"Sebelum aku beritahu kau tentang apa yang berlaku. Aku cuma nak cakap yang, .........AKU SUKAKAN KAUU ARGHH!! Taktaulah kenapa susah sangat nak cakap direct tapi aku hanya berani dengan menulis surat ni je! AHAHAHAHA sorry weii kalau cringe. Cerita dia macam ni, aku start minat dengan kau masa kau lompat jauh waktu pendidikan jasmani tu. Ingat lagi tak? Ahahah. Kau lompat macam katak weiiiii. Aku excited giler!! Ahahah rasa macam 'pergh gempak gak dia ni' ...Tapi aku takdelah nak cakap macam tu depan depan. Arghh takde takde. Tapi kau kene tahu juga perasaan aku. Aku harap boleh dapatlah kau punya jawapan lepas kau baca surat ni. Nak cakap depan-depan pun boleh! Kihkihkih! Okay okay. Tu je nak bagitau. Bukan senang tau nak tulis surat macam ni untuk kau. Ahahah. Tapi kalau kau tak suka aku, kau jangan reply apa apa tau. Nanti aku patah hati aku tak makan nanti aku lapar nanti aku mati haaa macam mana? Kau nak bertanggungjawab? Ahahaha. Dahlah, jangan serious sangat. Comella pula aku tengok muka kau tengah tahan senyum elelelelel. Panggil sayang baru tau!"
...
...
...
Air mata mula menitis di atas surat tersebut yang disimpannya selama 15 tahun.
Yoshi masih tidak mampu menahan air matanya. Sebab dia pun memendam perasaan yang sama dengan Misako! Cumanya dia sangat ego untuk membalasnya sehinggalah berlaku kejadian yang tidak diingini 15 tahun lepas.
Yoshi menyimpan surat tersebut. Dia masih ingat dengan kelas kata-kata Misako sehari sebelum kejadian yang berlaku 15 tahun lepas.
*****
"Yoshi. Aku nak cakap sikit ni," ujar Misako.
"Ya?"
"Aku sebenarnya dah tau pembunuh Anonymous tu tapi aku taktau nak dapatkan bukti macam mana. Aku ingat nak buat kerja gila sikit ahahaha," ujar Misako sedikit sayup.
"Aku akan buat dia berdarah, dan hilangkan dia. Aku tak pasti kalau aku turut hilang atau tak. Tapi aku nak kau ambil sampel darah tu dan analisis untuk tau pembunuh sebenar tersebut."
"Kenapa kau tak bagitau je sekarang? Sekurang-kurangnya kita boleh rancang sama-sama," balas Yoshi seperti tidak bersetuju.
"Aku harap boleh macam tu tapi. Aku tak sampai hati. Aku tak boleh. Aku...ahaha..sedihlah. Aku cuma harapkan kau je ni,"
"Misako, kalau kau tak bagitau, aku-"
Belum sempat Yoshi menghabiskan ayatnya. Misako mencium Yoshi di bibir untuk tempoh seketika. Tidak cepat, tidak lama.
"Aku berharap kau boleh datang dari masa depan dan hentikan semua ni. Thank you for everything," ucap Misako sebelum berlalu pergi meninggalkan Yoshi yang sedikit tergamam dengan tindakan Misako.
"Masa depan? Apa maksud kau? Misako?! Kau dari masa depan ke?" Yoshi bertanya.
Misako hanya menoleh dan tersenyum. Sebelum dia berlalu pergi dia sempat menitipkan pesanan
"Yoshi, selamatkan aku,"
*****
"Apa? Maksud korang, Misako tu datang dari masa depan? Dan dia cuba nak selamatkan aku?" Tanya Yoshi sedikit mendesak.
"Ya, tapi bukan kau je dia kata. Kasaro, Usagi dan Yunata, adik kau dia cuba selamatkan semua orang." terang Akane sedikit lebar.
Yoshi terduduk mendengarnya. Sehingga macam tu sekali Misako cuba menyelamatkan ramai orang walaupun dia menjadi budak pada saat ini.
Tidak semena mena air mata Yoshi mengalir keluar dengan sendirinya. Akane yang melihatnya tidak menganggu Yoshi yang sedang bersedihan.
*****
"Berita terkini, darah yang dijumpai di kawasan perhutanan yang membabitkan kes kehilangan Misako, didapati adalah darah milik ibunya, Puan Konari. Puan Konari menjadi buruan polis dan kanak-kanak bernama Misako masih belum dijumpai sehingga kini."
*****
- 3 April 2018 -
Kes kehilangan Misako masih belum mendapat jawapannya. Suspen, Puan Konari dan juga anaknya, Misako masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Yoshi mundar mandir dalam biliknya menyusun fail dan beberapa kertas yang bertaburan di atas meja.
"Yoshi, kau tak nak turun makan dulu ke?" ucap Midori yang berada di bawah. Mereka berdua tinggal serumah selepas masing-masing mempunyai masalah keluarga 15 tahun dahulu.
Yoshi mempercepatkan langkahnya menuju ke meja makan di bawah. Tanpa membuang masa, dia terus melahap ayam yang berada di atas meja.
"Kebulur betul kau ni. Makan slow slow. Tercekik kang baru tau." ujar Midori.
"Ouh ya, apa citer dengan adik kau, Yunata tu? Lama tak dengar khabar,"
"Dia masih sambung belajar dekat luar negara tu. Tahun depan baru dia balik sini semula." balas Yoshi.
Yoshi tiba-tiba berasa pening dan meminta untuk ke biliknya semula. Midori tidak keberatan. Dia tau Yoshi masih lagi berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi kes 15 tahun yang lepas.
"Aku minta maaf sebab bagitau perkara sebenar dekat Misako 15 tahun lepas tu. Kalau aku tak bagitau semuanya, pasti dia masih hidup lagi," kata Midori.
"Bukan salah kau pun. Benda pun dah berlaku. Aku cuma berharap aku dapat pecahkan kes ni saja,"
Midori hanya mengangguk. Dia cepat cepat mengemas meja makan. Yoshi pula baring di katilnya semula. Kepalanya sedikit berat sebab selalu sangat lewat tidur.
Perlahan-lahan Yoshi memejamkan mata.....gelap....makin gelap...
...
...
...
*****
Yoshi bangun dari katilnya. Dia menguap. Dia menuju ke dapur. Mengambil sedikit air. Dia terlihat kelibat ibunya yang sedang tertidur di atas sofa sambil TV terbuka.
"Ibu?" gumam Yoshi.
Yoshi cepat-cepat memahami keadaan yang sedang berlaku. Dia melihat kalendar yang tergantung di rumahnya.
"2 Mac 2003,"
Yoshi melihat cermin. Ya! Tak syak lagi! Dia kembali pada zaman budaknya!
Dia lekas lekas bersiap untuk ke sekolah. Baru kali ini Yoshi berasa bersemangat untuk ke sekolah!
Dengan cepat dia meninggalkan perkarangan rumahnya dan menuju ke sekolah.
Usai sahaja tiba di dalam kelas, kelibat Misako masih tidak kelihatan. Namun kawannya, Akane, Fuyu dan Sumogi sudah tiba.
Kelas sudah bermula namun Misako masih belum tiba. Apa yang terjadi? Apa dia pernah terlambat sampai ke sekolah? Getus Yoshi dalam hati.
""Cikguuu!" ujar satu suara.
"Haa. Kenapa kamu lambat?" marah Cikgu Tanae.
Yoshi tersenyum. Ya, suara tersebut tidak asing kedengaran baginya.
"Maaf terlambat, tadi ada anak kucing sesat kat tengah jalan," ujar Misako.
"Dah duduk cepat," tegas nada Cikgu Tanae.
*****
Kriiiiing!
Bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat. Yoshi melangkah laju ke arah Misako.
"Misako, aku nak cakap sikit dengan kau," kata Yoshi.
Misako yang sedang berbual dengan Akane sedikit terkejut. Mana taknya, crushnya tegurnya dahulu!
"Kau dari masa depan ke?" tanya Yoshi tanpa berselindung.
"Kau merepek apa? Aku kecil lagilah ahahaha. Lawaklah kau Ni," Misako ketawa kecil.
Yoshi memejamkan matanya sebelum linangan air mata jejakanya keluar.
"Kau okay? Sorry kalau buat kau sedih," Tanya Misako sedikit risau melihatkan perubahan Yoshi.
"Kali ni. Aku akan Selamatkan Kau,"
~Tamat~
Share this novel