Bab 23

Crime Completed 2648

-28 Mac-
-Ahad-
-9 pagi-

Misako sudah menyiapkan segala kelengkapan untuk dirinya. Dia meminta kebenaran ibunya untuk bermalam di rumah kawan untuk tempoh seminggu sahaja.

Akane, Fuyu dan Sumogi turut meminta izin daripada ibu bapa masing-masing untuk bermalam di rumah kawan walhal mereka semua bermalam di markas rahsia mereka sendiri.

Misako telah memesan kepada Yoshi untuk memberi tahu kepada Akane akan tujuannya. Dan Akane secara tidak langsung memberitahu kepada rakannya yang lain-lain.

"Tak sekarang ni aku masih tak boleh nak percaya yang Yoshi, Kasaro dan Usagi akan dibunuh nanti. Lebih membingungkan, pelakunya di kalangan cikgu kita sendiri, are you serious?" pertikai Akane lagi.

Mereka sudah pun tiba di markas mereka. Mereka kini hanya perlu berbincang untuk mengatasi masalah ini.

"Misako, bukan senang tau kami nak dapat keizinan daripada parent untuk keluar rumah menetap di luar. Jadinya lebih baik kau bagitau kitorang hal sebenar. Jangan rahsiakan apa-apa," kata Fuyu.

Misako memandang wajah rakannya satu persatu. Ya, dia perlu beritahu kesemuanya kecuali berkaitan dirinya yang datang dari masa hadapan! Masa yang diambil hanyalah 10 minit untuk Misako menerangkan kesemuanya.

"Aku curiga satu perkara," kata Sumogi.

"Apa?" tanya Misako.

"Macam mana kau boleh tahu semua ni? Jangan cakap ini firasat atau ramalan. Aku tak percaya,"

Misako kelihatan sedikit resah. Yala, Yoshi tidak pun menanyakan semua itu apabila dia menceritakan hal sebenar. Tetapi kawannya memang lain, susah nak berahsia dengan kawannya!

"Kau ingat tak dulu kitorang pernah tanya kau pasal Cikgu Kawasa yang tak datang sekolah hari tu?" tanya Fuyu pula.

"Errr, rasanya ada,"

"Kaulah yang bagitau satu kelas seminggu sebelum tu. Tu yang bila kitorang tanya kau balik, kau tak ingat pula. Time tu kami dah syak kau macam orang lain pun ada," sambung Fuyu lagi.

Sampai macam tu sekali mereka ingin siasat aku! Misako masih lagi berdiam untuk seketika.

"Aku pun pelik, kau tak kenal atuk lagi. Padahal dulu kaulah selalu tegur atuk aku kalau terserempak dengan dia. Alih-alih hari tu kau macam tak kenal dia," kata Sumogi pula.

Misako terkejut. Banyak rupanya kelakuan janggal yang telah dilakukan olehnya.

"Ya, kau macam...", kata Sumogi.

"Macam datang dari masa depan," tebak Akane.

Oh my god. Tak sangka assumption mereka membawa mereka ke arah situ. Sememangnya mereka ini turut handal menyiasat!

"Hahahaha," gelak Misako.

Fuyu, Sumogi dan Akane memandang antara satu sama lain.

"Korang percaya ke benda tu semua?" kata Misako.

"Tak mustahil untuk perkara tu berlaku," jawab Akane.

Misako hanya tersenyum. Selagi tak diberitahu akan semua ini, selagi itulah mereka akan terus menanya soalan yang sama. Lagi pula, merekalah kawan baik aku, kawan baik tidak perlu berahsia antara satu sama lain.

"Aku harap korang takkan cakap aku gile sudahlah,"

"Memang kau gila pun," kata Akane.

Misako terdiam seketika.

"Gila sebab berani buat semua ni dan sudi juga beritahu perkara sebenar kat kitorang," kata Akane lalu memeluk Misako.

Misako membalas pelukan Akane. Sememangnya dia beruntung mempunyai kawan-kawan yang memahami seperti mereka.

"Betullah dari dulu aku dah anggap kau datang dari masa hadapan," kata Fuyu.

Misako hanya tersenyum. Susah untuk dinafikan daripada rakan-rakannya yang sememangnya sudah pun menyiasat dirinya.

"Jadi, Misako pada masa hadapan dah kahwin ke?" usik Sumogi.

Misako ketawa kecil.

"Kalau kahwin dah lama aku jemput engkau orang datang,"

Mereka berbual kosong untuk seketika.

*****

Segala kelengkapan telah pun disiapkan. Kini tugasnya hanyalah untuk memburu Yoshi dan lain-lain!

"Apa kau akan buat esok Misako?" kata Anonymous di hadapan cerminnya.

"Kau betul-betul menyulitkan kerja aku dan liat sungguh kau nak mati,"

"Aku takkan sesekali biarkan kau ubah apa yang tak patut diubah,"

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience