Kriiiing! Kriiing!
Handphone Misako berbunyi. Misako sudah set alarm semalam agar dia tidak terlajak tidur hari ini. Dia sudah set pada pukul 7 pagi lagi.
Tapi yang terjaga hanya maknya, Konari. Dia lekas-lekas masuk ke dalam bilik anaknya lalu menekan bukan 'stop' pada skrin handphone tersebut. Konari mengusap-ngusap matanya.
7 pagi? Awalnya. Dia kan cuti hari ni. Gumam Konari dalam hati. Konari mengejutkan Misako daripada tidurnya.
"Misako! Misako! Bangun sayang! Misako!" laung maknya sambil cuba menggerak-gerakkan badan Misako.
"Emm kenapa ma?" Misako lekas bangun. Matanya masih tertutup rapat.
"Ni set awal-awal nak pergi mana ni? Hari ni kan Mi cuti," tanya Konari.
Misako cepat-cepat membuka matanya. Ya, dia perlu mandi kerana Futa akan menjemputnya nanti.
"Oh, keluar dengan kawan nanti ma," jawab Misako lalu duduk di atas katil.
"Lelaki?"
"Ya ma,"
"Fuyoo, dah ada boyfriend la ni ye... Tak bagitau," usik Konari.
"Ish mak ni. Takdenya boyfriend. Bestfriend sahaja." tingkah Misako.
"Yala, pergi mandi. Barulah boyfriend makin sayang," Konari berjalan keluar daripada bilik Misako sambil tergelak kecil.
"Maaaa," Misao menguatkan suaranya. Ada saja Konari ingin mengusik anak daranya itu.
Tanpa berlengah lagi Misako mencapai tualanya lalu menuju ke dalam tandas.
*****
"Mak ai, dah pukul 10 rasanya ni," rungut Misako.
Misako melihat jam di rumahnya berkali-kali. Dia sudah pun bersiap-siap tetapi Futa masih lagi tidak sampai. Futa bangun lambatkah?
Misako mundar-mandir di ruang tamunya
"Sabarlah Misako anakku. Nanti suami mu sampailah tu," laung maknya dari dapur.
"Uweeeek," kata Misako berpura-pura muntah.
Sekarang jam sudah menunjukkan 10.30 pagi. Daripada dia menunggu, lebih baik dia pergi ke rumah Futa sahaja.
"Ma, Mi keluar dulu ye," kata Misako.
"Suami dah sampai dah? Ok sayang, take care," usik Konari lagi.
"Ish mama ni," kata Misako sebelum beredar.
Misako menuju ke rumah Futa. Kalau tak silap, Futa ada bagitaunya, rumahnya ada sedikit berwarna ungu. Misako cuba mencarinya.
"Ungu sikit...Ungu sikit...," kata Misako sambil mencari rumah Futa.
Dalam kekusyukan Misako mencari rumah Futa, dia tidak perasan bahawa dirinya telah melepasi seseorang yang memakai topeng anonymous. Misako tidak melihat wajahnya dengan baik. Misako menyangkan dia adalah jiran yang tinggal berdekatan dengan Futa.
Pakai hood time panas gini? Biar betul. Misako yang perasan akan kepelikan itu berkata dalam hati. Tapi itu bukan masalahnya sekarang, Misako perlu mencari rumah Futa.
"Haih Futa ni, kalau aku jumpa kau, siaplah kau," bisik Misako.
10 minit Misako mencari akhirnya dia jumpa rumah Futa.
Ni kan ada warna ungu sikit. Gumam Misako. Dia menekan loceng rumah Futa.
Namun tiada sebarang respon. Misako menekan loceng berkali-kali, namun masih lagi sama. Tiada sesiapa yang keluar dari rumah tersebut. Misako makin pelik.
Aku salah rumah ke?
"Eh ni kawan Futa ke?" tanya Ayano. Ibu kepada Futa.
"Eh ni mak Futa ke? Selamat pagi puan," Misako memberikan tunduk hormat.
"Futa tak keluar lagi ke? Katanya nak pergi rumah kamu pukul 8 ni. Ish bertuah punya budak," kata Ayano.
"Memang bertuah pun puan,"
Ayano membuka pintu rumahnya menggunakam kunci yang dibawanya. Namun pintu tersebut tidak berkunci dari dalam. Ayano pelik. Ayano membuka pintu perlahan-lahan. Lampu ruang tamunya masih terbuka.
"Futa? Kawan kamu dah datang ni," laung maknya.
Misako juga masuk ke dalam rumah Futa. Wah, besar juga rumah dia, puji Misako.
"Futa?" panggil Ayano lagi.
Tiada sebarang sahutan.
"Mak cik pergi naik atas jap. Bilik dia ada kat atas," kata Ayano sebelum menaiki tangga.
Misako menunggu di ruang tamu. Futa tidur baliklah tu. Ish dia ni.
"Aaaargh," Ayano menjerit.
Misako yang terdengarnya cepat-cepat naik ke atas.
"Kenapa puan?"
Setibanya Misako di dalam bilik Futa, alangkah terkejutnya dia melihat Futa yang sedang terbaring berlumuran banyak di atas lantai.
"Futaaa!"
-Bersambung-
Share this novel