Bab 21

Crime Completed 2648

-27 Mac-
-2 petang-

"Midori, jaga rumah ni lusa nanti. Ayah mungkin tak balik untuk beberapa hari,"

"Ayah nak pergi mana?"

"Jumpa seseorang,"

Midori hanya mengangguk. Ayahnya itu banyak berahsia dengannya walaupun sudah lama menetap bersamanya. Walaupun ayahnya seorang guru, tapi tugasnya mengalahkan tugas menteri. Sentiasa sibuk.

"Ayah nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia yah?"

"Kamu ada jumpa dengan seseorang yang bernama Misako?"

"Misako? Tak pernah pun. Dengar pun tak. Kat sekolah kita takde pun orang nama macam tu,"

"Okay," akhirnya baru ayahnya mengorak langkah meninggalkan rumah.

Midori sudah biasa bersendirian di dalam rumah. Hana dan Ishorilah yang selalu menemaninya di dalam rumah tersebut. Namun selalunya Ishorilah yang tidur dalam rumah Midori jika ayahnya tidak pulang ke rumah.

Midori ketika ini sentiasa memikirkan rahsia yang ayahnya sembunyikan. Ayahnya juga melarang dia masuk ke dalam biliknya. Namun perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri Midori menyebabkan dia masuk juga ke dalam bilik ayahnya itu. Itulah kali ketiga dia masuk ke dalam bilik ayahnya. Dua kali dia masuk ke dalam bilik ayahnya, ayahnya sentiasa dapat menghidu. Maka disebabkan itu dia dirotan. Waktu itu Midori masih kecil.

Kali ni aku dah besar. Aku perlu tahu. Aku anaknya. Kenapa perlu bersembunyi pula. Gumam Midori dalam hati sambil matanya masih merenung ke dalam bilik ayahnya itu.

Ketika itu baru Midori perasan ada sebuah rak di sebelah katil ayahnya. Rak kecil sahaja. Mungkin untuk menyimpan barang peribadi?

Midori nekad kali ini. Dia akan selidik rahsia ayahnya itu sampai dapat! Tanpa berfikir panjang, Midori terus bergerak ke arah rak kecil tersebut.

Tangan Midori membuka rak tersebut tanpa berfikir panjang. Ayahnya mesti pulang lewat ke rumah hari ni. Sebab lusa ayahnya berkata ada urusan penting ingin bertemu dengan seseorang nanti.

Terkejut Midori. Disangkakan ada barang, rupa-rupanya kosong. Midori tahu, jika ayahnya berangkat esok, pintu biliknya akan dikunci. Tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, Midori masih berusaha mencari di sekitar bilik ayahnya. Mengharapkan agar menjumpai sesuatu.

5 minit berlalu namun Midori masih tidak menjumpai apa-apa. Dia merasakan ingin mengalah sahaja. Kemudian, mata Midori tertancap pada bantal milik ayahnya. Pelik sedikit bentuk bantal ayahnya itu. Tidak semena-mena, Midori terus membuka bantal tersebut.

Midori melihat ada sekeping gambar seorang wanita dengan seorang bayi. Ibunya kah itu? Adakah baby tersebut itu dia?

Midori membelek gambar tersebut, dia melihat ada tulisan kecil di bahagian belakang gambar tersebut.

"Selamat Hari Jadi Suamiku, Encik Akio yang Sentiasa Hensem,"

"Hanya ada sekeping sahaja gambar ini, simpan baik-baik ya,"

Midori melihat wajah ayahnya semula. Adakah itu benar-benar ayah atau bukan? Getus Midori dalam hati.

"Kau buat apa tu?"

Midori terkejut. Ayahnya memanggil. Lekas-lekas dia menoleh ke belakang.

Alangkah terkejutnya Midori apabila ayahnya itu berdiri betul-betul di hadapan pintu biliknya.

"Mana kau dapat gambar tu?" soal ayahnya lagi.

Midori terkedu. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan ayahnya hari ini. Persoalannya, macam mana dia senyap-senyap boleh stalk aku dari belakang? Aku tak dengar pun pintu dibuka tadi.

Tak. Paling penting sekali, macam mana aku hendak melepaskan diri!

"Haih, kamu ni. Tak elok lihat privasi orang," kata ayahnya sambil berjalan perlahan-lahan ke arah Midori.

Tsk.

Midori buntu!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience