"Mamaaaa!!" jerit Misako.
Misako terjaga daripada lenanya. Tak sangka dia bermimpi tentang peristiwa tersebut. Misako berpeluh-peluh. Dilihatnya jam elektronik di sebelahnya, waktu sudah pun menunjukkan pukul 9 pagi.
Misako terkejut. Dia terus bangun daripada katilnya. Dia sudah lewat untuk pergi kerja!
"Mi, kenapa tergesa-gesa tu? Mari makan dulu," ajak Konari apabila melihatkan anak tunggalnya itu memakai kasut dengan cepat.
Misako menoleh ke belakang. Emaknya telah menghidangkan makanan untuknya. Sayang jika dia tidak menjamah sedikit. Emaknya pasti sedih.
Misako buka kasutnya semula lalu makan makanan yang dihidangkan emaknya. Sungguh sedap!
"Kenapa Mi terjerit kat atas tadi?" tanya Konari.
Tersembur makanan yang dimakan oleh Misako. Konari ketawa kecil.
"Takdelah ma, biasalah mimpi buruk," kata Misako ringkas.
"Mi masih ingat kat dia ke?" tanya Konari.
Misako cepat-cepat menghabiskan makanannya.
"Mi pergi dulu ye mak," Misako bersalaman dengan ibunya.
Nampaknya Konari dapat meneka dengan tepat!
*****
"Lewat!!" kata bosnya, Ishori dengan muka yang sedikit garang.
"Maaf bos!" Misako meminta maaf kepada bosnya sambil menunduk 90 darjah.
"Hmm takpa. Ini kali pertama kau lewat. Jangan lewat untuk kali kedua lagi. Faham?" Ishori bersuara tegas.
"Baik bos,"
Misako bekerja di sebuah kedai makan yang berada di tepi jalan.
"Jarang kau lewat, apa yang berlaku?" tanya Futa.
Futa juga mempunyai wajah yang tampan. Namun disebabkan dia memakai cermin mata yang nerd seperti Nobita, dia kelihatan kurang hensem.
"Takdelah. Biasalah terlajak tidur," jawab Misako.
Futa hanya menggeleng. Kemudian dia menyambung tugasnya di dapur bersama Misako. Mereka menggoreng ayam!
-5 petang-
Jam sudah menunjukkan 5 petang. Inilah waktunya para pekerja pulang. Kedai makan mereka hanya beroperasi setengah hari sahaja. Pukul 7 hingga 5 petang. Kadang-kadang sehingga pukul 6 dan 7.
"Kau nak balik ke? Jomlah balik sesama," pelawa Futa.
Misako hanya membiarkannya. Dia tidak membantah atau bersetuju.
"Eh aku nak singgah kedai buku jap," kata Misako.
Misako dan Futa masuk ke kedai buku yang berdekatan dengan kedai mereka.
Misako tercari-cari satu buku. Seakan-akan sebuah buku yang penting. Misako kemudiannya ternampak satu majalah yang bertajuk, 'Kes-kes Pembunuhan Yang Misteri Sehingga Kini'. Misako cepat-cepat mengambilnya dan membayarnya di kaunter. Futa hanya melihat dari jauh.
"Buku apa kau beli tu?" tanya Futa.
"Buku pasal pembunuhan je. Saja. Ini memang favourite genre aku," jawab Misako sambil tersenyum. Senyuman Misako mampu mencairkan mana-mana hati lelaki.
"Jomlah balik, hari dah makin gelap. Macam nak hujan je," ajak Misako.
Futa tidak membantah. Misako membaca sambil berjalan. Ada sesuatu yang mengganggunya sejak semalam.
"Mayat Yoshi dijumpai pada 1 April 2003." kata Misako.
"Mayat Usagi pula dijumpai pada 4 April,"
"Mayat Kasaro dijumpai pada 10 April,"
Futa hanya memandang Misako dengan pelik.
"Ada lagi sorang? Tak ingat pula aku," kata Misako.
"Yunata, mayatnya dijumpai pada 11 April," Misako membaca dengan khusyuk.
Segala apa yang dikatakan oleh Misako, Futa dapat mendengarnya dengan jelas.
"Kes pembunuhan kanak-kanak ni ke? Aku ada baca gak. Penjenayah tu sampai sekarang tak ditangkap. Kes tu dah pun ditutup kerana melebihi 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun berlalu, tiada siapa dapat merungkaikannya," terang Futa panjang lebar.
Misako kagum dengan Futa. Dia sendiri pun tak tau tentang maklumat tu.
"Well, memanglah kes ditutup. Polis tak jumpa apa-apa evidence," kata Misako.
"Kenapa kau berminat dengan kes ni?" tanya Futa musykil.
"Takdelah. Aku cuma kesian kat diorang ni. Dahlah dibunuh, tapi pembunuhnya masih lagi bebas di luar sana,"
Futa melihat air mata Misako sedikit. Mesti ada kaitan dia dengan mangsa-mangsa semua ni.
"Kau pergi kerja tak esok?" tanya Futa cuba menukar topik.
"Pergi," jawab Misako ringkas sebelum menutup majalahnya semula.
"Oklah, rumah aku kena belok kiri, kau pula kena jalan straight, kita berpisah di sini ye. Hati-hati," kata Futa sambil tersenyum.
Sesekali senyuman Futa mampu memikat hati Misako. Namun, perasaannya masih lagi kuat terhadap Yoshi walaupun dia sudah tiada lagi.
Misako mendongak ke langit yang kian gelap sambil memikirkan sesuatu.
"Yoshi, semoga kau tenang di sana,"
-Bersambung-
Share this novel