Midori mengejar Hana dari belakang.
"Jangan ikut aku!" kata Hana dengan marahnya.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau ni,"
"Aku taknak dengar apa-apa dari kau! Hei Ishori, kau pergilah layan si Midori tu,"
Ishori hanya berdiam untuk seketika. Bagaimana untuk menenangkan Hana saat dia sedang marah? Ini pertama kali Hana mengamuk sedemikian rupa.
"Apa yang kau nak cakap tu?" tanya Ishori sedikit tidak puas hati dengan tindakan Midori sebentar tadi.
Dia turut hairan, kenapa Midori boleh berubah sikapnya 360 darjah. Midori perlu berikan alasan yang kukuh bersesuaian dengan tindakannya terhadap Hana.
"Tolong jagakan Hana."
"Kenapa?" tanya Ishori.
"Aku tak mahu dia terlibat dengan semua ni. Aku juga tak mahu dia tanggung semua ni,"
"Apa kau cakap ni? Aku tak faham," Ishori kelihatan tidak berapa faham dengan penjelasan Midori.
Midori memandang Ishori seketika sebelum bersuara.
"Kau akan tau nanti,"
Ishori hanya mendiamkan diri. Sikapnya itu sangat pelik berbanding tiga hari yang lepas. Sikap yang tidak menentang.
"Ini ke alasan kau? Kau nak aku tau nanti? Tau apa? Cuba jangan berkias sangat," marah Ishori.
Satu apa pun dia tak faham penjelasan Midori.
"Hari ni ayah aku keluar kerja dan mungkin tidak balik untuk beberapa hari. Kalau nak tau apa yang berlaku, datanglah,"
Ishori tidak membantah.
"Malam ni better kau jelaskan semuanya," kata Ishori.
Sebelum Ishori bergerak, Midori menanyakan sesuatu kepada Ishori.
"Kau rasa apa yang kita semua buat ni betul atau tidak?"
Ishori tidak memberikan sebarang jawapan. Dia tidak menunggu lama. Kakinya digerakkan jua mendekati Hana yang semakin menjauh.
"Kau rasa seronok buat semua ni kan?" bisik Midori seorang diri. Menganggap itulah jawapan daripada Hana dan Ishori.
Ya, bapa mereka sangat berkebolehan. Seorang peguam, seorang polis. Memang cantik kombinasi tersebut. Tidak hairanlah mereka bebas melakukan sesuka hati.
Tapi aku? Bapaku seorang guru. Ya, 'guru'.
Pada waktu ini Midori teringat semula peristiwa dia curi-curi masuk ke dalam bilik ayahnya dua hari yang lepas.
*****
Ayahnya bergerak secara perlahan-lahan ke arah Midori.
Midori sudah mulai berpeluh ketika ini. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada ayahnya itu!
Namun, usahanya sia-sia. Dia benar-benar buntu untuk melepaskan diri. Apa perlu aku buat?!
Ayahnya mengangkat tangannya lalu diusapkan ke atas kepala Midori. Midori terkejut dengan kelakukan tersebut. Apa makna dari tindakan ayahnya ini?
"Midori..."
"Ya?" jawab Midori sedikit gementar. Ingin mengetahui tindakan lanjut yang bakal dilakukan oleh ayahnya.
"Minta maaf selama ni kalau ayah banyak berahsia dengan kamu,"
Midori hanya berdiam diri. Ingin terus mendengar setiap bait-bait perkataan yang terkeluar daripada mulut ayahnya. Ketika ini ayahnya sedang mengambil nafas yang sangat panjang sebelum menghembuskannya.
"Kamu bukan dari darah daging ayah,"
-Bersambung-
Share this novel