Misako memandang siling di biliknya. Ketika ini sudah pun menginjak petang, pukul 4 petang.
Sudah 2 hari berlalu, Misako masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku. Futa telah ditikam di dalam biliknya ketika ibunya keluar ke pasar. Ayahnya sudah pergi kerja pada pukul 6 pagi lagi. Misako memohon cuti pada bosnya selama 2 hari akibat demam.
"Futa, maafkan aku," bisik Misako lalu air matanya tumpah.
"Mi, mari makan dulu. Mak dah masak ni," kata Konari.
"Ye mak," jawab Misako sedikit lemah. Selera makannya seperti sudah hilang.
Misako turun ke dapur dengan perlahan-lahan dan duduk di atas meja. Konari berasa sedih melihatkan anaknya itu.
"Maaf tapi kalau boleh mama nak tanya something," kata Konari memulakan perbualan.
Misako memandang wajah Konari.
"Ya?"
"Sebenarnya kenapa Mi dan Futa nak keluar?"
Misako diam seketika sebelum memberitahu segalanya pada Konari. Dari awal hingga akhir.
"Hmm, dia ada cakap nak bantu Mi pasal kes 15 tahun lepas tu, alih-alih keesokannya dia dibunuh," Konari berbisik.
"Kenapa? Ma dapat teka ke?" kadang-kadang Misako akan membahasakan Konari sebagai mak, mama dan ma.
"Mama syak je. Tapi yang bunuh Futa mungkin dari prmbunuh yang sama," terang Konari.
Misako terdiam. Cuba memikirkan logiknya semula. Lekas-lekas dia memberitahu mamanya tentang seseorang bertopeng anonymous yang melintasi di kedainya tempoh hari.
"Yala, masa nak pergi rumah Futa tu, Mi ada perasan seseorang pakai hood warna coklat gelap sambil tertunduk. Mi ingatkan tu penduduk kawasan Futa," Misako teringat semula.
"Hood coklat?" Konari terkejut. Sepertinya ada kaitan antara Konari dengan hood coklat tersebut.
"Kenapa ma?" tanya Misako seperti mengesan sesuatu.
"Takde pape. Dahlah jom sambung makan, nanti lauk sejuk pula," kata Konari.
Misako dan Konari makan sehingga kenyang. Namun begitu, Konari dapat mengesan sesuatu yang nencurigakan!
Mungkinkah dia?
*****
"Midori, baliklah. Dah pukul 6 dah ni," kata Ishori.
"Ya ya ya. Nak balik dah ni. Nak ambil barang jap," kata Midori.
"Hana, tolong ambikkan dompet atas meja,"
Hana menyerahkan dompet kepada Midori.
"Midori, kau rasa Misako datang esok tak?" tanya Hana.
"Emm? Apsal tanya aku. Tanyalah dia terus. Aku bukannya tinggal sebumbung dengan dia,"
"Kau takde rasa simpati kat Futa ke?"
Midori memandang tajam terhadap Hana. Hana senyap semula.
"Takde kena mengena dengan aku,"
*****
Misako duduk di atas bangku di taman permainan seorang diri. Jam menunjukkan pukul 6.30. Misako masih memikirkan kejadian tersebut.
"Futa...." hisik Misako.
Misako ketika ini berada berseorangan di taman. Dia tidak menyedari dirinya diperhatikan oleh anonymous!
Misako menguap. Tanda kebosanan.
Hood coklat? Kalau tak silap dulu mama ada bagi hadiah hood dekat seseorang. Tapi siapa eh? Anonymous semakin mendekati Misako.
Seseorang....Seseorang. Ketika itu mama membuat kejutan pada seseorang. Mamanya memberikan hadiah tersebut kepada seorang lelaki sebagai tanda melupakan suaminya yang pergi meninggalkannya.
"Ya, mama ada memberikannya pada seorang guru lelaki! Tapi siapa?" Misako menjerit kegembiraan. Dia hampir menyelesaikan misteri.
Anonymous memegang sebilah pisau pada tangan kirinya. Dia kini betul-betul berada di belakang Misako!
"Cikgu lelaki!!" jerit Misako.
Tidak semena-mena belakang Misako ditikam oleh anonymous tersebut. Darah memancut keluar daripada badan Misako. Dia sangat terkejut!
"Maaf, identiti aku akan menjadi rahsia selamanya," kata anonymous.
Sah! Suara seorang lelaki. Mata Misako terbuntang. Tak sangka penamatnya akan jadi begini. Dia berasa sungguh sedih kerana belum berjaya menyelesaikan kes 15 tahun lepas.
Mama..Mama..Air mata Misako bergelimpangan.
Yoshi...Yoshi...Tatkala ini Misako teringatkannya.
Tolong...Tolong...Aku tak mahu mati sebegini...Pembunuh tersebut masih belum ditangkap...Tolong..
Tolong...
Tolong...
Tolong!!
"Berikan aku peluang!" jerit Misako!
Segalanya berhenti untuk seketika. Misako akhirnya pitam!
*****
Misako membuka matanya. Dia kini berada di atas katil.
Eh? Aku bermimpi je ke? Gumam Misako.
"Mi, cepat sarapan." laung Konari dari dapur.
Misako cepat-cepat turun ke bawah. Misako berasa pelik. Rasanya ini rumah lamanya.
"Apa yang kamu termenung lagi tu? Cepat makan! Nanti kamu nak pergi ke sekolah!"
Sekolah? Rumah lama? Apa maksud semua ni? Misako pelik.
"Mama?" tanya Misako.
"Laa, tak mandi lagi. Bertuah punya budak," kata Konari.
Misako cepat-cepat mencari cermin melihat dirinya.
Aku masa kecil ke ni?
"Dah lawa dah tu. Ish! Cepat makan!" arah Konari.
Misako melihat kalendar semula.
"2 Mac 2003?"
Misako merasakan sesuatu yang aneh lagikan ajaib! Dia telah dibawa pada masa lampaunya! Ya! Kali ini dia akan selamatkan Yoshi!
-Bersambung-
Share this novel