kuat.
Anonymous mengangkat tukul tinggi-tinggi!
"Mamaaaa!!" jerit Misako.
-Bersambung-
Share this novel