"Ada kata-kata terakhir?" kata anonymous tersebut.
Akane, Fuyu dan Sumogi dalam keadaan yang buntu.
"Tunjukkan kami wajah sebenar kau," kata Akane.
Anonymous tersebut ketawa untuk seketika. Ya, dia perlu menghabiskan mereka pada hari ini juga memandangkan mereka akan melihat wajahnya sebentar nanti.
"Baiklah. Tapi jangan ingat kau akan kenal aku," perlahan-lahan Anonymous mengangkat tangannya untuk memgalihkan topeng yang dipakai di wajahnya.
Anonymous akhirnya membuka topeng tersebut.
Akane, Fuyu dan Sumogi berasa terkejut!
"Hahahaha, macam mana? Tak sangka aku pakai dua topeng kan?"
Mereka terasa diperbodohkan. Nampak gayanya Anonymous ni tidak akan sesekali mendedahkan identitinya.
"Apa motif kau buat semua ni?" tanya Akane lagi.
Anonymous terdiam seketika sebelum bersuara.
"Benda yang lepas sepatutnya jangan diusik. Aku pasti korang semua dah tau, asal usul Misako yang sebenarnya kan"
"Kenapa dia perlu patah balik semata-mata nak halang aku? Dia tak boleh nak terima takdir dia ke?"
"Apa motif kau buat semua ni?" tanya Akane lagi.
"Motif? Kau tak tau dan takkan pernah tau, apa yang aku rasa ketika ini,"
"Rasa apa?"
"Rasa nikmat membunuh. Hahahaha, aku suka dengar jeritan kanak-kanak sebelum aku cabut nyawanya. Dia punya feel, fuh, korang patut try bunuh sorang. Baru korang tau,"
"Apa yang kau buat ni salahlah!" kata Akane dalam nada yang sedikit marah. Marah kerana anonymous tersebut menganggap nyawa orang lain seperti tiada harganya.
"Aku ingatkan aku bermimpi, tapi aku taktau macam mana dia boleh putar balik masa. Aku pun taktau kenapa aku boleh ikut serta ngan Misako sekali. Barangkali tujuannya adalah untuk menghalang aku daripada buat semua ni?"
"Aku dah dengar semuanya dari Misako. Pembunuh macam kau ni memang perlu dihalang dan ditangkap!" Akane berani bersuara.
Anonymous mengukirkan senyuman disebalik topengnya.
"Tangkap aku? Korang pun tak kenal siapa aku!" kata anonymous tersebut seraya melangkah secara perlahan-lahan ke arah mereka sambil memegang sebilah pisau yang kecil.
"Aku kenal kau," kedengaran suara seseorang di belakang Anonymous.
Anonymous menoleh tajam ke arah belakang. Nampaknya ada seseorang yang tak diundang masuk campur dalam urusannya.
"Misako, lama tak jumpa," anonymous bersuara.
-Bersambung-
Share this novel
aduh bleh plk mcm tu, tlong update . Bestlh cerita ni