"Ayah, esok orang tu akan belikan ayah hoodie," kata Midori.
Ayah Midori hanya tersenyum.
"Oh ya Midori, tolong belikan ayah plastik sampah besar. Beli dalam 1 set bungkusan plastik hitam tu," kata ayahnya.
"Okay ayah," Kata Midori lalu bergerak keluar.
Ayah Midori melihat ke luar jendela rumahnya. Kehidupannya kini tidaklah terlalu senang tidaklah terlalu susah. Hanya kehidupan serba sederhana. Setelah kematian isteri keduanya dia hanya tinggal serumah dengan anak tunggalnya sahaja, Midori.
"Mungkinkah ini karma? Karma kerana pernah meninggalkan kau dulu?" katanya secara berseorangan sambil melihat ke luar jendela.
Tangannya cepat membuka almari bersebelahan katilnya itu. Dia menyelongkar sesuatu lalu mengambil sekeping gambar yang sudah agak berhabuk.
"Konari, agak-agak kau akan maafkan aku tak?"
*****
"Abang nak pergi mana?" tanya Yunata.
"Abang takleh di sini untuk tempoh yang lama. Tapi ingat pesan abang, elak bertembung dengan diorang. Tu, B-daman abang bawa ada 5. Kau bagi je kat mereka, abang akan perhatikan dari jauh,"
"Perhatikan? Maknanya abang tak pergi sekolah ke esok?"
"Pergi, tapi selepas itu abang akan terus gerak ke sekolah adik. Mereka selalu buli pada waktu habis persekolahan kan pada waktu petang? Pada waktu itu abang akan datang. Abang akan lindungi kamu walau dengan apa cara sekali pun!" kata Yoshi sambil memegang bahu Yunata.
Selang beberapa saat neneknya muncul membawa sedikit bekal makanan untuk Yoshi. Yoshi menerimanya dengan hati yang terbuka.
"Terima kasih nek,"
"Sama-sama. Terima kasih menetap kat sini walaupun cuma sehari,"
Yoshi tersenyum sebelum melangkah pergi meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Kini, dia hanya ada satu tugas sahaja yang perlu dilakukan.
Ya. Surat itu. Dia perlu lakukan sesuatu. Yoshi mengeluarkan surat tersebut di dalam begnya sambil berjalan. Membaca semula isi kandungan surat tersebut.
Betul ke ada orang akan bunuh aku? Gumam Yoshi.
*****
-10 pagi-
"Okay, apa yang aku ingat masa bekerja dengan mereka dulu, Midori, ayahnya seorang guru. Ishori, ayahnya seorang peguam manakala Hana ayahnya pula seorang polis. Tapi kehidupan Midori pada masa hadapan itu tidaklah sesenang yang dibayangkan. Hanya hidup secara sederhana seperti dirinya," bisik Misako.
"Tahun 2003 sepatutnya tidak ada sebarang perubahan. Tapi kali ni ada, lebih-lebih lagi tarikhnya. Kalau Yoshi mati pada hari Isnin, 28 Mac then suppose right now dia akan mati hari Isninlah which mean 29 Mac Isnin ni. Tunda satu tarikh,"
"Satu lagi, Yoshi sepatutnya periang, tapi kenapa tahun ni dia tak banyak bercakap. Ya, tidak seperti ketika dia berumur 10 atau 11 tahun. Masuk sahaja 12 tahun, dia tak seceria dan periang yang dulu. Disebabkan itulah dia tak mempunyai ramai kawan. Kenapa aku baru sedar semua ni sekarang?"
"Misako!" laung maknya dari dapur.
"Ya kenapa," sahut Misako lalu turun menuju ke dapur.
"Kawan kamu datang tu, pergilah jemput dia kat depan pintu tu,"
Kawan? Akane dan lain-lain ke? Misako kemudiannya membuka pintu untuk melihat siapa di luar.
Muka Misako terus merah padam apabila melihatkan sesuatu yang di luar jangkaan.
"Yoshi?!"
-Bersambung-
Share this novel