"Misako, esok nak pergi sekolah macam biasa tak?" tanya Akane.
"Ya, macam biasa. Tapi jangan berkumpul di markas dah pasni buat sementara waktu," jawab Misako.
Masih lagi bermain di benak pemikirannya. Macam mana Anonymous tersebut melepaskan diri? Memang ada jalan rahsia yang lain ke?
Atau...Dia seorang picklock! Ya, dia ingat lagi kejadian di rumah Futa. Ibunya mengunci rumah ketika keluar pergi ke kedai. Tapi sampai sahaja di sana, pintu rumah Futa sedikit terbuka. Adakah Futa membukakannya? Atau anonymous tersebut mengetuk pintu lalu Futa membukanya? Argh kusut memikirkannya.
"Misako, apa yang dah berlaku?" tanya Konari apabila dia dihantar pulang oleh polis ke rumahnya. Situasi itu disaksikan oleh puan Konari sendiri.
"Ada penculik yang nak bunuh kami tadi, tapi penculik tu dapat lepaskan diri," Misako berterus-terang sahaja. Dalam keadaan ini semestinya tidak dapat menipu ibunya.
"Pergi mandi dulu pastu makan. Nanti malam ceritakan semuanya kat mak," gesa Konari.
Misako mengiyakan sahaja. Ibunya itu mempunyai instinct yang agak kuat. Susah hendak menipunya. Well, memang tak patut tipu pada ibu pun.
Patutkah aku bagitau yang aku ni dari masa hadapan? Dia percayakah? Misako bermonolog dalam kepalanya. Agak sukar untuk diceritakan, namun dia tiada pilihan yang lain!
*****
-8.30 malam-
"Okay dah makan kan? Ceritakan semuanya kat mak,"
Misako hanya memandang wajah ibunya dengan sedikit sayu. Wajar atau tidak dia menceritakan? Maknya akan anggap dia gila ataupun tidak? Well, itu hanyalah kemungkinan. Nak atau tak dia tetap perlu menceritakannya pada ibunya!
"Macam ni..actually Mi dah boleh agak yang memang ada pembunuh di sekitar kawasan kita ni," kata Misako sebagai ayat permulaan.
"Pembunuh? Macam mana Mi tahu?" tanya Konari tak senang duduk.
Misako tertelan air liur seketika. Masih lagi gementar sama ada ingin menceritakan apa yang berlaku ataupun tidak.
"Mi memang tahu..Sebab.."
"Sebab?"
"Sebab....."
"Sebab?"
"Err...Sebab..."
"Mi, mak halau kau keluar rumah baru tau," kata Konari dengan nada sedikit tegas. Misako tergelak kecil. Susah nak menyuruh Misako bersuara!
"Mi datang dari masa hadapan, mak percaya?" terlepas jua kata-kata itu di hadapan maknya. Baiklah mari kita lihat reaksi mak. Adakah dia akan anggap aku gila?
"Masa depan? Maksudnya time Mi dah dewasa? Macam tu?"
"Ya," Misako sedikit berpeluh. Habislah.
"Oooo,"
Misako terkejut. Ooo je?
"Oooo je?" tanya Misako pula.
"Basically ada pembunuhan yang dah berlaku pada masa hadapan, dan Mi kembali ke masa sekarang untuk menghentikan pembunuh tersebut. Betul?"
"Ouh ya,"
"Haih tu pun susah nak bagitau ke," puan Konari merajuk. Pertama kali ibunya melakukan mimik muka yang comel. Persis kanak-kanak ribena yang tidak dapat gula-gula!
"Alaa sorry ma," pujuk Misako.
Tak sangka rahsia dirinya diterima oleh ibunya. Seakan-akan mimpi. Ibu tak anggap aku gila kan?
"Itu dipanggil Deja Vu," Konari bersuara.
"Apa tu?"
"Like...Mi dah pernah mengalami situasi macam tu pada masa akan datang. Dan end up, hari ni Mi mengalami situasi yang sama macam tadi," terang Konari.
"Ouh,"
"Ibu tak tolak kemungkinan kamu datang dari masa hadapan, tapi mungkin juga apa yang berlaku dipanggil Deja Vu," terang lagi.
"Terima kasih ma," peluk Misako.
Konari tersenyum sahaja. Anak perempuan tunggalnya itu sememangnya satu-satunya harta dia yang paling berharga.
"Jadi apa rancangan Mi nak tangkap pembunuh tu?" tanya Konari.
Misako tersenyum girang. Ibunya mempercayainya! Sayang ibu!
-Bersambung-
Share this novel