BAB 13

Crime Completed 2648

Misako sedar daripada lenanya. Dia berasa sungguh sukar untuk bangun. Badannya terasa lemah. Matanya dibuka secara perlahan-lahan.

'Aku kat mana ni?' kata Misako dalam hati. Dia segera bangkit daripada baringnya.

Dia kini berada di hospital. Adakah dia masih berada pada tahun Yoshi hilang? Atau dia sudah kembali ke dunia sebenar?

Memikirkan itu sahaja membuatkan Misako lantas bangkit daripada katilnya. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah luar biliknya. Seorang jururawat yang lalu di situ ternampak Misako sedang keluar daripada biliknya.

"Adik, adik nak ke mana?" tanya jururawat itu yang mempunyai tag nama Ayle.

"Boleh saya tahu tarikh hari ini?" Misako tidak dapat membendung kegusaran di hatinya. Dia memang perlu tahu apakah tarikh pada hari ini.

"Adik, adik tu masih kecil lagi. Mari masuk ke bilik dulu, nanti akak bagitau," kata Ayle.

'Adik?' gumam Misako.

Dia memandang cermin yang terdapat di hujung koridor hospital itu. Tubuhnya seakan-akan masih kecil. Barulah Misako melepaskan nada yang sangat lega.

Misako perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Dia berasa sedikit tenang. Mujurlah dia tidak kembali semula ke masa hadapannya.

"Nak akak bagitau juga ke tarikhnya? Happy semacam je adik ni," kata Ayle memuji kecomelan Misako apabila dia tersenyum.

"Boleh gak. Hehe..,"

"Mari kita lihat, emm..."

"Mana mak saya?" tanya Misako.

"Ouh, katanya malam nanti dia datang. Dia sangat risau katanya." jelas Ayle.

Malam nanti? Kenapa tak sekarang? Jam di dinding menunjukkan pukul 3 petang. Lambat lagi jika mahu menuju waktu malam.

"Haa, sekarang dah 26 Mac,"

Terbuntang mata Misako mendengarnya. Lama sangat ke dia tidak sedarkan dirinya?

"Adik dah masuk hospital ni lama jugalah. Kira-kira dua minggu,"

Misako mulai cemas semula. Tarikh pembunuhan tersebut hanyalah lusa! Dengan pantas, Misako melarikan diri!

"Eh, jangan, mak adik tak kasi adik keluar selagi dia tak datang. Dia sangat risaukan adik," kata Ayle lagi.

Misako tidak mempedulikan kata jururawat tersebut. Dia keluar daripada hospital tanpa memakai sebarang kasut mahupun selipar.

"Aku tak boleh bagi surat tu time 28 Mac! Tak akan! Tak akan!" jerit Misako! Apa yang penting baginya sekarang ini adalah cintanya terhadap Yoshi! Dia tidak boleh melengahkan banyak masa!

Tatkala Misako sedang melarikan diri pulang ke rumahnya semula, ada seseorang yang sedang mengintipnya dari jauh. Dia memakai topinya semula. Seseorang yang memakai hood berwarna coklat gelap itu bergerak ke arah Misako.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience