BAB 7

Crime Completed 2648

-3 Mac 2003-

Misako cuba mengecam wajah cikgunya terlebih dahulu. Ya, dia pernah teringat ketika Konari berkata pada masa hadapan, 'hood coklatnya' diberikan kepada seseorang. Seseorang itu adalah cikgu. Tetapi Konari memberi hood tersebut pada bulan Mei. Jadi Misako tidak akan dapat mencari pembunuhnya berdasarkan hood. Dia perlu menggunakan bukti lain.

"Ye Misako? Kenapa?" tanya cikgu Tanae.

Misako terkejut disapa oleh cikgu Tanae dari belakang.

"Errr, nak jumpa cikgu Akio kejap. Nak tanya pasal math," kata Misako sambil tersengih-sengih.

"Cikgu Akio tidak hadir hari ni." kata cikgu Tanae.

"Eh? Cikgu demam ke?" tanya Misako pelik.

"Kamu tak ingat ke? Kan minggu lepas cikgu Akio ada bagitau kat kelas korang yang dia ada check in dengan doktor. Esok baru dia datang,"

"Oh yeke? Haahlah. Lupa pula. Okok thank you cikgu,"

"Jarang kamu lupa sesuatu macam tu Misako, ada apa-apa yang berlaku kat kamu ke?" cikgu Tanae mulai curiga.

Misako menelan air liurnya. Dia tidak boleh beritahu kepada sesiapa yang dia datang dari masa depan. Dia perlu berpura-pura macam biasa.

"Takde apalah cikgu. Rasa macam tak berapa sihat je. Oklah, saya balik kelas dulu ye," Misako meminta izin untuk beredar. Tidak mahu cikgunya itu menanyakan pelbagai soalan lagi.

Misako yang sedang berjalan sambil tunduk ke bawah kemudiannya terlanggar seseorang.

"Aduh," mereka berdua berkata serentak.

"Kau dah--" Misako tidak sempat menghabiskan ayatnya, terus dia tergamam. Yoshi?!

"Ma..Maaf. Aku tak perasan pula. My fault," Misako meminta maaf.

"Tak apa." jawab Yoshi biasa.

Sikap Yoshi yang lebih gemar mendiamkan diri dan sukar untuk bergaul dengan rakan membuatkan dia tidak mempunyai kawan. Hanya Misako yang sudi menjadi kawannya.

"Awak nak pergi mana?" tanya Misako. Cuba mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.

"Tandas je. Kenapa? Nak ikut?"

Muka Misako merah padam. Tak sangka Yoshi akan menanyakan sedemikian.

"Ta..Tak. Aku balik kelas dulu," kata Misako sambil berjalan melepasi Yoshi.

Akane yang perasan kemesraan mereka sebentar tadi datang mengusik Misako.

"Fuyoo, dah luahkan perasaan ke?" tanya Akane yang mengejutkan Misako.

"Eh Akane. Tak adalah. Dah jom masuk kelas. Nanti cikgu Kawasa masuk," kata Misako cuba berdalih.

Ceh. Rungut Akane dalam hati.

Akane, Sumogi, Misako dan Fuyu merupakan kawan baik dari darjah 1 lagi. Jarang mereka berahsia antara satu sama lain. Jika mereka mempunyai masalah, mereka akan luahkan sesama mereka sendiri.

"Sumogi, jom lepak dekat rumah aku tak nanti?" tanya Fuyu.

"Ayah aku balik hari ni. Kami sekeluarga kena berkumpul. Maaf sesangat ye Fuyu," kata Sumogi.

"Akane?"

"Maaf juga ye Fuyu, mak aku suruh aku duduk rumah hari ni kena denda sebab pecahkan pasu dia semalam. Huhuhu," kata Akane.

"Hmm tak apalah. Misako?" tanya Fuyu.

Misako hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Kenapa tak nak?"

"Aku nak buat surat," jawab Misako ringkas.

Mata Fuyu, Sumogi dan Akane tertumpu pada Misako. Mereka sudah boleh agak surat apa yang mereka akan tulis.

"Ehem. Ehem. Kau ni tak sampai hujung bulan lagi dah tak boleh tunggu ye," usik Sumogi.

"Love is real guys," Akane pula bersuara.

"Nampaknya kau sudah pun beraksi," kata Fuyu.

Misako menjadi merah semula. Alamak, aku ada bagitau mereka ke pasal surat cinta tu dulu?

"Malu-malu pula. Kau sendiri yang bagitau bulan lepas nak buat surat cinta," kata Akane.

Misako hanya mengiyakan sambil tersengih. Ya, dia perlu membuat surat cinta tersebut lebih awal sebelum 28 Mac. Dia akan hantar sebelum 28 Mac agar Yoshi dapat memberikan jawapannya. Kemudian, dia akan selamatkan Yoshi!

Salah seorang pelajar yang ada di dalam kelas tersebut mendengar perbualan mereka tentang surat cinta itu!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience