-4 Mac 2003-
Cuti Sabtu dan Ahad menjelma. Misako mengambil peluang ini dengan menulis surat untuk Yoshi.
Misako hanya memerlukan sehari saja untuk menyiapkan surat tersebut. Perlukah dia beri pada Yoshi Isnin nanti? Dia menggelengkan kepalanya. Dia akan bersabar untuk seketika.
Konari tiada di rumah ketika itu. Petang nanti baru dia pulang. Dia bekerja sebagai jurugambar dalam pekerjaan wartawan. Misako yang kebosanan berjalan-jalan keluar dari rumah.
"Hmm sini taman," Misako pergi ke taman. Hanya ada buaian, gelongsor dan jongkang jongkit.
Patutlah tak ramai budak main kat sini. Gumam Misako dalam hati.
Misako masih berjalan-jalan di sekitar perumahannya. Cuba mencari sesuatu yang boleh mendatangkan kecurigaan. Kemudian, Misako ternampak seorang lelaki tua sedang duduk di bangku di taman tersebut. Lelaki tua itu memandang sekeliling. Misako lekas-lekas menyembunyikan diri.
"Siapa pak cik tu?" bisik Misako. Rasanya dia tak pernah nampak lelaki tua tersebut dalam hidupnya.
"Tu atuk akulah,"
Misako terkejut. Ditolehnya kepala ke belakang. Ia adalah Sumogi.
"Eh Sumogi, kau rupanya. Hahaha, maaflah aku pelik je sebab tak pernah nampak," kata Misako.
"Kau kenapa menghendap ni? Cari seseorang ke?" tanya Sumogi.
Misako diam untuk seketika. Wajarkah dia memberitahu pada Sumogi tentang kes pembunuhan tersebut? Mesti dia merasakan Misako ni gila orangnya!
"Tak ada apalah. Saja jalan-jalan sekitar taman," Misako berbohong.
"Ouh. Oklah kalau macam tu. Aku nak ajak atuk aku balik rumah dulu ye," kata Sumogi sebelum bergerak ke arah atuknya.
Misako menghelakan nafasnya. Mujur Sumogi tidak syak apa-apa.
Rasanya pembunuh tu tak akan muncul sebelum 28 Mac. Misako masih memikirkan tentang wajah si pembunuh dan topeng anonymous yang misteri itu.
Anonymous? Ada ke cikgu-cikgu yang suka mengumpulkan topeng? Gumam Misako.
Sumogi ketika itu sedang memimpin tangan atuknya pulang, ternampak Misako sedang serius memikirkan sesuatu. Sepertinya ada masalah yang sungguh besar! Sumogi berasa sedikit hairan.
*****
"Makan malam. Misako, mari turun makan," laung maknya dari dapur.
"Ya, 5 minit lagi Mi turun,"
5 minit kemudian, Misako pun turun untuk makan. Misako makan dengan lahapnya. Puan Konari hairan melihatkan sikap Misako yang sejak akhir-akhir ini sering berkurung di dalam bilik. Apa yang dilakukannya?
"Kamu ada apa-apa masalah ke Misako?" tanya Konari.
Misako memberhentikan kunyahnya. Dia bertentang mata dengan maknya sebelum menelan kesemua makanan yang terdapat di dalam mulutnya. Lantas Misako mula bersuara.
"Tak ada apalah mak,"
"Jangan tipu, mak tahu ada sesuatu yang dah berlaku. Kamu asyik berkurung je sejak kebelakangan ni." Konari dapat menebak.
Misako buntu. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan. Wajarkah Misako memberitahu tentang pembunuhan yang akan datang pada maknya? Adakah maknya akan mempercayainya?
"Betul ni. Mi okey je. Biasalah study banyak-banyak. Tu yang asyik berkurung dalam bilik je," Misako masih cuba untuk tidak memberitahu perkara sebenar.
"Wah, menarik bunyinya. Study sampai asyik berkurung dalam bilik je. Susah nak keluar makan." Konari memuji.
Misako tersengih.
"Mungkin study macam mana nak bagi berjuta-juta alasan kat mak," Konari menyindir anaknya.
Senyuman Misako terus hilang. Nampaknya memang tak boleh nak menipu maknya!
"So, still tak nak beritahu?" tanya Konari lagi sekali.
Misako hanya terdiam seribu bahasa. Dia tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Luah mati emak, telan mati bapa.
-Bersambung-
Share this novel