Bab 18

Crime Completed 2648

"Abaang," jerit Yunata lalu memeluk Yoshi yang baru sahaja tiba.

"Lama tak jumpa, Yunata," kata Yoshi sambil memegang kepala adiknya itu dengan lemah lembut.

"Haih, bagilah abang kamu masuk dulu kalau ye pun, kesian dia berdiri lagi kat pintu tu," tegur nenek akan perbuatan Yunata.

Yunata malu dengan tindakannya sebentar tadi dan membawa abangnya ke ruang tamu sambil dihidangkan air oren oleh neneknya. Keadaan dalam rumah neneknya sedikit usang. Namun, Yoshi tidak mempedulikan semua itu. Kemudian, nenek mengambil tempat duduk dihadapan Yoshi sebelum mengemukakan soalan.

"Ni beg besar ni nak buat apa? Ibu bapa ikut sekali tak?" tanya nenek dua soalan sekali gus.

Yoshi meminum satu cawan air oren sehingga habis sebelum diisi oleh nenek semula.

"Ibu bapa tak ikut. Atau lebih tepat, mereka tak tahu," jawab Yoshi.

Nenek terkejut mendengarkan jawapan tersebut? Lari rumah? Ibu bapa Yoshi pasti datang menyerangnya nanti!

"Kenapa kamu lari rumah? Ada sesuatu sudah berlaku ke?"

"Eh taklah nek, bukan lari rumah. Cumanya nak tenangkan fikiran kejap. Sehari dua je kat sini. Nanti kite balik rumah juga,"

Yoshi meminum air oren sebelum menyambung semula.

"Lagi pula, dah lama tak jumpa dengan adik. Nak jugalah jenguk mana tau adik saya sorang ni dah makan lawa ke," kata Yoshi sambil bergurau senda dengan adiknya dengan menarik hidung adiknya.

Yunata yang baru berusia 11 tahun itu, menarik pipi Yoshi semula. Masing-masing kesakitan. Auch.

"Yala nenek faham tapi kamu dah bagitau ibu bapa kamu belum? Nanti mereka cari kamu pula,"

"Mereka peduli ke? Kenapa mereka nak peduli pula? Bukan ke saya hanya bebanan bagi mereka?" jawab Yoshi penuh emosi.

Walaupun Yoshi dah tinggal sebumbung dengan ibu bapanya selama 12 tahun, tapi nikmat kasih sayang daripada kedua ibu bapa masih belum dirasakan oleh Yoshi. Kadang-kadang dia tertanya dalam diri juga, apa guna dia hidup kat dalam dunia ni? Kenapa ibunya melahirkan dia kalau dah tau ia satu bebanan untuk mereka?

Suasana di dalam rumah tersebut senyap untuk seketika. Yunata memerhatikan wajah abangnya itu yang agak sedikit sedih. Dia hanya tinggal sebumbung dengan ibu ayah selama 6 tahun sahaja sebelum dibawa oleh nenek.

"Abang, abang okay?"

Yoshi memandang wajah Yunata sebelum tergelak untuk seketika.

"Kenapa abang? Apa yang kelakar?"

"Hahaha, aduhai. Kalau aku tak datang rumah nenek ni, mesti kau tak panggil aku abang, tapi pakai kau aku ja," sakat Yoshi.

"Abang sendiri yang minta camtu kan supaya ibu ayah tak perasan abang selalu call adik? Hmmp," kata Yunata sambil menarik muncung mulutnya seakan-akan merajuk.

Nenek yang melihatkan keakraban mereka dua turut tergelak kecil. Sememangnya ikatan adik beradik sangat kuat antara mereka.

"Takpalah, kamu boleh bermalam kat sini. Tapi jangan lupa bagitau mereka malam ni juga. Taknak timbulkan apa-apa masalah," kata nenek dengan tegasnya.

"Okay nek," akur Yoshi.

Nenek tersenyum sebelum meminta izin untuk kembali ke dalam biliknya sambil memesan kepada mereka agar jangan tidur lewat sangat.

Melihatkan nenek perlahan-lahan hilang daripada pandangan mereka, Yoshi mula bersuara.

"Dah berapa lama kenal si Hana tu?" tanya Yoshi.

"Baru tahun ni, jadi dah 3 bulan. Dia, Ishori dengan Midori satu kepala. Mereka bertiga dah memang terkenal sebagai pembuli kat sekolah tu. Dah banyak kali bagitau kat cikgu, tapi, ayah siapa entah antara mereka tu, ada yang peguam dan ayah Ishori dia polis. Jadi paham-paham jela. Hmm," jawab Hana sedikit sayu.

Peguam dan polis ek? Gabungan yang cukup hebat untuk melawan cikgu-cikgu. Maknanya ayah mereka dah saling mengenali antara satu sama lain.

"Oh ya, lagi sorang adik rasa ayahnya seorang cikgu juga,"

"Cikgu?" tanya Yoshi.

"Kalau tak silap, dia mengajar di sekolah abang,"

"Adik tahu nama cikgu tersebut?"

"Tahu," jawab Yunata sambil mengangguk-angguk.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience