Bab 19

Crime Completed 2648

-27 Mac 2003-
9 pagi

Misako sudah boleh dikeluarkan daripada hospital. Doktor cakap mujur tak terkena apa-apa bahagian organ yang penting. Maka proses merawatnya sedikit mudah.

Ibunya menjemput Misako di hospital tersebut, mereka berdua pulang ke rumah dengan menaiki kereta. Kereta peninggalan daripada ayah mereka sendiri.

"Ma tak kerja ke hari ni?" tanya Misako.

"Tak, mak ambil cuti hari ni sebab kamu keluar dari hospital hari ni," jawab Konari sambil memandu.

Esok sesi persekolahan akan bermula. 28 Mac. Misako sedar dia banyak mensia-siakan masanya di hospital. Agak sedikit kesal kerana dia berada terlalu lama di hospital.

Misako memikirkan semula. Anonymous yang menikamnya di rumah pada tempoh hari mempunyai badan yang agak tinggi. Dalam kepalanya kini ada 2 nama cikgu yang mempunyai badan tinggi seperti itu, Cikgu Tanae dan Cikgu Kawasa. Misako buntu.

Namun, satu perkara pelik yang dikesan oleh Misako adalah, walaupun dia sudah kembali pada tahun 2003 di mana tahun Yoshi dan beberapa kanak-kanak yang lain dibunuh, dia dapat merasakan sesuatu yang pelik pada tarikh.

Seingat Misako, sewaktu dia kecil, 27 Mac adalah hari Isnin dan 28 Mac adalah hari Selasa. Namun kini 27 Mac adalah hari Ahad manakala 28 Mac bersamaan hari Isnin. Secara logiknya jika dia sudah kembali pada masa lampaunya, tarikh-tarikh seperti itu tidak sepatutnya berubah.

Semasa dia memikirkan hal tersebut, Konari mengatakan sesuatu kepada Misako.

"Ouh ya, ibu ada beli hoodie coklat semalam,"

Mata Misako sedikit besar bila hoodie coklat disebut.

"Bukan ma dah ada hoodie coklat ayah punya dulu ke?" tanya Misako.

Kini Konari mempunyai 2 hoodie coklat yang bersaiz dewasa. Kenapa perlu beli lagi sedangkan yang lama punya masih ada?

"Ouh, masa dalam perjalanan pulang ibu terjumpa dengan seorang budak lelaki ni, tak ingat pula nama dia apa, dia kata ayahnya inginkan hoodie coklat. Ibu pun tak tahu kenapa dia nak sangat hoodie tu dan dia minta ibu belikan,"

"Kenapa ma percaya?" jawab Misako seolah-olah bantah dengan tindakan maknya itu yang mudah percaya dengan cakap orang lain.

"Ibu tengok dia macam dari keluarga yang susah je. Tak salah pun tolong mereka yang memang memerlukan,"

"Ibu tak tanya nama dia ke? Ibu mesti ada tanya kan,"

"Ada, tapi tak berapa ingat. Err,"

Misako menunggu dengan sabarnya. Ayah budak tersebut memerlukan hoodie coklat? Kenapa Misako tak ingat pun peristiwa ni pada tahun 2003? Ada sesuatu yang tidak kena!

"Ermm..Mi..Mi..Macam mula daripada Mi..Errr,"

Mi? Apa je nama seseorang yang aku kenal bermula dengan Mi?

"Mi...Do..Ri"

Misako terkejut. Nama rakan seperniaganya pada masa hadapan. Dia, Futa, Ishori, Midori dan Hana bekerja di gerai tersebut.

Takkan dia? Bisik Misako dalam hati.

Seketika kereta Konari mula masuk pada kawasan perumahannya. Selesai sahaja Konari memarkir kereta, Misako terus bergerak masuk ke rumah lalu menuju ke biliknya. Ya, segala teka teki yang berselerak dalam kepalanya harus diselesaikan secepat mungkin!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience