-29 Mac-
Kriiiiing!
Waktu persekolahan sudah pun tamat. Misako segera menyimpan bukunya ke dalam beg. Dia ada perkara yang perlu dilakukannya.
"Yoshi," laung Misako.
Yoshi berhenti sejenak lalu memandang wajah Misako.
"Ya?"
"Jom ke markas aku," ajak Misako.
"Tahu, tapi sebelum tu aku perlu jumpa seseorang," kata Yoshi sedikit serius.
"Siapa?"
"Adik aku,"
"Yunata?!"
Yoshi memandang wajah Misako sekali lagi. Bagaimana dia tahu nama adiknya itu?
"Jom bawa adik kau sekali ke markas kitorang,"
Yoshi hanya mendiamkan diri. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke sekolah rendah yang terletak 4 km daripada sekolah asalnya. Misako turut mempercepat langkahnya bagi membuntuti Yoshi.
Ketika ini Akane, Fuyu dan Sumogi sudah pun berada di markas mereka. Hanya menunggu kedatangan Misako dan Yoshi.
10 minit sudah berlalu namun kelibat Yoshi dan Misako masih belum tiba.
"Jangan-jangan diorang tengah dating," teka Sumogi.
"Suka hati je main tuduh, lempang kang. Aku rasa dorang ada hal lain yang perlu diselesaikan dulu," kata Akane.
Fuyu pada ketika ini seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Atau lebih tepat, mengelamun.
"Mengelamun nampak. Fikir siapa tu," usik Sumogi.
"Kasaro ni hensem rupanya," kata Fuyu tanpa sedar.
Mata Akane dan Sumogi terbeliak mendengarnya. Lantas kedua-duanya ketawa besar.
"Eh eh tak tak. Aku tak sengaja-"
"Takpe Fuyu, aku faham. Tak sangka kau pun macam Misako juga. Kuat angau rupanya," kata Akane sambil menepuk-nepuk bahu Fuyu.
Muka Fuyu mulai merah padam. Malunya tak terkata. Sumogi dan Akane masih ketawa.
Aduh. Macam mana aku boleh syok kat dia ni. Rungut Fuyu dalam hati.
*****
"Ni semua mesti sebab kau kan!" jerit Hana.
Jeritannya itu hanya didengari oleh Yunata, Midori dan Ishori.
"Sudahlah tu, dia tiada kena mengena," kata Midori.
"Apa yang dia hasut kat kau?! Budak ni memang nak kena!" kata Hana sambil tangannya menggenggam penumbuk.
"Bawa bertenang Hana," Ishori cuba memujuk pula.
Yunata hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Dalam keadaan itu, Hana bergerak ke arah Yunata. Muka Yunata pada ketika ini seakan-akan sudah pasrah. Dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
"Hana!" jerit Midori.
Hana tidak menghiraukan Midori. Sampai sahaja di hadapan Yunata, dia terus menarik baju Yunata. Ishori hanya membiarkannya sahaja.
"Yunata!" jerit seseorang.
Yunata terkesima untuk seketika. Suara itu sepertinya pernah didengari.
"Huu haa huu haa," Yoshi kepenatan.
Misako juga turut menghelakan nafas. Kekurangan oksigen kerana penat berlari tadi. Namun mujurlah mereka tiba tepat pada waktunya.
"Lepaskan Yunata!"
-Bersambung-
Share this novel