Misako berlari ke sekolah. Dia melihat ramai rakan-rakannya ketika itu. Usagi pun ada. Kasaro pun ada lagi. Dan yang paling penting, Misako melihat Yoshi sedang berbual dengan kawannya, dia juga masih lagi hidup!
"Yoshi?" kata Misako sambil menggalas beg sekolah.
"Haaaih. Angau dah ke? Baru bulan 3," usik Akane.
Misako terkejut apabila disapa oleh Akane dari belakang.
"Eh, Akane. Bila sampai? Tak perasan pula," kata Misako.
"Eleh, tukar topik," Akane ketawa kecil.
Misako hanya tersipu malu. Dia dan Akane berada di dalam kelas yang sama.
"Baiklah murid semua, buka buku teks dan latihan muka surat 70. Kita akan cari jawapan dari situ," kata cikgu Akio.
Mata Misako ketika ini tidak lepas pandang terhadapan Yoshi. Dia duduk pada bahagian belakang sekali dan yang paling berada di penjuru kelas. Yoshi berada depan sekali pada baris kedua.
Cikgu Akio yang perasan mata Misako memandang orang lain cepat-cepat menegurnya.
"Haa Misako. Pandang siapa tu? Fokus," tegur cikgu Akio.
"Dia pandang Yoshi tu cikgu," usik Kenta.
Satu kelas bising dan mula bersorak.
"Waaaaaa cinta monyet~" kata Sumogi.
"Love! Love! Love!" jerit Akane.
"Cinta itu bisa membutakan," kata Botan sambil menggeleng.
Cikgu Akio menepuk-nepuk mejanya.
"Sila senyap. Kita masih lagi berada di dalam kelas. Misako sila kembali fokus ye. Yang lain tu diam-diam je. Nak bersorak ke apa tunggu habis sekolah," kata cikgu Akio.
Muka Misako sudah padam merah. Salahnya kerana terlalu leka melihat Yoshi. Rasa tak percaya pun ada Yoshi masih lagi hidup.
Yoshi hanya memejamkan matanya. Malas untuk mengambil tahu tentang apa yang berlaku.
"Buka muka surat 70 lekas. Aduh, buku pun tak keluarkan lagi," kata cikgu Akio.
Pelajaran mereka berjalan seperti biasa.
*****
Misako pulang ke rumahnya. Dia cepat-cepat mencapai sebatang pensel untuk ditulis sesuatu pada kalendar.
"Kalau tak silap, mayat Yoshi dijumpai pada 1 April. Kemudiannya, Usagi, 4 April. Seterusnya Kasaro 10 April dan Yunata 11 April," tangan Misako membulatkan tarikh pada kalendar.
Persoalannya. Bilakah Yoshi menghilang? Misako perlu memikirkannya secepat mungkin. Dia tidak hilang selama sehari tetapi berhari-hari. Gumam Misako.
Aku kena teka dengan tepat. Tak boleh main tembak je.
"Mungkin 3 hari? 4 hari?" Misako berbisik. Dia perlu membuat jangkaan yang tepat bagi menghalang perbuatan pembunuh tersebut.
Misako cuba mengingati tentang apa yang berlaku. Dia kemudiannya tersenyum seketika sebelum tangannya tercatit pada kalendar.
"Yoshi hilang 3 hari. Makanya, 29 Mac adalah tarikh dia mula hilang dan 28 Mac adalah tarikh di mana aku bagi dia surat," bisik Misako.
Dia sudah mencatatkan segalanya.
Hari ini 2 Mac. Aku ada lebih kurang 25 hari lagi untuk selamatkan Yoshi! Ya kali ini dia akan selamatkan!! Gumam Misako.
Dia sudah membulatkan tarikh-tarikh penting pada kalendar tersebut. Sekarang, apa yang Misako akan lakukan? Dia perlu merancang semuanya dari awal!
-Bersambung-
Share this novel