Secara tanpa sedar, air mata Misako mengalir dengan derasnya. Midori hanya berdiam. Segala-galanya sudah pun diceritakan pada Misako. Aku abangnya memandangkan aku lahir pada bulan Januari.
Misako menarik nafas sedalam-dalamnya. Sukar untuk dipercayai namun itulah realiti. Apa-apa yang dikeluarkan daripada mulut Midori adalah benar sekali! Tiada motifnya untuk menipu ketika ini.
Misako mengamati semula wajah cikgu Akio. Jika difikirkan balik, ada sedikit iras-irasnya. Nampaknya, tidak dapat hendak disangkal lagi.
"Maaf jika drag masa kau. Aku pergi dulu," kata Midori lalu terus beredar apabila sudah menceritakan segalanya pada Misako. Ya, dia berhak tahu.
"Akio," gumam Misako. Misteri sudah diselesaikan. Sudah jelas kesemuanya! Dalang disebalik perkara yang telah pun berlaku!
"Mak kau pernah ke cerita semua ni kat kau?" tanya Akane. Masih lagi kurang mempercayai kata-kata Midori
"Ya, sama. Bezanya aku tak pernah tahu nama ayah. Mak aku ada ceritakan ketika aku kecil lagi. Mungkin dalam 4 atau 5 tahun pada waktu itu. Tapi nasib baiklah aku masih mengingatinya sampai sekarang. Walaupun tak semua, tapi penjelasannya seakan-akan sama dengan apa yang diceritakan oleh dia tadi," terang Misako panjang lebar.
Misako mengeluarkan sapu tangannya. Dia mengelap air matanya yang terkeluar daripada kelopak matanya. Dia tidak mahu kelihatan seperti itu.
"Nak pergi jumpa Yoshi lagi? Atau pulang dulu?" tanya Akane.
"Proceed," kata Misako. Dia tetap perlu berjumpa dengan Yoshi memandangkan pembunuh tersebut masih lagi bebas. Mungkin anonymous akan bertindak bila-bila masa sahaja.
*****
"Hana!" panggil Ishori.
"Apa?" laung Hana dari jauh.
"Tolong aku tanamkan semua b-daman ni,"
Hana mengeluh namun dituruti kehendak Ishori juga. Kalau bukan dia yang hendak tolong, siapa lagi?
"Hei Hana," kata Ishori berbisik.
"Apa? Main bisik-bisik pula. Taknak. Aku reject kau," jawab Hana spontan.
"Reject apa? Aku bukannya nak confess kat kau lah,"
"Dah tu?"
"Pasal Midori,"
Hana memberhentikan kerjanya untuk seketika. Dipasangkannya telinga untuk mendengar daripada mulut Ishori sendiri berkaitan dengan Midori.
"Kau tak rasa idea dia gile ke?" tanya Ishori.
"Bila difikirkan balik. Ya. Sangat gila,"
"Sejak peristiwa dia dengan ayah dia tu. Dia macam completely berubah perangai dia,"
"Kau pun rasa macam tu?"
"Ya. Kau tengoklah. Budak junior yang kita nak buli pun dia taknak turut serta,"
"Dia perlukan space? Yala bukan senang nak terima semua yang telah berlaku,"
"Aku tak rasa macam ada orang hasut dia buat benda jahatlah," tebak Ishori.
"Huish. Kau jangan macam-macam. Kau tau ke siapa yang buat semua ni kat Midori?" Hana semakin kusyuk mendengar penjelasan Ishori.
"Aku tak tau. Ni hanya teori sahaja,"
"Ceh," rungut Hana. Ingatkan dah dapat jawapannya. Kalau takat teori, aku pun boleh bagi 1000 teori berkaitan dengan perubahan Midori tu sendiri.
"Dah siap," kata Ishori yang selesai menanamkan b-daman tersebut.
"Aku harap Midori okay," kata Hana tanpa sedar.
Ishori yang mendengarnya turut berasa sayu.
-Bersambung-
Share this novel