-6.15 petang-
"Huu haa...Huu haa," Misako kini sedang berlari laju menuju ke rumahnya.
Dia tidak menoleh ke kiri mahupun ke kanan. Apa yang dia tahu, dia perlu pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Dalam perjalanan pulangnya itu, dia terserempak Fuyu, Akane dan Sumogi yang sedang membawa sesuatu. Menuju ke rumahnya barangkali?
"Apa yang mereke bertiga buat kat sini" bisik Misako dalam hati.
Walaupun badan Misako makin mengecil, namun pemikirannya sudah sedikit matang kerana dia adalah seorang dewasa. Misako berfikir sejenak. Selama ini dia tidak pernah berfikir sedalam-dalamnya tentang tindakan dia. Dia tidak boleh selamanya termasuk dalam perangkap yang dibuat oleh anonymous tersebut.
"Dia nak aku balik rumah ke?" getus Misako dalam hati.
Dia merasakan dirinya diperhatikan seseorang. Misako lantas bergerak menuju ke arah kawannya.
"Akane, Fuyu, Sumogi" laung Misako dari belakang mereka.
Terkejut mereka semua apabila Misako memakai baju milik hospital. Sememangnya telah berlaku sesuatu yang serius terhadap Misako.
"Kau lari hospital ke? Kau sakit apa sebenarnya?" tanya Fuyu dalam nada terkejut.
"Kau kenapa tergesa-gesa ni?" tanya Akane pula.
"Mana selipar kau?" tanya Sumogi.
Misako lantas membisikkan sesuatu daripada mereka.
"Kita kena pergi dari sini, kalau tak kita akan mati"
Terkejut mereka semua mendengarkan jawapan daripada Misako. Mati? Siapa mati? Kenapa kena mati? Siapa yang bunuh?
Misako lantas menyuruh mereka berkumpul di markas rahsia mereka. Rasanya di sana lebih selamat buat sementara. Terletak sedikit dalam di dalam hutan di belakang taman permainan namun ada jalan rahsia di bawah tanah.
Misako menarik lafas lega untuk seketika. Namun mereka bertiga berasa takut.
"Ceritakan kat kami, apa yang dah berlaku" tanya Akane sedikit tegas.
Misako memerhatikan raut wajah rakannya itu, penuh dengan persoalan. Misako masih tidak boleh beritahu yang dia berasal dari masa hadapan.
"Kau tau kan aku dari hospital. Sebenarnya aku kena tikam dengan seseorang" jawab Misako.
Terkejut beruk mereka bertiga mendengarnya. Tikam? Tapi ibunya kata Misako hanya tidak sihat.
"Betul ke kau kena tikam?" tanya Fuyu ragu-ragu.
"Ya"
"Tapi ibu kau kata kau tak sihat ja"
Misako yang mendengarkan jawapan itu lantas tersenyum.
"Ibuku tak mahu buat korang risaulah tu. Sebab tulah dia rahsiakan tentang aku. Aku kenal perangai ibu aku," jawab Misako dengan senyuman.
"Oooooooo" mereka bertiga berkata serentak. Salah mereka syak yang bukan-bukan dekat Puan Konari.
"Eh ni kek ni untuk siapa?" tanya Misako.
"Kau ni kena amnesia ke? Hari ni kan birthday kau," jawab Akane.
"Ouh 26 Mac, ouh ya ya. Maaf. Terlupa pula," jawab Misako sambil tergelak kecil.
"Maaflah tadi niat nak pergi rumah kau, sambut birthday kau," kata Akane.
Misako tersenyum.
"Marilah sambut birthday aku kat markas," cadang Misako.
Mereka bertiga tidak mempunyai masalah. Tidak kisah untuk menyambutnya di mana-mana sahaja asalkan mereka berempat tetap bersama. Itulah dinamakan kawan baik!
*****
Anonymous tersebut mengetap gigi untuk seketika. Rancangannya gagal. Misako tiada di rumah. Dia perlu memikirkan sesuatu. Seraya dia berfikir dia berbisik sesuatu dalam hatinya.
"Aku perlu dapatkan Yoshi terlebih dahulu"
-Bersambung-
Share this novel
teruskan support yaaa
teruskan support yaaaa
Hehe..