"Lepaskan Yunata!" jerit Midori lagi terhadap Hana.
Hana terkejut melihat sikap rakannya yang menentangnya. Bukankah mereka kawan baik?
"Kau kenapa nak halang aku? Kau lebih pentingkan budak ni dari aku?!" jerit Hana pula hilang sabar.
Dalam kesempatan itu, Yunata menolak Hana. Kemudian dia cepat-cepat berlari ke arah Yoshi.
"Kurang ajar kau!" bangkit Hana ingin mengejar Yunata.
Namun niatnya itu telah dihalang oleh Midori.
"Hana..." kata Midori dengan lemah lembut.
Hana mengetap giginya. Dia mengambil begnya semula ingin pulang ke rumahnya.
"Tunggu aku," kata Ishori sambil membuntuti langkah Hana yang agak laju meninggalkan mereka.
Midori hanya mendiamkan diri.
"Terima kasih," kata Yoshi kepada Midori.
Midori hanya mengangguk. Dia juga mengambil begnya semula lalu mengekori langkah Hana dan Ishori yang sudah jauh berjalan meninggalkannya.
"Abang.." kata Yunata sedikit gementar.
"Tak mengapa semua dah okay," kata Yoshi lalu memeluk adiknya.
Misako hanya memerhatikan segala kejadian yang telah berlaku tadi.
Memang itu mereka bertiga, Midori, Ishori dan Hana. Bisik Misako dalam hati.
Ada sifat aneh yang ditunjukkan oleh Midori sebentar tadi.
Khianat kawannya sendiri? Setahu aku Midori masa hadapan bukannya macam tu. Mungkin semuanya berubah? Yala, tarikh pun boleh berubah.
"Yoshi," panggil Misako.
"Ya, kita gerak sekarang," kata Yoshi sambil memimpin tangan adiknya.
Misako merasakan sesuatu yang pelik. Seakan-akan ada seseorang yang memerhatikannya. Siapa? Di mana? Mengapa? Segala persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Misako sendiri.
Pembunuh? Getus Misako dalam hati.
*****
-3 petang-
"Dah lebih 30 minit ni," rungut Akane.
Adakah plan menyelamatkan Yoshi dibatalkan?
"Akane, aku nak tanya ni," kata Fuyu.
"Ya?"
"Kau rasa memang pembunuh tu wujud ke seperti yang dikata oleh Misako?"
"Aku percaya dia. Aku tak rasa dia menipu,"
"Dia tak mengalami skizofrenia kan?"
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Kadang susah juga nak percaya dia datang dari masa depan. I mean, cuba kau fikir balik. Logik ke kalau kita dapat kembali ke masa lampau?"
Akane berfikir sejenak. Ya, sejak akhir-akhir ini Misako banyak lupa sesuatu perkara. Dia juga mengakui dirinya datang dari masa hadapan. Bukankah tanda-tanda ini sudah cukup membuatkan dia mengalami skizofrenia?
"Urm..boleh saya tanya sesuatu?" kata Sumogi sambil mengangkat tangannya semula.
"Apa?"
"Skizofrenia tu apa?"
Akane dan Fuyu menepuk dahi sebelum tergelak kecil. Aduhai.
"Gila" kata seseorang yang muncul dari pintu masuk markas mereka.
"Kau siapa?!" kata Akane yang terkejut dengan sapaannya.
Tubuhnya persis seorang dewasa.
Topeng anonymous? Getus Fuyu dalam hati. Macam mana dia boleh tahu tempat persembunyian mereka? Dan yang paling penting, siapa anonymous ni?
Pisau kecil dipegang erat oleh anonymous tersebut. Seakan-akan sudah pun bersiap sedia ingin melakukan tugas jahatnya.
"Pemikiran kalian masih mentah. Aku satu langkah di hadapan kalian," perli anonymous tersebut.
Akane, Fuyu dan Sumogi berundur ke arah belakang. Hanya ada satu sahaja jalan keluar iaitu tempat Anonymous tersebut masuk.
"Penat tau nak intip kalian, buat perancangan rapi,"
Mereka bertiga masih belum bersuara. Pembunuh tersebut benar-benar di hadapan mereka!
"Aku yang merancang supaya Misako dan Yoshi belum tiba lagi di markas ni,"
"Kenapa ya aku buat macam tu? Oh ya jawapannya mudah sekali. Bila Misako tiba sahaja di markas ni, dia akan menyaksikan sesuatu yang dahsyat! Hahaha!" Anonymous seakan-akan tidak siuman.
Tsk.
-Bersambung-
Share this novel