-5 Petang-
Misako perlahan-lahan menuju ke arah markas mereka. Dia perlu memancing anonymous tersebut pada hari ini juga dan melaksanakan 'plan' tersebut!
"Huu...haaa...", Misako menarik nafas panjang. Bukan mudah untuk dia mendapat keberanian seperti ini. Tapi suka atau tidak, dia perlu melakukannya untuk elakkan lagi pertumpahan darah yang bakal berlaku!
"Yoshi, aku berharap dapat jumpa kau lagi selepas semua ni berakhir," gumam Misako dalam hati.
"Krak,"
Bunyi dahan ranting seakan-akan dipijak oleh seseorang. Misako mendengarnya dengan sangat jelas dari arah sebelah kanan. Menandakan anonymous tersebut sudah pun menunggu kedatangan dia.
"Sungguh berani ye kau," puji anonymous tersebut seraya mengeluarkan sebilah pisau yang cukup tajam!
"Sebelum kau lakukan tugas kau, boleh ke kau lepaskan topeng tersebut?" ujar Misako.
Anonymous tersebut hanya ketawa kecil. Ingat mudah nak dedahkan identiti ni kalau Misako masih boleh merentas masa? Kalau dia tikam Misako tapi Misako masih boleh kembali masa lalu? Tak ke naya perancangannya yang akan datang akan lebih tergugat?
"Aku tau apa yang kau cuba buat. Tapi maaf, kali ni aku sendiri akan pastikan jantung kau berlubang supaya tiada lagi peluang untuk kau hidup kembali!" Kata anonymous tersebut dengan nada yang sedikit tegas.
"Kau Akio kan?" kata Misako.
Anonymous tersebut hanya ketawa panjang tanpa henti. Sangat creepy kalau kita mendengarkannya pada waktu malam!
"Aku tau kenapa kau rasa camtu. Dan aku boleh tau kenapa kau berteori supaya ada 2 pembunuh. Hebat tak aku dapat baca fikiran kau?" ujar Anonymous dengan penuh yakin.
"Kenapa kau rasa camtu?" balas Misako . Jauh di sudut hati, dia juga tertanya-tanya bagaimana anonymous tersebut boleh membaca mindanya dan setiap gerak gerinya. Namun Misako tidak boleh goyah! Dia perlu habiskan segalanya hari ini juga!
"Nak tau satu cerita menarik tak?" tanya anonymous tersebut.
"Apa?"
"Aku dah bunuh Akio."
Misako terkejut mendengarnya. Apa yang dia merepekkan ni?
"Okay kejap. Aku terangkan satu persatu sebagai hadiah kematian kau"
Misako mendengar dengan penuh fokus. Dan dia bersiap sedia dengan plannya!
"Okay. Actually betul ada 2 pembunuh. Dan secara logiknya. Aku sepatutnya 'Akio' yang datang dari masa depan. Sebab Akio lah sebenarnya dalang yang membunuh 4 orang pelajar pada 15 tahun lepas. Atau erti kata lain, tahun ini lah," terang Anonymous tersebut dengan panjang lebar.
Misako tidak mencelah. Hanya mendengar setiap bait-bait perkataannya tanpa melepaskan sebarang info yang penting!
"Akio sangat berguna pada masa lalu, sepatutnya dia jadi kambing hitam tapi dia pandai lepaskan diri pula dan jadikan kes ni tergantung sehingga sekarang. Haish. Menyesal pun ada bila difikirkan semula."
"Tapi. Memandangkan aku pun dah kembali pada masa kini. Aku patut habiskan Akio terus. Kes ni sepatutnya aku yang pegang!" ujar Anonymous tersebut sebelum ketawa kecil persis orang psiko!
"Adakah menjadi satu kebanggaan bila kau buat macam ni? Bunuh nyawa orang yang tak bersalah?!" herdik Misako.
Anonymous tersebut berfikir sejenak sebelum memberikan kata putus.
"Hmm tak! Never! Tak akan!" balas anonymous dengan penuh yakin.
"Aku juga ada dengar dari Midori, yang Akio kahwin 3 orang. Mak aku, mak Yunata dan mak Midori sendiri" Terang Misako.
"Jadi?" soal anonymous tersebut dengan penuh hairan.
"Aku sebenarnya tak nak percaya. Tapi bila aku cantumkan semua teka teki aku dapat jawapannya," terang Misako.
"Jadi kau tau siapa aku?" Tanya Anonymous tersebut.
"Kau tau plan aku hari ni dengan kawan-kawan aku?" tanya Misako.
"Aku cakap dengan diorang yang aku akan jadi umpan untuk kau, bawa kau ke satu tempat dan mereka akan perangkap kau guna jerat yang dipasang,"
"Ouh sungguh mulia hati kau sebab bagitau plan korang Ni. Aku patut terharukah?" perli Anonymous.
Misako memejamkan matanya sebelum bersuara.
"Ya, supaya aku boleh berurusan dengan kau sorang je. Sebagai seorang keluarga,"
Anonymous menghentikan gelaknya.
"Apa maksud kau?"
"Ma...hentikan semua ni,"
*****
Midori mengekori ayahnya dan tertancap pada seseorang yang memakai hoodie coklat.
"Kenapa ayah berjumpa dengan orang berhoodie coklat tu?" getus Midori dalam hati.
Hoodie tersebut dibuka. Memaparkan topeng anonymous yang sedikit pelik dan creepy!
Midori menyorok disebalik semak dan memerhatikan mereka dari jauh.
Tidak semena mena, Anonymous tersebut menikam Akio di dadanya. Midori yang melihatnya dari jauh merasa tergamam sehingga tak mampu mengeluarkan sebarang bunyi.
"Aku maafkan kau," ucap Anonymous tersebut sebelum berlalu pergi.
Midori hanya mampu memandang mayat ayahnya terbujur kaku di atas tanah. Tiada apa yang boleh dilakukannya!
-Bersambung-
!
Share this novel