-7 Mac 2003-
Hari-hari persekolahan berjalan seperti biasa. Misako masih lagi cuba mencari identiti pembunuh dikalangan cikgu-cikgunya. Cikgu Kawasa? Cikgu Jean? Cikgu Tanae? Arggghhh. Pening Misako memikirkan jawapannya.
"Kau nak lepak kat rumah aku tak balik nanti?" tanya Fuyu.
"Maaf ye Fuyu, lepas sekolah ni aku kena kurung kat rumah. Buat kerja sekolah. Sebab hari tu kantoi dengan mak aku, aku tak buat kerja sekolah," Misako tersengih.
"Oh, tak apalah kalau macam tu," kata Fuyu.
Cikgu Tanae masuk ke dalam kelas. Dia mengajar seperti biasa. Tiada apa-apa yang pelik tentang cikgu Tanae. Misako khusyuk memerhatikan karakteristik cikgu Tanae. Adakah cikgu Tanae mempunyai ciri-ciri seorang pembunuh?
Riiiiiing.
Bunyi loceng menandakan sudah habis waktu persekolahan. Misako ketika ini berada di parkir kereta cikgu-cikgu. Misako cuba mencari kereta cikgu Tanae. Kalau dia tidak silap, warna kereta cikgu Tanae adalah biru tua dan mempunyai kereta yang besar.
"Inikah?" tanya Misako. Kereta yang agak besar walaupun dia tidak tahu jenama apa.
Misako memerhatikan sekeliling. Tiada cikgu yang pulang lagi. Misako mengambil kesempatan ini dengan memeriksa barang apa yang ada di dalam kereta berwarna biru tua itu.
"Sarung tangan?" gumam Misako dalam hati.
Setelah 5 minit memeriksa, Misako pulang ke rumahnya semula. Segala persoalannnya masih belum terungkai. Sarung tangan? Itu agak memusykilkan.
"Misako, apa yang kamu termenungkan tu?" tanya Konari.
Misako tersentak untuk seketika. Perlu ke kali ni dia memberitahu maknya tentang hal sebenar?
"Eh, mama. Tak ada apalah," Misako masih cuba berdalih.
"Minggu depan, Mi cuti 2 minggu kan? Lama juga tu. Nanti bolehlah kita pergi jalan-jalan sesama," cadang Konari.
Jalan-jalan? Tapi aku nak selesaikan kes ni dulu. Gumam Misako dalam hati.
"Errr, rasanya time cuti ni ada aktiviti dengan-"
"Mi!" Konari menengking.
Misako terdiam semula.
"Kamu dahlah masih berahsia dengan mak pasal hari tu. Sekarang ni, kamu cuba tidak mahu mendekati mak. Apa sebenarnya masalah kamu ni?" Konari marah. Apabila dia marah, suara perempuannya akan berubah seakan-akan suara seorang lelaki. Konari juga mempunyai bakat dalam meniru suara seseorang sejak dulu lagi.
Misako hanya menundukkan wajahnya. Dia tidak mahu beritahu maknya tentang masa akan datang! Maknya akan mempercayainyakah? Itu sungguh mustahil!!
"Tak apalah. Kamu bercuti jela dengan kawan kamu, mak nak balik kampung nanti," kata Konari kemudian berlalu pergi ke dapur.
"Mama.." kata Misako.
-Bersambung-
Share this novel