WALAUPUN Suzi sedikit kecewa kerana terpaksa pulang pada malam Sabtu tidak seperti rancangan mereka. Dia tidak membantah kerana dia pun tahu, mereka naik sekali.
Setelah menghantar Suzi dan Hazli kini mereka singgah sebentar di petrol pump untuk Mila turun ke mart dan Zani pula mengisi minyak.
"Boss!" Teriak Maia agak kuat juga. Teruja nadanya bila nampak lelaki pujaan di depan mata. Maia yang baru saja pulang dari rumah Kak Suri umpama pucuk di cita, ulam mendatang.
Kelam-kabut dia membuka botol bersaiz kecil ala-ala minyak attar itu, lalu menyapunya di kedua belah pergelangan tangan.
Dia teringatkan akan pesan Kak Suri agar menyapunya di sendi-sendi agar harumannya berkekalan serta berbau kuat.
"Apa you buat malam-malam ni? I ingatkan you dah kat kondo dah?" Soal Zani agak terkejut dengan kehadiran perempuan seksi itu.
Maia memakai skirt pendek Jeans atas lutut dan baju fit body. Memang jelaslah terpapar, bonggol di dada. Ternaik-naik juga buah halkum lelaki itu.
Sudahlah malam tadi, keinginan dia yang satu tidak itu tidak tercapai. Mila uzur pula.
"I kan stay back, boss. So, baru baliklah ni. Awal pula bos sampai kl? I thought esok?" Soal Maia berpura-pura terperanjat.
Walhal hatinya seronok bukan kepalang. Dalam masa sama, otak sedang berjalan dengan laju mencari cara untuk menyapu minyak pengasih ke kulit tangan atau leher majikan dambaan hatinya itu.
"Stay back?" Zani bertanya sambil berkedut keningnya memandang jam di pergelangan tangan. Mujurlah Mila masih belum keluar lagi dari dalam mart.
"Lewat sangat dahni. Singgah mart ke?" Zani bersuara lagi. Maia tergedik-gedik tersenyum. Zani pula rasa lain macam. Bertanya tetapi yang ditanya tersenyum-senyum pula.
Umpama apa yang dia persoalkan itu perkara lucu. Tetapi tidak pun. Ketika tangan Zani sedang ingin menutup lubang isian minyak.
Maia dengan laju menampar. Lalu bersatu juga minyak yang Kak Suri bagi itu di permukaan kulit tangan Zani.
Zani terdongak. Bila lehernya terasa berangin sedangkan waktu itu, kawasan itu tidak sebarang hembusan angin malam pun.
"Bos. Bos, why tanya soalan lucu. Dah nampak kan I dekat sini. Dah tentulah I pun nak isi minyak kereta I. Dan ya, I juga baru keluar dari mart but chocolate yang I nak tu takde pula..." Maia menerangkan dengan suara manjanya itu.
"Hei, boss. Kenapa dengan you ni, hah..." Tanya Maia. Bukan suara dia saja meleret tetapi tangan juga sedang mengelus manja tangan lelaki itu.
Maia dengan berani-beraninya mengucup pipi Zani yang umpama patung. Dek rasa pesonanya pada Maia Karina.
Mila pada masa itu sedang meletakkan keropok, coklat, minuman serta maggi untuk dibayar atas meja kaunter.
"Drive safely, sayang," bisik Maia ke telinga Zani. Sempat lagi, jari-jemari runcingnya menyusup masuk ke dalam kemeja lelaki itu, sememang terbuka agak luas.
Maia tersenyum menggoda. Dia yakin, dari cara renungan dan badan kaku lelaki itu. Minyak buatan Kak Suri menjadi malah memang akui keampuhannya.
Tajam mata Zani merenung lenggok pinggul Maia yang sedang berjalan ke arah keretanya. Mila kian menghampiri dia pun, Zani tidak sedar.
"Abang?" Mila bersuara sambil membuka pintu Vellfire. Ika masih lagi tengah tidur. Mila meletakkan plastik di atas seat sebelum dia menutupinya semula.
Mila berkerut dahi melihat suaminya itu statik. Seperti patung dekat butik baju saja, rupanya.
"Abang!" Sergah Mila.
"Hah!" Barulah Zani tersedar. Mila pula tertanya-tanya. Nak kata ada kemalangan pun tak juga. Selalunya begitulah pada penafsiran Mila melalui riak muka Zani.
"Abang kenapa? Nak kata kut ada accident depan tu, takde juga. Ke abang nampak?" Mila setelah bertanya terus berpaling belakang.
Sebagai salah-seorang yang mempunyai kebolehan deria keenam, Mila dengan mudahnya boleh dapat makhluk-makhluk astral.
"Nak kata abang boleh nampak apa yang Mila nampak... mustahil pula. Abang ni kenapa sebenarnya? Macam patung pula? Minyak dah isi kenapa tak masuk dalam kereta lagi?" Mila menyoal lagi.
Dia nampak, suaminya itu macam kebingungan pula. Dari jauh, Maia Karina tersenyum penuh makna sebelum dia bergerak pergi.
"Hah, tak ada apa-apa. Eh, Mila dah beli ke barang-barang? Masak apa kejap nanti?" Soal Zani sebelum dia bergerak ke seat pemandu.
"Maggi jelah bang, boleh? Lagipun dah lewat ni. Tadi pun kan mak dah minta kita makan dulu," sahut Mila pula. Zani mengangguk lalu masing-masing bergerak untuk membuka pintu seat masing-masing.
DALAM kamar kerja, sekali lagi Zani dikejar perasaan yang sama. Perasaan yang dia rasakan semalam, sewaktu pertemuan mereka di petrol pump.
"Aku dah kenapa ya? Kenapa asyik teringatkan setiausaha aku saja. Dia bukannya ada kena-mengena pun dengan aku. Ish, merepek sajalah. Tahu dek Mila cemburu pula. Dahlah soal lipstik pun aku masih tertanya-tanya ni, macam mana boleh ada pula?" Zani mengomel seorang diri sambil menggeleng.
Dia cuba memberi perhatian pada apa yang sedang jemarinya taip. Walau wajah jelita dan seksi itu seakan sengaja mengacau pemandangannya.
Pintu terbuka. Zani terdongak. Maia melangkah masuk tanpa sebarang fail namun dia seperti memegang kertas cek.
Tertelan lagi air liur Zani melihat dada mengkal itu memaparkan lurahnya saat setiausaha yang baru bekerja itu menunduk sambil meletakkan kertas cek atas nama Laila dan Ermand Holding.
"Apa ni? Bila ni?" Soal Zani sedikit terbata-bata. Dia sudahlah di kejutkan dengan kehadiran tak di jangka Maia. Di tambahkan pula dengan pakaian serta haruman menyengatnya itu.
"You tengoklah sendiri boss. See by your own eyes. Kalau I yang bercakap karang nanti you kata I reka-reka cerita pula," ujar Maia dan terus berpeluk tubuh.
Mata tajam memerhati meja kosong Laila. Entah kenapa, Laila mengambil emergency leave pula. Namun dalam hati Maia sedang bersorak gembira.
Tidak sia-sia dia meminta bantuan Kak Suri pula. Wanita itu bukan saja handal dalam pemakaian susuk serta minyak pengasih, menganiayai orang lain juga dia hebat.
Asalkan dijoloki dengan wang. Apa saja dia mampu lakukan. Mematikan mangsa sekalipun dia sanggup!
"Eh, bukankah tarikh ni I berada di kampung? Bagaimana I boleh bagi permition pula? And kejap, sign?" Zani bukan saja menyoal dengan rasa terkejut malahan laci diselongkar.
Buku cek dibuka. Sungguh hanya ini memang tandatangannya tetapi kenapa atas nama Emrand Holding. Dengan dahi yang berkedutan, Zani merenung lagi wajah Maia.
"And now dia take emergency leave pula? After dah dapat cek boss? Nasiblah masa I hantar segala dokumen tu tadi I nampak cek ni. Dia terlupalah tu nak bawa. I'm sure nanti dia pasti datang nak ambil cek ni..." Ujar Maia yang sudah pun menaip mesej untuk Laila.
Pada waktu itu, Zani masih sibuk menyelongkar laci. Zani yang terdongak lagi sekali mengambil cheque tersebut.
Paling dia tidak boleh terima adalah jumlahnya. Sudahlah di buat untuk syarikat pesaing mereka. Laila tidak pernah pun berbincang dengan dia dahulu.
'Laila, what's wrong with you? Selama ni, you tak berani buat keputusan without my permition. Adakah you fikir jawatan you sandang tu sama taraf dengan aku? You are not COO also!'
Laila sudah pun naik ke tingkat atas. Dia pun terkejut sebenarnya. Setahu dia, sebelum CEO Zani bercuti.
Memang tiada permintaan cuti darinya. Tetapi apakan dayanya yang akur juga dan terpaksa mengambil (EL) kerana dia jatuh sakit secara tiba-tiba.
Ikutkan dia tetap mahu bekerja kerana merasakan Maia Karina seperti ingin merancang sesuatu pula.
"Kenapa berdebar-debar pula ni ya?" Laila yang berwajah pucat bertanya pada dirinya sendiri. Lenanya pula semalaman tidak pulas. Ada saja mimpi ngeri yang menghambat.
Pintu terbuka saja Laila yang agak lemah jalannya itu terus bergerak ke arah bilik CEO.
"Laila? Why datang? Pucat wajah you ni?" Tegur salah-seorang daripada staff aras itu tatkala nampak kemunculan Laila.
"I dapat mesej. Bos dah masuk ya? Bukan ke dia sepatutnya..." Laila tidak sempat menyambung bila dia terlihat susuk tubuh Maia Karina.
Perempuan seksi itu tidak sedar pada kehadirannya. Melenggang-lenggok dia berjalan ke mejanya kembali.
"Nanti we chat again. I think mesti boss ada something yang nak di bincangkan. I pergi dahulu," pamit Laila.
Hatinya memang sedari tibanya dia di bangunan tempat dia mencari rezeki itu sudah berdebar-debar hatinya.
Si rakan yang bertanya pun terangguk-angguk sebelum dia kembali ke kubikelnya.
Tok.Tok.Tok!
"Masuk!" Suara tegas Zani sedikit-sebanyak menambahkan lagi kegundahan dalam hati, Laila.
Masuk-masuk saja. Laila di hadiahkan dengan layangan kertas cek dan wajah kelat, Zani. Zani sebenarnya perasan pada kepucatan pembantu peribadinya itu.
Tetapi kemarahan lebih mendahului.
"Can you explain it?" Zani langsung saja menyoal. Tegas.
Share this novel