-28 Mac-
-12 tengah hari-
"Cikgu Kawasa bukan," kata Misako.
"Jadi sekarang ni tinggal dua pilihan sahaja, cikgu Tanae dan cikgu Akio la kan?" tanya Akane.
"Ya, aku pun rasa macam tu. Kita dah tak sempat nak siasat which one to choose, sebab esok dia akan bertindak," kata Misako.
Mereka berempat berfikir semula. Apa perkara yang perlu dilakukan untuk menghalang perbuatan cikgu tersebut.
"Hmm, aku tak terfikir sangat nak cari siapa pembunuhnya. Tapi aku hanya terfikir cara nak selamatkan Yoshi dan lain-lain je,"
"Macam mana tu?"
"Mereka akan ku bawa ke markas kita,"
"Haaa? Tau kan markas ni hanya untuk kita berempat je," bantah Akane.
"Aku setuju," kata Fuyu.
"Fuyu-" belum sempat Akane menyambung ucapannya Sumogi mencelah.
"Aku setuju dengan Fuyu,"
Masing-masing memandang Akane.
"Kalau melibatkan soal nyawa, aku rasa tak kisahlah kalau mereka tau pasal kewujudan markas kita ni bagi menyelamatkan mereka," terang Fuyu.
Akane mengeluh sebelum turut bersetuju juga. Ya, nyawa seseorang dalam bahaya!
"Aku dah cakap ngan Yoshi semalam, so lepas habis sekolah dia akan ikut aku," kata Misako.
Akane, Fuyu dan Sumogi tergelak kecil.
"Korang dah kenapa?"
"Ikut pergi mana tu wak?" sakat Akane.
"Aih, jangan kahwin lari," sakat Fuyu pula.
"Aduh, dating tak ajak," kata Sumogi.
Muka Misako sedikit kemerahan. Heee!
"Bu..Bukanlah. Macam yang...Ki..Kita cakap tadi, kita punya ran..Rancangan asal tu bawa mereka ke sini!" Misako sedikit gagap.
Kawannya ketawa besar dapat menyakat Misako. Misako menutup wajahnya yang sedikit kemerahan.
"Hahaha, kami gurau jelah,"
Misako mencebik.
"Tapi ada satu masalah sekarang ni," kata Misako.
"Yunata budak sekolah kita ke?"
Masing-masing kebuntuan. Kasaro dan Usagi sama kelas dengan mereka. Jadi tidak susah sangatlah untuk menyelamatkan mereka.
"Yunata? Aku rasa aku pernah dengar dari Yoshi. Barangkali adik dia?" tebak Akane.
"Boleh jadi," kata Misako.
"Jadi esok kita tanya Yoshi jela,"
Masing-masing memandang antara satu sama lain sebelum tergelak kecil. Gembira untuk seketika sebelum "kejahatan" berleluasa.
*****
"Aku nak minta maaf," kata Midori sambil melutut di hadapan Yunata.
"Eh eh, takpalah,"
Midori masih terus melutut sebagai tanda kemaafannya akan perbuatan yang telah pun dia lakukan kepada Yunata.
"Saya tak kisah tapi-"
Midori terus mendongak memandang Yunata.
"Boleh tak pesan kat kawan kamu, jangan buli sesiapa lagi?"
Midori hanya mengangguk.
Yunata tersenyum seketika. Senyuman manisnya sedikit sebanyak mampu membuatkan sesiapa tergamam.
"Aku gerak dulu ya," kata Midori.
Yunata melihat sikap aneh Midori. Walaupun dia dibuli oleh rakannya, namun Yunata masih mempunyai sikap belas kasihan.
"Abang..."
-Bersambung-
Share this novel