Kriiiing!
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Akane berlari-lari anak mencari kelibat Misako. Apabila dijumpainya, dengan kadar segera dia terus menghampiri Misako.
"Dah hari ke-5 ni. Tak nampak pun sebarang tanda Anonymous tu akan mulakan langkah," kata Akane sedikit tercungap. Dia perlu memastikan apakah mereka benar-benar selamat atau tidak?
"Aku pun tak ada apa-apa idea. Si Yoshi tu dah 5 hari tak datang sekolah. Katanya duduk dengan Yunata. Ayahnya pula macam tak ambil peduli je," terang Misako.
"Hmm,"
Mata Misako masih melilau memerhatikan persekitarannya. Dia merasakan sejak akhir-akhir ini seakan-akan ada yang memerhatikannya. Anonymous?
"Aku nak jumpa Yoshi nanti, kau nak ikut?" pelawa Misako.
"Boleh. Tapi Fuyu dan Sumogi tak dapat nak join. Dia orang ada hal kat rumah," terang Akane.
"Takpe, kau ada pun dah cukup. Dah jom,"
Tanpa membuang masa, mereka berdua terus bergerak ke rumah adiknya. Yoshi pernah memberitahu kepada Misako alamat rumahnya. Maka mudahlah Misako ingin mencarinya.
"Oh maafkan saya," kata Midori.
Dia terlanggar bahu Misako yang ketika itu sedang rancak berbual dengan Akane. Salah aku juga sebab terlalu nak tergesa-gesa.
"Oh takpa," kata Misako.
Misako termenung untuk seketika. Jika tidak silap, inilah Midori!
"Muka awak ni macam kita pernah berjumpalah dulu, tapi di mana ya?" Midori seakan-akan lupa peristiwa beberapa hari yang lepas Misako datang bersama-sama Yoshi untuk menyelamatkan Yunata.
"Kau perempuan yang datang nak tolong Yunata tu kan?" Tanya Midori tiba-tiba ingatannya pulih kembali.
Misako hanya melemparkan senyuman.
"Kau mesti Misako kan?" tebak Midori.
Misako terkejut seketika. Seingat dia, dia tak pernah perkenalkan diri dia pada Midori. Macam mana Midori boleh tahu?
"Macam mana kau tahu?" Tanya Akane apabila melihatkan rakannya itu terdiam untuk seketika.
"Ayah kau nama Akio kan?" tebak Midori lagi.
Secara tiba-tiba Misako teringat semula ayahnya yang sudah lama meninggalkan mereka. Apa nama ayah? Ya, aku tak pernah tanya pada mak. Akio? Cikgu sekolah aku?
"Hei aku tanya ni, apa yang kau tau pasal dia?" berang Akane apabila soalannya diendahkan oleh lelaki bernama Midori itu.
"Kau nak tau tentang kisah ayah kau?" Midori tidak menghiraukan soalan Akane.
"Hei-" belum sempat Akane ingin bersuara, Misako menegahnya.
"Ceritakan apa yang kau tau sekarang juga,"
Midori tersenyum seketika sebelum dia menceritakan segala-galanya perihal ayahnya, ayah Misako dan ayah Yunata. Hebat sungguh ayahnya mempunyai 3 orang isteri!
*****
-6.30 petang-
-2 April-
Anonymous tersebut membuka topengnya untuk seketika bagi merehatkan wajahnya yang kian berpeluh akibat bahang memakai topeng tersebut. Dia juga masih tertanya-tanya kenapa dia dibawa merentas masa pada tahun dia membunuh budak-budak yang lain. Kenapa dia tidak menjadi seperti Misako yang menjadi kanak-kanak semula? Kenapa? Namun, dia tidak akan menjumpai jawapannya..
Anonymous tinggal di rumah sewa untuk seketika. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana.
"Misako...Misako..."
Ungkapan yang sering disebutkannya. Geram dengan manusia ini! Kerana dia, rancangannya terganggu. Kerana Misako, dia kembali semula ke masa lampau dan kerana Misako juga, identitinya sebagai anonymous hampir terbongkar!
"Kau fikir kau boleh ubah takdir?!" Anonymous menengking sorang-sorang. Bilik sewanya bergema dengan suaranya yang lantang itu.
"Esok...Tak..Lusa...Tak...." Anonymous melihat-lihat kalendar semula. Mencari tarikh yang sesuai untuk melakukan 'tugasnya' semula.
Dia merasa geram dengan diri sendiri kerana tidak menghabiskan Misako pada waktu dahulu. 2 kali dia sudah menikam Misako namun 2 kali jugalah dia survive! Liat sungguh nak mati!
"Kali ni, aku sendiri akan pastikan pisau tu menembusi jantung kau," kata Anonymous dengan nada marah sambil mengetap giginya.
-Bersambung-
Share this novel