"Lewat lagi cik kak oi" kata Ishori.
"Maaf. Terbangun lewat lagi," Misako memohon maaf. Nampaknya ini kali kedua dia sudah lewat pergi ke kerja.
"Haih, nasiblah kamu pandai uruskan kedai ni. Kalau tak dah lama saya pecat. Tapi esok, jangan lewat lagi. Faham?" kata Ishori berbaur tegas. Kelewatan lagi adalah tidak diterima.
"Kau kenapa lewat lagi? Takkanlah bangun lambat lagi kut," kata Futa.
"Hmm, entahlah. Sejak dua menjak ni. Aku asyik tidur lewat je. Tu yang bangun pun lewat," kata Misako dalam nada yang lemah.
"Kau kalau ada masalah, bagitau je aku. Aku akan tolong kau sedaya mungkin," kata Futa menawarkan bantuan.
"Tak apalah. Maybe aku banyak fikir je. It's ok," Misako menolak bantuan Futa.
"Kau still fikir pasal pembunuhan 15 tahun lepas tu ke?" tanya Futa seakan-akan sudah dapat mengagak.
Misako diam untuk seketika sebelum bersuara semula.
"Tak adalah." jawab Misako ringkas.
"Hmm, yalah. Kalau kau perlukan bantuan aku, kau panggil je aku. Aku akan sentiasa ada untuk kau,"
Misako memandang muka Futa dengan lama-lama.
"Err kenapa?" tanya Futa.
"Terima kasih......Yoshi," Misako secara tak sengaja melafazkan nama yang sepatutnya sudah terkubur bersama jasadnya 15 tahun lepas.
Tidak dinafikan lagi, Misako memang memikirkan tentang kes pembunuhan bersiri 15 tahun lepas. Adakah Yoshi orang yang begitu penting bagi Misako? Gumam Futa dalam hati.
Misako tersedar akan kesilapannya menyebut nama Yoshi di hadapan Futa mengundang rasa malu. Misako cepat-cepat meminta maaf.
"Oi korang. Masak elok-elok. Bukan berbual, nanti rentung masakan tu," laung Ishori yang melihat Futa dan Misako berbual mesra.
"Baiklah. Kami akan lebih fokus," jawab Futa penuh yakin.
Pada waktu petang ramai pelanggan mengunjungi kedai makan mereka. Ini kerana di kawasan situ tidak banyak kedai makan.
"Midori, tolong ambilkan pesanan mereka," arah Misako. Tidak cukup tangan dibuatnya.
Ketika Misako hendak melangkah masuk ke dapur semula. Dia terlihat seseorang yang memakai kot hitam sambil memakai topeng anonymous melepasi depan kedai makanan mereka. Misako masih tercegat memerhatikan seseorang yang bertopeng anonymous itu. Lelaki atau perempuan? Misako tidak dapat meneka dengan jelas. Kotnya terlalu tebal. Tidakkah dia merasa panas?
Anonymous yang perasan dirinya diperhatikan, cepat-cepat menoleh ke arah Misako. Misako terkejut dengan reaksi anonymous itu sebentar tadi. Misako cepat-cepat menoleh ke bawah.
Tiada siapa yang perasan dan curiga ke dengan anonymous tu? Bisik Misako dalam hati.
"Kau kenapa Misako? Buang tabiat ke pandang bawah?" Ishori menegur.
"Err tak ada apalah bos. Sorry. Saya nak sambung kerja semula ni," Misako meminta diri.
Ishori memandang pelik terhadap Misako. Sejak dua menjak ni, Misako banyak mengelamun dan berkelakuan pelik. Dulu dialah paling awal datang. Sekarang sudah terbalik.
Kedai mereka akhirnya tutup tepat pukul 5 petang. Para pekerja sudah pulang ke rumah. Masih ada lagi segelintir pekerja yang melepak di dalam kedai.
"Balik awal lagi dah? Jom balik sama-sama," ajak Futa.
Misako sekali lagi hanya mendiamkan diri.
"Emm, pasal kes pembunuhan 15 tahun lepas tu..." Futa mula bersuara.
Misako mula memasang telinga.
"Ada kaitan dengan awak ke?" tanya Futa.
Misako memandang tepat pada mata Futa. Sebelum Misako bersuara, dia menarik nafas sedalam yang mungkin.
"Mereka tu semua kawan sekolah aku dulu,"
Futa terkejut. Patutlah beriya sangat tentang kes 15 tahun lepas tu.
"Siapa pula Yoshi?"
"Dia kawan lelaki yang paling baik masa sekolah dulu. Dia ni jenis yang periang, peramah dan baik hati. Saya pun tak taulah kenapa masih lagi ada orang yang cuba membunuhnya.." mata Misako bergenang.
Futa tidak mencelah. Dia merasakan ketika ini Misako hanyut dalam perasaannya.
"Kalaulah aku dapat tau kerja pembunuhan ni kerja siapa..." bisik Misako. Namun masih dapat didengari oleh Futa.
"Jom siasat kes ni nak?" pelawa Futa.
Misako memandang muka Futa.
"Macam mana nak siasat? Klu pun tak ada. Kalau polis pun takleh selesai, apatah lagi kita ni," ujar Misako tiada harapan.
"Hei hei. Aku palibg bijak kat sekolah dulu tau. Aku pernah selesaikan teka teki dan permainan hunting masa kat sekolah dulu. First place gitu," Futa memuji diri sendirinya.
Misako mengelap air matanya semula.
"Esok kan kita cuti. Why not kita start terus esok? Okey?" tanya Futa lagi.
Kedai makanan mereka beroperasi dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad mereka bercuti.
Misako menunjukkan isyarat bagus. Futa tersenyum. Berjaya juga dia menghilangkan kesedihan yang melanda dalam diri Misako.
"Okeylah. Aku kena gerak sebelah sini, jumpa esok," kata Futa.
"Esok kau datang rumah aku tau," kata Misako sedikit ceria.
"Haa? Aku tak tau rumah kau macam mana,"
"Rumah aku satu-satunya warna ungu. Kau jalan je straight then kau pandanglah kanan. Nampak je rumah warna ungu, tu rumah akulah tu,"
"Oh, senanglah kalau begitu. Rumah aku pun ada warna ungu sedikit gak. Okey esok pukul 8. Jangan bangun lambat sudah," pesan Futa.
"Emm, baik!" kata Misako.
Mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Tanpa disedari, anonymous tersebut mendengar segala perbualan mereka!
-Bersambung-
Share this novel