BAB 21

Thriller Series 22494

ZANI membuka pintu bilik hotelnya dengan perlahan, terkejut melihat Maia Karina berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis seolah-olah tak ada apa yang pelik.

"Maia?" Zani sedikit terkejut.

"Apa awak buat kat sini?"

Maia Karina berpura-pura terkejut, matanya bulat seperti baru sedar kehadiran Zani.

"Eh,bos! I tak sangka pulak you ada dekat sini," katanya dengan suara lembut dan menggoda, seolah-olah dia tidak tahu sama sekali Zani sedang berada di hotel yang sama.

"I datang untuk urusan kerja, kebetulan saja kita berjumpa."

Zani mengerutkan dahi, mencurigai alasan Maia Karina

"Urusan kerja? I think you kan dah tahu yang I memang ada di sini, kan?" nada suaranya sedikit keras, tidak percaya.

Maia Karina ketawa kecil, dengan nada yang manja.

"Oh... why so serious ni, boss. Mungkin kebetulan saja, kan?" Dia melangkah masuk dengan penuh yakin tidak peduli dengan kecanggungan di sekitarnya.

"Lagipun... kita boleh berbincang sesuatu yang lebih menarik," tambahnya sambil memberikan senyuman menggoda.

Zani sedang duduk di atas katil, matanya masih tertumpu pada telefon bimbitnya, ketika dia merasakan pening yang tiba-tiba datang.

Kepala terasa berat dan pandangannya sedikit kabur. Dia memegang dahi cuba mengatur nafas, namun rasa itu semakin menjadi.

Maia Karina yang sejak tadi berdiri agak jauh darinya, memperhatikan dengan penuh perhatian.

Melihat kesempatan itu, dia dengan cepat menyeluk tangan ke dalam beg tangannya dan mengeluarkan botol kecil minyak pengasih.

Dengan gerakan perlahan, dia menyapu sedikit minyak itu ke telapak tangan, memastikan Zani tidak menyedari apa yang dia lakukan.

Zani cuba mengalihkan perhatian dengan memejamkan mata sejenak tetapi rasa pening itu semakin teruk.

Maia, yang kini berada dekat dengan Zani, meletakkan tangannya di bahu Zani dengan lembut, pura-pura prihatin.

"Looks like nampak penat,bos," katanya dengan suara lembut, seolah-olah tidak ada yang pelik.

Dalam keadaan Zani yang terhimpit rasa pening, Maia Karina takkan lepas peluang mengambil kesempatan untuk menyapu minyak pengasih dengan halus di belakang lehernya, memastikan setiap gerakan terasa intim dan menyelinap.

Zani tidak mampu menghalang, fikirannya kabur akibat pening.

"After this, I'm sure boss pasti akan rasa lebih baik selepas ini," sambil memberi senyuman penuh makna dan berharap sapuannya kali ini, akan berhasil.

Zani, yang masih bergelut dengan rasa pening yang semakin memuncak, tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku di sekelilingnya.

Dia hanya merasa sentuhan lembut di bahunya yang seakan menenangkan tetapi entah kenapa, dia merasa semakin lemah.

Setiap hirupan nafasnya terasa berat dan walaupun dia berusaha untuk membuka mata, penglihatannya tetap terasa kabur.

Maia Karina yang melihat keadaan Zani semakin teruk, melenyapkan suara hatinya. Dengan gerakan yang lebih halus, dia menyapu minyak pengasih itu ke kawasan tengkuk Zani, lalu perlahan-lahan merapatkan tubuhnya.

"Don't worry... you akan rasa lebih baik, my boss," katanya dengan suara memikat penuh dengan niat tersembunyi.

Zani cuba bertahan tetapi ada sesuatu yang membuatkan tubuhnya tidak mampu melawan lagi.

Kesan dari sapuan minyak itu mula terasa dan tiba-tiba, dia merasa seperti terbuai dalam keadaan antara sedar tidak.

Dan wanita berpenampilan seksi itu, memanfaatkan keadaan dengan meletakkan tangan secara lembut pada dada Zani, seolah memastikan dia berada dalam kawalan.

"Percayalah, bos," bisik Maia Karina lagi ke telinga Zani bersama senyumannya yang semakin meluas.

Zani merasakan tubuhnya semakin lemah namun dalam kepalanya, sebuah perasaan aneh muncul. Perasaan yang sukar dijelaskan.

Setiap sentuhan Maia Karina, terasa seperti sebuah kekuatan yang menariknya lebih dalam. Fikiran Zani semakin kabur tetapi ada sesuatu yang mengikatnya.

Lalu membuatkan dirinya tidak mampu berpaling dari merenung wajah berbibir seksi itu.

Maia Karina dengan senyuman yang memikat, semakin mendekat, dan matanya penuh dengan keyakinan.

"You feel it,right? Rasakan saja, biarkan semuanya mengalir," bisiknya, lembut penuh godaan.

Zani dalam keadaan yang semakin terpesona tidak mampu menolak. Dia hanya mengangguk sedikit, merasa terperangkap dalam dunia yang hanya ada Maia Karina.

Kepalanya terasa ringan, seperti dia terapung dan dengan setiap detik yang berlalu, dia merasa seperti kehilangan kendali atas dirinya sendiri.

"Rileks saja, bos," Maia Karina berkata dengan suara manja, meletakkan tangannya di pipi Zani.

"I tahu, you takkan mampu menolaknya... you sudah terlalu jauh terjatuh." Ujar Maia Karina seakan pukauan.

Zani cuba untuk fokus tetapi semakin dia berusaha, semakin besar perasaan yang menyelubungi dirinya.

Maia Karina tahu, ini saatnya untuk menguasai dan Zani yang semakin terpesona, hanya mengikuti setiap gerakannya dengan penuh kepercayaan.

Saat Maia Karina hampir mendekatkan wajahnya ke bibir Zani, sebuah perasaan aneh muncul dalam dirinya.

Tiba-tiba, dia merasakan panas yang membakar di dalam dadanya, seperti ada sesuatu yang menahan setiap gerakan yang ingin dia lakukan.

Dia berhenti sejenak, matanya terbeliak dan dadanya terasa sesak.

"Kenapa...?" Maia Karina berbisik perlahan, menahan rasa panas yang semakin menggigit.

Zani yang dalam keadaan hampir tak sedar, tidak menyedari perubahan itu. Namun Maia Karina merasa ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang datang dari dalam dirinya, seperti perasaan yang tak mampu dia atasi.

Rasa panas itu semakin kuat dan entah kenapa, dia merasa seperti ada kekuatan lain yang menahannya.

"Ini... tidak sepatutnya berlaku," Maia Karina bergumam. Wajah berubah cemas.

Rasa panas dalam dadanya semakin membelenggu dan seketika dia terhenti, terhalang oleh sesuatu yang lebih kuat daripada dirinya sendiri.

Dalam kekalutan itu, Maia Karina menarik diri menjauhkan diri dari Zani yang masih terpegun, perasaannya semakin kacau.

"Apa yang sedang berlaku pada aku?" Fikirnya, mencari jawapan atas perasaan yang kini semakin menguasai dirinya.

Maia Karina berdiri terdiam. Tubuhnya sedikit
terhuyung-hayang kerana
rasa panas yang semakin
membakar dalam dadanya.

Dia cuba untuk melawan namun perasaan itu, seakan-akan datang
dari dalam dirinya seperti ada sesuatu yang menahan setiap gerakannya.

Ketika mata tertumpu pada Zani yang hampir hilang dalam lamunannya, Maia Karina sekali lagi melangkah mendekat, dengan niat untuk menyentuh bibir lelaki itu.

Memiliki dia sepenuhnya.
Namun saat tangan Maia Karina hampir menyentuh wajah Zani, matanya
tertangkap pada sesuatu yang menjulang sedikit dari poket baju Zani.

Al-Quran kecil yang
tergantung di situ.
Mata Maia sekejap
tertumpu dan
sesuatu yang tak terucapkan menancap dalam fikirannya.

Rasa panas dalam dadanya semakin menggila. Bagai ada api yang mulai menyala di dalam tubuh tetapi kali ini tidak hanya kerana nafsu,
tetapi kerana sesuatu yang jauh lebih besar.

la seolah-olah ada kekuatan yang tidak terlihat, seakan-akan
menghalang dirinya
untuk terus melangkah.

'No. Tak mungkin. But mana mungkin aku nak suruh dia keluarkan Quran tu. Nanti confirm lah dia syak aku nak buat sesuatu.' Desis Maia Karina dalam hati.

Dia mengabaikan
perasaan itu dengan mengulangi niatnya yang tetap ingin menguasai
Zani. Menakluki tidak peduli dengan apa pun yang berlaku.

Namun setiap kali
dia mendekat, setiap kali dia cuba untuk bergerak lebih dekat dengan Zani, rasa panas itu semakin menggigit.

Maia merasa tubuhnya seperti terbakar. Dengan
cepat, dia menarik tangan dan mundur beberapa langkah. Wajah penuh kebingungan dan marah.

"Kenapa ini berlaku?"Maia Karina berbisik dengan
suara yang hampir tak terdengar.

Dia merasakan ada
sesuatu yang sangat
kuat, yang tidak dapat dia kendalikan dan semuanya
bermula dari
Al-Quran kecil itu.

Maia Karina benar-benar panas. Dia kelam-kabut mencapai tas tangan dan bergerak pantas ke arah luar.

'Tak guna. Buat apa bawa Quran ke hotel? Bukannya hutan or ada hantu!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience