BAB 12

Crime Completed 2648

-Tahun 2003-

"Hana, mari main sekali," ajak Midori.

"Kalau kau lambat, kitorang main dua orang je," Ishori pula mencelah.

Hana berlari selaju yang boleh. Tidak mahu ketinggalan dalam permainan yang agak popular dikalangan kanak-kanak pada ketika itu.

"Ahaha, B-daman aku dah ada 5!" Midori riak seketika.

Ya, pada waktu itu, permainan B-daman adalah cukup popular dikalangan kanak-kanak ketika itu.

Mereka bertiga bermain dengan gembiranya. Budak-budak memang suka bermain pada ketika itu.

*****

"Aduh," kata Yunata.

"Belikan aku B-daman lagi kalau kau tak nak mandi dalam tandas lagi," kata Hana mengugut Yunata. Dia sorang saja dapat membuli Yunata yang lemah itu.

"Tapi, duit tu aku nak-"

Yunata ditendang dibahagian pipi dengan kuat oleh Hana! Betul-betul tiada belas kasihan. Syaitan!

"Uhuk..Uhuk..Huu" Yunata yang masih kecil lagi pada ketika itu terus menangis akibat dibuli dengan kejam oleh Hana.

Hana tunduk dihadapannya.

"Jangan risau, aku takkan pukul kau lagi kalau kau beli untuk aku b-daman esok ye," Hana melontarkan nada yang agak seram. Yunata hanya menangis teresak-esak.

Hana pergi ke arah paip lalu mencabut getahnya. Dicubanya libasan demi libasan pada dinding tandas tersebut. Bunyi yang memang kuat! Ni kalau kena sebat, pedih!

Yunata hanya terduduk menangis. Takut jika dirinya diapa-apakan lagi. Ibunya selalu berpesan padanya, tidak mahu gaduh-gaduh di sekolah. Sebab itulah, Yunata tiada keberanian untuk melakukan perkara sedemikian.

"Sekali lagi, tiada apa-apa hasil juga, getah ni aku akan guna, paham?" kata Hana.

Yunata mengangguk ketakutan. Memori kanak-kanaknya banyak dipenuhi dengan pembulian. Sungguh sadis!

Hana akhirnya berlalu pergi sambil mencampakkan paip getah ke arah Yunata. Membiarkan Yunata berseorangan di dalam tandas pada waktu petang itu. Waktu persekolahan sudah pun tamat.

"Huk...huk..."

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience