-8 malam-
"Seriuslah mak?" tanya Misako.
"Ya, ada orang call beritahu kamu pulang ke rumah. Garau suaranya, ibu tak kenal. Tu yang ibu balik ke rumah awal hari ni," kata Konari.
Selalunya Konari akan pulang ke rumah pada pukul 9 atau selewatnya pukul 10 malam.
"Misako," panggil Konari.
"Ya?"
"Cuba beritahu ibu, apa yang berlaku sebenarnya," desak Konari lagi.
Misako terdiam sejenak. Dia memandang kalendar yang tergantung di dinding rumahnya. 26 Mac pada hari ini. Dua hari je lagi sebelum kehilangan Yoshi. Siapa yang memiliki hoodie coklat tersebut? Mengapa ada yang tahu kewujudan dia sekarang ini ada kaitan dengan masa depan? Misako memikirkan segala persoalan yang hadir dalam mindanya sejak dulu lagi. Melihatkan reaksi anaknya yang diam untuk seketika itu, Konari mula bersuara.
"Takpalah kalau kamu taknak beritahu, tapi jangan sampai abaikan pelajaran ya,"
Misako memandang wajah emaknya lalu tersenyum. Dia tidak mahu melibatkan emaknya dalam masalah yang dia hadapi ketika ini.
"Lepas kamu makan ni, nanti siap siap pergi hospital semula, kamu tak pulih lagi ni, badan kamu masih berbalut," kata Konari.
"Takpa mak, Mi boleh-"
"Kalau kamu tak nak beritahu apa yang sedang berlaku pada mak tak mengapa, tapi sekurang-kurangnya tolong dengar permintaan mak. Kamu masih belum sepenuhnya sihat," kata Konari sedikit sebak.
Ya. Hanya kerana cintanya terhadap Yoshi. Dia jadi begini. Alasan dia lari daripada hospital pun kerana ingin memberikan Yoshi sepucuk surat cinta sahaja! Semuanya disebabkan cinta! Betullah kata orang, cinta itu bisa membutakan.
"Baiklah mak, nanti hantar Mi balik hospital ya," jawab Misako yang cuba menghentikan air mata ibunya daripada tertumpah. Rasa bersalah mula dirasai oleh Misako.
Konari mengusap matanya.
"Makanlah puas-puas ya, dan selamat hari jadi,"
Misako tersenyum bahagia. Ibunya tak pernah sesekali melupakan hari jadinya. Mereka dua beranak bercerita tentang kebahagiaan yang mereka cipta bersama-sama sehingga pukul 10 malam.
"Ouh ya mak, nanti dalam perjalanan pulang ke hospital, singgah satu rumah ni kejap boleh?" tanya Misako.
*****
Yoshi perlahan-lahan bangun daripada tidurnya. Dia melihat bilik ibu bapanya, kedua-dua mereka masih belum pulang walaupun jam dah menunjukkan pukul 10.45 malam. Dia mengantuk namun dia ada urusan yang perlu diselesaikan. Dia menuju ke dapur untuk meminum air kosong. Ruangan di dapurnya agak berselerak kerana sudah lama tidak dikemaskan. Ibunya pulang ke rumah lewat dan terus tidur sahaja. Tidak sempat untuk menyapa Yoshi. Ayahnya juga begitu. Yoshi sudah terbiasa rasa dipinggirkan. Kerana itulah dia kurang bergaul di sekolah dan tidak mempunyai ramai kawan.
Yoshi mencapai telefon bimbit yang pernah diberikan oleh ibunya. Dia menghubungi seseorang.
"Hello?" jawab suara tersebut.
"Yunata, ni aku Yoshi. Kau okay tak?" tanya Yoshi sedikit prihatin.
"Aku okay, kenapa?"
"Mereka ada buli kau lagi ke?"
"Tak,"
"Tipu,"
"Tak tipu, aku okay,"
"Kalau tak tipu, kenapa suara kau macam tengah tahan nangis ja,"
Tidak dapat dipendam, akhirnya air mata Yunata membanjiri pipinya yang sedikit cekung itu.
"Memang diorang buat hal, siapa kali ni? Si Hana tu?"
Yunata hanya menangis. Tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Yoshi. Namun sebentar kemudian, dia memberitahu segalanya pada Yoshi.
"Hey hey jangan nangis, cubalah cakap dengan aku. Kau jangan risau, aku akan lindungi kau,"
"Takut," jawab Yunata sambil teresak-esak.
Mereka bertiga sudah melampaui batas! Sanggup membuli yang lemah atas kepentingan diri sendiri! Memang minta dibunuh sahaja mereka itu!
"Tak boleh ke pindah sekolah sini?" tanya Yoshi.
"Tak, nenek tak kasi," jawab Yunata sambil menangis.
"Takpa, malam ni aku datang rumah kau,"
"Eh janganlah,"
"Takpa. Kau duduk je diam-diam kat rumah. Nanti aku datang. Nenek takkan halang, jangan risau. Aku kan abang kau, relax,"
"Ok," Jawab Yunata seakan terpancar di wajahnya sedikit kegembiraan kerana abang kandungnya akan datang menjenguknya setelah sekian lama duduk berasingan.
Yoshi mengemas begnya seakan-akan dia bakal berpindah dari rumah ini. Lagi pula, dia tidak pernah merasa gembira apabila duduk di dalam rumah ini. Apabila keluar sahaja pagar rumahnya, dia nampak sepucuk surat di depan rumahnya. Aneh, siapa yang bagi?
Perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan dia membuka surat tersebut sebelum bergerak ke rumah adiknya, Yunata.
Yoshi seakan-akan terkejut apabila membacanya. Sungguh sukar untuk dipercayai isi kandungan surat tersebut!
-Bersambung-
Share this novel