"Kau tak bergurau kan?" tanya Ishori.
"Ya," jawab Midori sedikit lemah.
"Kau anak pungutlah selama ni?" tanya Hana dalam nada yang sedikit kasar. Masih belum reda kemarahannya akan petang tadi.
"Nampak gayanya macam tula,"
Ishori memandang wajah Midori yang sedikit lesu untuk seketika.
"Apa kena mengena dengan peristiwa petang tadi?" tanya Ishori lagi.
Ya. Itulah tujuan Hana turut hadir di rumahnya bagi mendapatkan satu alasan yang kukuh terhadap perbuatannya petang tadi.
Midori menghelakan nafas yang berat untuk seketika. Tidak tahu bagaimana ingin menyusun ayat bagi menceritakan perkara yang sebenarnya. Baginya, perkara ini terlalu sulit!
"Ayah aku kahwin 3 kalau kau nak tau,"
Terbuntang mata Ishori dan Hana mendengarnya. Selama ni mereka ingat, ayahnya seorang yang setia terhadap satu isteri sahaja. Nampaknya tanggapan mereka mulai berubah.
"3? Seriuslah," kata Ishori seakan-akan tak percaya.
"Aku pun tak percaya. Tapi dah dia kata camtu apa aku boleh buat," terang Midori lagi.
"Dengan siapa? Kau tau?"
"Konari, Misha dan ibu aku Hima yang sudah pun meninggal tahun lepas,"
Hana dan Ishori menyusun ayat untuk menanyakan beberapa soalan. Tidak mahu mengguriskan hati Midori yang baru mengetahui rahsia keluarganya beberapa hari yang lepas.
"Kau kenal semua nama tu?" tanya Hana.
"Konari aku tak kenal anaknya. Kata ayah namanya Misako. Manakala Hima ibu aku, bukan ibu sebenar tapi dia sudah pun lahirkan seorang bayi beberapa tahun lepas namun sayangnya bayi tersebut mati. Sejak dari itu, ibuku tak mampu nak lahirkan anak lagi. Mukanya bertambah cekung dan seumpamanya. Ayahku akhirnya mengambil inisiatif dengan menjadikan aku sebagai anak angkat mereka. Namun, sejak kematian ibu, ayah makin berubah perangainya," terang Midori panjang lebar akan kisah ibunya.
"Misha?"
"Itu ibu kepada Yunata,"
Ishori dan Hana terbungkam mendengarnya. Adik tiri? Sukar untuk mempercayainya!
"Ouh sebab tu kau halang kitorang..." kata Hana dalam nada bersalah.
"Aku masih tidak menerima dia dalam kehidupan aku lagi. Hahaha, kelakar betul. Tak sangka aku abang dia," Midori gelak-gelak kecil. Sawan agaknya.
"Itulah ceritanya," kata Midori sambil memberikan seutas senyuman. Senyuman yang dirasakan agak 'creepy' dan mempunyai muslihat tersendiri. Ishori dan Hana turut merasakan senyuman tesebut bukan senyuman biasa Midori.
"Jadi kita akan biarkan Yunata. Kita tak akan kacau dia," terang Hana.
Ishori mengangguk tanda setuju dengan idea Hana. Kisah mereka sebagai pembuli masih belum berakhir dan tak pernah serik.
"Korang masih lagi nak buli orang ke?" tanya Midori.
"Kenapa?" soal Hana semula. Terasa dirinya tercabar dengan soalan Midori sebentar tadi.
"Why not upgrade jadi lagi better?" cadang Midori.
Ishori dan Hana tidak memahami idea Midori. Apa yang Midori cakapkan? Upgrade apa?
*****
-Imbas kembali-
"Minta maaf rahsiakan semuanya pada kamu Midori," kata ayahnya lalu memeluk Midori.
"Ayah okay?" tanya Midori.
Ayahnya, Akio menangis secara tiba-tiba. Terkejut Midori dibuatnya. Dia pula merasakan serba salah.
"Ayah kahwin dengan ramai orang, tapi tiada anak pun yang ingin duduk serumah dengan ayah, ayah sunyi,"
Midori masih lagi tetap mendengar luahan hati ayahnya dalam keadaan pelukkan.
"Misako, Yunata, dan bayi yang baru lahir dalam 4 tahun baru, pun, semuanya tinggalkan ayah. Sehinggakan isteri pun sanggup tinggalkan ayah!"
"Ayah.."
"Apa salah ayah? Kenapa mereka tinggalkan ayah? Ayah tak cukup baik ke? Ayah tak boleh ada anak juga ke?"
"Kenapa? Kenapa? Kenapa?!"
"Hahahahaha," Akio secara tiba-tiba tergelak persis orang gila. Midori yang menyedari kelakuan pelik ayahnya secara spontan melepaskan diri daripada pelukan ayahnya.
"Kenapa? Midori kenapa?!" ayahnya bertanya.
"Ayah okay?" tanya Midori sedikit prihatin.
"Kau pun nak tinggalkan ayah ke?!" tengking Akio.
Midori terkejut. Jika dilihat perwatakan ayahnya itu, sangat mirip dengan orang gila. Atau mempunyai masalah mental.
"Tak..takkan tinggalkan ayah," kata Midori.
Namun begitu dirinya dibelasah oleh ayahnya. Segala kesakitan dirasai oleh Midori secara dalaman mahupun luaran. Perit untuk menerima segala kebenaran!
"Selama ni aku anak yatim," bisik Midori ketika dalam keadaannya lemah longlai akibat dipukul oleh ayahnya bagi melepaskan geram.
"Ayah palsu. Perlu wujudkah dalam dunia ni?" Bisiknya lagi.
Midori terbaring untuk seketika. Penat memikirkan semua yang telah berlaku!
-Bersambung-
Share this novel