BAB 14

Crime Completed 2648

-26 Mac 2003-
-6 petang-

Tap tap tap.

Bunyi tapak kaki seseorang yang memakai kasut sedang berlari ke arah sesuatu. Langkahnya sedikit laju. Sepertinya dia sedang mengekori sesuatu!

Seseorang bertopengkan anonymous tersebut dengan segera menghubungi seseorang.

Tuut. Tuut. Tuut.

"Hello?" suara Konari kedengaran.

"Dia sudah balik ke rumah," kata anonymous tersebut.

"Balik? Mak-"

Tuut.

Anonymous tersebut mematikan handphonenya semula. Kini dia akan menjalankan tugasnya!

*****

"Jom buat surprise kat Misako. Aku bawa dia hadiah ni," kata Akane.

"Aku ngan Sumogi beli kek je," kata Fuyu.

"Alaaa, tu pun dah okey." kata Akane.

Mereka bertiga berjalan menuju ke rumah Misako. Hari ini adalah hari jadinya!

"Kenapa Misako tak datang sekolah eh? Lama juga tu," kata Sumogi apabila mereka semua diam.

"Mak dia cakap, Misako tak berapa sihat." kata Akane.

"Yala, mungkin juga. Tapi macam pelik je reaksi mak dia. Macam gelisahkan sesuatu. Atau, rahsiakan sesuatu," kata Fuyu. Mereka semua menghentikan langkahnya.

Akane dan Fuyu pernah pergi ke rumah Misako untuk menanyakan sebab ketidakhadiran Misako untuk beberapa hari. Maknya memberitahu bahawa Misako dalam keadaan yang tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang pelik?" tanya Akane dengan nada yang perlahan.

"Kau tak perasan ke? Setiap kali dia cakap dengan kita, dia banyak kali telan air liur. Aku nampak lehernya bergerak-gerak ke bawah kerap sangat," kata Fuyu.

Mereka bertiga terkejut mendengarnya.

"Mak Misako sorokkan Misako ke?" tanya Sumogi membuat andaian.

Mereka bertiga akhirnya memikirkan semula sama ada hendak datang ke rumah Misako ataupun tidak. Tapi, adakah Konari berbohong?

"Aku rasa macam tak. Maybe memang Misako tak sihat," Akane cuba bersangka baik.

Mereka bertiga tidak membantah. Mungkin mereka salah faham. Dengan berat hati, mereka menuju ke rumah Misako semula.

*****

"Hana, tolong aku," kata Midori.

Hana tidak membantah. Dia segera menuju ke arah Midori lalu mengambil cangkul.

Ishori memerhatikan kawasan sekelilingnya sebelum berkata kepada mereka berdua.

"Cepat sikit, nanti orang nampak,"

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience