-27 Mac-
"Yoshi?!"
Misako masih terkejut. Tak disangka Yoshi akan datang ke rumahnya.
"Jem..Jemputlah masuk," pelawa Misako sambil mukanya kemerahan. Alamak.
"Terima kasih," kata Yoshi sambil menghadiahkan senyuman. Cis cair aku!
"Eh Yoshi ke ni? Marilah masuk. Jemput duduk dulu." pelawa Konari pula.
Yoshi terus bergerak duduk di ruang tamu. Konari sedang menyiapkan makanan di dapur. Misako turut duduk di ruang tamu tersebut.
"Kau tau kan sebab aku datang?" tanya Yoshi dalam nada serius. Sememangnya topik yang ingin dibincangkan nanti seakan-akan satu hal yang serius.
"Ya, aku tahu,"
"Siapa? Apa? Mengapa dan bagaimana?" tanya Yoshi straight to the point. Tidak mahu berkias-kias.
"Kau percaya cakap aku?" tanya Misako seakan-akan masih lagi tidak mempercayai Yoshi.
"Kalau tak, takdenya aku nak datang rumah kau," jawab Yoshi ringkas.
Misako menarik nafas seketika sebelum bersuara. Konari masih lagi di dapur untuk menyiapkan makanan.
Misako akhirnya menceritakan kesemua yang dia tahu kecuali dirinya yang datang dari masa hadapan. Tiada siapa pun akan mempercayainya!
"Jadi kau nak cakap, cikgu di sekolah kitalah yang buat semua tu?" tanya Yoshi apabila Misako sudah selesai bercerita.
Misako hanya mengangguk. Dia perlu memberi amaran kepada Kasaro dan Usagi pula nanti di sekolah.
Yoshi kemudian lekas-lekas bangkit daripada duduknya lalu ingin pulang ke rumah. Sekejap sahaja dia di rumah Misako.
"Eh, Yoshi nak pergi dah ke? Jemputlah makan dulu, mak cik baru siapkan ni," kata Konari sambil membawa karipap dan donat yang dibuatnya tadi di dapur. Nampak menyelerakan.
Melihatkan kesanggupan ibu Misako buat macam tu, akhirnya Yoshi makan terlebih dahulu sebelum pulang. Banyak juga perkara yang diceritakannya pada puan Konari. Melihatkan reaksi Yoshi ketika ini, barulah dia sedar inilah pertama kali dia melihat Yoshi sedikit friendly.
Kan bagus pembunuh tu tak wujud di dunia ni. Takdelah sesiapa mati nanti. Gumam Yoshi dalam hati.
Cinta? Tidak mengapa. Yang penting nyawa dulu!
*****
"Mana budak ni? Katanya nak jumpa," kata Ishori.
"Haih, panaslah kat sini," rungut Hana.
Sudah 1 jam mereka menunggu Midori di sebuah pondok rekreasi. Apa yang dibuat Midori di rumah? Jarang-jarang dia lewat sesuatu perjumpaan.
"Kau nak jenguk dia kat rumah tak?" tanya Hana.
"Lagi 10 minit dia tak muncul, baru kita pergi tengok,"
Hana hanya merungut. Dia merasakan dalam 10 minit pun Midori tidak akan datang.
"Hei Ishori,"
"Apa?"
"Midori tu tak macam kita kan?"
"Maksud kau?"
"Setiap kali kita buli seseorang, dia hanya datang tengok je. Tak pernah nampak dia join kita,"
"Dia baik hati la maksudnya tu. Kau tu busuk hati. Jahat, kejam," kutuk Ishori.
"Cakap orang," sindir Hana.
5 minit berlalu barulah Hana dan Ishori nampak Midori dari jauh.
"Oii Midori, lama gile kau," kata Ishori.
Midori jalan dengan langkah yang perlahan ke arah pondok tersebut. Sampai sahaja di pondok tersebut, Hana membuka suara.
"Mangsa kali ni Kenny darjah 5," kata Hana akan tujuan mereka berkumpul di situ.
"Tak penat ke buli orang?" tanya Midori.
Hana dan Ishori terkejut mendengarnya.
"Tak rasa bersalah ke pukul orang yang tidak bersalah?" kata Midori lagi.
Hana dan Ishori kelu. Midori pada hari ini sangat lain sifatnya berbanding semalam.
"Aku tarik diri," sambungnya lagi.
Hana dan Ishori memandang antara satu sama lain.
-Bersambung-
Share this novel