"Misako, lama tak jumpa,"
Anonymous memerhatikan Misako. Hanya dia seorang sahaja yang berdiri di depan pintu. Di mana Yoshi?
"Yoshi berada kat tempat lain, jangan risau, dia selamat," kata Misako seolah-olah mengetahui apa yang ada di dalam fikiran anonymous pada ketika itu.
"Apa kau ingat kau boleh halang aku?" kata anonymous tersebut.
"Aku dari kecil sudah jadi macam ni. Kalau kau nak salahkan seseorang, kau patut salahkan diri sendiri!" tengking anonymous.
"Hey Misako, kau benar-benar kenal aku ke? Atau itu hanyalah rancangan kau untuk membuang masa?"
Misako memerhatikan wajah disebalik topeng anonymous tersebut dengan renungan yang tajam sekali.
"Aku masih belum pasti, tapi kalau ikutkan siasatan aku, kau adalah orang yang aku kenal," jawab Misako berani.
"Kau kenal?" tanya Anonymous.
"Memandangkan kau datang dari masa hadapan, makanya kau adalah orang yang cuba membunuhku pada masa hadapan." agak berbelit namun anonymous tersebut tetap memahami mesej yang disampaikan oleh Misako.
"Well well well. Bermain detektif. Makanya tekalah siapa aku?" gertak anonymous. Langkahnya kini ditukarkan ke arah Misako.
"Aku dah boleh agak kau masuk ke perangkap aku," kata Misako.
Anonymous terkejut sebentar. Dipandangnya ke arah belakang semula. Akane, Fuyu dan Sumogi sudah pun hilang! Ke manakah mereka?
"Pintu ni boleh dikunci dari luar, itu salah satu kelemahan markas ni," kata Misako seraya mengunci pintu markas mereka. Anonymous cuba menendang pintu tersebut. Agak keras pintu tersebut.
"Nak tau ke mana mereka pergi?"
"Keluarkan aku!" jerit anonymous.
"Cari sendiri," kata Misako dengan nada perli.
Perlahan-lahan Misako hilang daripada pandangan Anonymous tersebut. Anonymous sedikit berang dengan tindakan yang dilakukan oleh Misako sebentar tadi! Kurung dia dalam markas sahaja? Apa ideanya? Nak kurung sampai aku kebuluran?
Kini Anonymous menenangkan diri untuk seketika. Dia tahu ada jalan keluar yang lain, melihatkan kelibat Akane, Fuyu dan Sumogi yang hilang dalam sekelip mata adalah buktinya. Pastinya ada 'jalan rahsia' yang tidak jauh dari kedudukan mereka sebentar tadi. Monolog anonymous tersebut dalam hati.
"Tak sangka aku boleh terjebak dengan permainan kau. Hahahaha!! Satu cabaran untuk aku! Kau akan jadi mangsa pertama aku Misako! Kau tunggu!"
*****
"Kau nak buat apa dengan anonymous yang terkurung tu?" tanya Akane.
"Apa lagi, call polislah. Sekarang ni polis tengah on the way. Kita tunggu dan lihat saja dia ditangkap," jawab Misako mudah.
"Kau tak rasa marah ke atas percakapan dia? Kenapa kau macam rilek-rilek je?" tanya Fuyu pula.
"Maksud kau?"
"Kitorang tau kau curi-curi dengar kat luar," kata Sumogi.
Misako mengela nafas seketika sebelum dia bersuara.
"Siapa je tak marah. Cakap serupa nyawa ni satu mainan. Dianggap sebagai tak penting. Kalau ikutkan marah aku, aku dah lama tikam dia dari belakang," kata Misako dengan penuh beremosi.
"Sebab tulah aku kena buat tindakan yang rasional. Berdasarkan pemikiran dan bukannya kehendak diri sendiri," sambungnya lagi.
"By the way Yoshi pergi mana?" tanya Akane.
"Dia balik rumah nenek dia dengan Yunata," terang Misako.
"Aku tak expect langsung kita boleh lepaskan diri dalam keadaan macam tu tadi, fuh! Sungguh mendebarkan!" kata Sumogi dalam nada yang penuh keterujaan.
"Misako, kau benar-benar kenal ke anonymous tu?" tanya Akane. Malas mahu melayan Sumogi.
"Ceh palau aku," kata Sumogi mencebik.
Mereka bertiga ketawa seketika sebelum Misako bersuara.
"Tak. Aku takde idea pun siapa dia," jawab Misako jujur.
Akane, Fuyu dan Sumogi memuji keberkesanan lakonan Misako yang berjaya menarik perhatian Anonymous tersebut yang menyebabkan mereka berjaya melepaskan diri mereka.
Kedengaran siren daripada polis yang menuju ke kawasan yang dikatakan Misako beberapa minit yang lalu. Mereka serta merta menjumpai polis bagi menerangkan perkara yang berlaku.
"Markas ni?" tanya Polis tersebut.
Mereka berempat mengangguk.
Polis tersebut yang mempunyai name tag bernama, Kashida memegang pistolnya sebagai langkah berjaga-jaga kerana mengetahui ada pembunuh yang terkurung di dalam markas tersebut.
Kashida memecah masuk ke dalam markas sambil mengacukan pistolnya. Namun dia tidak melihat kelibat sesiapa.
"Tiada pun," kata Kashida.
Mereka berempat terkejut. Satu-satunya jalan keluar yang ada adalah pintu hadapan mereka! Semasa anonymous tersebut menoleh ke arah Misako, mereka bertiga berjengket secara perlahan-lahan di belakang anonymous tersebut. Apabila anonymous tersebut memusingkan kepalanya semula ke arah mereka, mereka sudah pun hilang dan pada ketika ini mereka bertiga sedang berjengket keluar melalui pintu masuk di hadapan! Sungguh tak disangka hanya menggunakan strategi biasa mampu memperdayakan anonymous tersebut. Kenapa strategi ini tampak berkesan? Anonymous tersebut memakai topeng yang menutupi 99% wajahnya kecuali mata. Dalam erti kata lain, dia tidak akan dapat melihat dengan jelas secara meluas. Itulah strategi biasa yang dibincangkan oleh mereka sebelum tibanya hari ini. "Normal Survival".
"Kita kena pergi plan B" kata Misako ringkas.
-Bersambung-
Share this novel