MILA melangkah perlahan, sambil memerhatikan Laila yang kelihatan agak gelisah. Tiba-tiba, Laila bersuara dengan nada yang lebih rendah.
"Mila, ada sesuatu yang saya rasa... awak perlu tahu." Laila berkata dengan suara yang agak cemas.
Mila menoleh dengan penuh perhatian, sedikit curiga.
"Apa dia, Laila?"
Laila nampak ragu-ragu, mata mulai bergerak sekeliling, mencari kata-kata yang sesuai.
"Sebenarnya... "
"Sebenar apa, awak?" Mila bertanya kembali.
"Kalau saya bagitahu ni awak jangan marah, ya..." Sahut Laila antara nak beritahu dengan tidak saja.
"Nak marah apanya? Laila tak bagitahu pun kan? Kenapa ni? Ada sebarang masalah ke?" Mila kekal dengan suara tenangnya.
"Sebenarnya. Bos..."
"Maksud awak, Zani? Kenapa dengan CEO awak tu?" Mila mulai berdebaran.
"Boss... I mean Zani, your husband ...a... a...ada hubungan dengan Maia Karina, our new staff," jawab Laila lalu menggigit bibir.
Mila tercengang seketika, hatinya berdegup lebih cepat.
"Maia Karina? Apa maksud awak?"
Laila menghela nafas, wajahnya penuh kerisauan.
"Saya tak nak buat awak risau, tapi... saya rasa awak perlu tahu. Mereka terlalu rapat, Mila."
Mila memandang Laila dengan penuh perhatian, mencari kepastian. Tunas curiga bercambah.
"Apa yang awak cuba katakan ni? Zani ada hubungan dengan dia?"
Laila terdiam, kelihatan sedikit bersalah.
"Saya tak tahu banyak, tapi... ada banyak perkara yang Zani cuba sembunyikan. Saya tak nak awak terluka, Mila."
Mila cuba mengawal perasaan, walaupun hatinya sedikit terganggu.
"Awak yakin tentang semua ni?"
Laila mengangguk perlahan, penuh dengan keprihatinan.
"Saya cuma nak awak tahu, supaya awak tak terkejut nanti. Saya harap, saya tak buat keputusan yang salah dengan beritahu awak."
Mila tersenyum tipis, cuba menenangkan dirinya.
"Terima kasih, Laila. Saya... saya perlu fikirkan dulu."
Laila mengangguk, agak lega mendengar respon Mila.
"Saya harap semuanya baik-baik saja."
Mila hanya mengangguk, berterima kasih dalam diam. Dia melangkah pergi, hatinya dipenuhi dengan persoalan yang kini semakin besar.
Laila berdiri sebentar, memerhatikan Mila yang semakin menjauh. Perasaan bersalah mula meresap ke dalam dirinya dan dia terasa seperti telah melangkah terlalu jauh.
"Apa yang saya buat ni?" Laila berbisik pada diri sendiri, cuba meyakinkan dirinya bahawa dia cuma mahu membantu.
Namun kerisauan tetap menghantui. Laila menghela nafas panjang, berpaling ke arah rak-rak di sekitarnya tanpa arah tujuan.
Dia tahu, walaupun dia berniat baik memberitahu Mila tentang Zani dan Maia Karina, dalam saat sama mungkin bukan satu keputusan yang tepat.
"Mungkin saya tak sepatutnya cerita..."
Dalam hati, dia berharap Mila akan mampu menangani apa yang didengarnya tanpa terlalu terbeban. Namun, Laila juga tahu bahawa perasaan Mila pasti tercalar. Itu bukanlah niatnya.
Setiap kali dia memikirkan tentang hubungan Zani dan Maia Karina, hatinya semakin rasa tidak menentu.
"Tapi kalau saya simpan, saya yang akan rasa bersalah. Saya hanya tak nak Mila terus dibutakan dengan apa yang Zani buat."
Namun, Laila tahu ada satu perkara. Apa yang diberitahunya itu mungkin hanya membuat keadaan menjadi lebih rumit.
Kini, dia tak akan boleh mengubah apa yang dah dia sampaikan. Semua itu sudah ada di telinga Mila.
Laila berdiri terpaku beberapa saat, cuba mengumpul kekuatan untuk menerima kenyataan bahawa dia yang membocorkan sesuatu yang mungkin akan mengubah segalanya. Hatinya berat, bimbang jika apa yang dia lakukan akan berbalik padanya.
'Kalau aku tahu dia akan rasa sebegini, mungkin aku tak patut cakap apa-apa,' bisiknya perlahan.
Dia tahu perasaan Mila, bagaimana wanita itu pasti akan terganggu dengan berita yang disampaikan.
Lagipun, Zani dan Maia Karina itu bukan sekadar sesuatu yang ringan. Hubungan mereka, walaupun Laila tak tahu semua perinciannya, jelas memberi impak besar.
Laila cuba untuk tidak terlalu membebankan diri.
'Aku cuma nak dia tahu supaya dia tak terus ditipu. Tapi... aku harap aku tak buat salah.'
Tangan Laila mengusap pipi. Keresahan mula menguasai dirinya.
'Tapi kalau Zani... dia memang terlibat, apa yang aku harap, Mila akan lebih kuat daripadanya.'
Seketika, Laila teringat betapa rapatnya dia dengan Zani dan seberapa banyak yang sudah dia saksikan, antara mereka berdua.
Itu semua membuatkan hatinya semakin bimbang. Dia tidak mahu Mila terluka tetapi dia juga tahu, dia tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlarutan tanpa penjelasan.
'Aku harap Mila kuat hadapi semua ni,' Laila berbisik lagi, berdoa agar semuanya tidak terlalu sukar buat wanita itu.
Mila tersenyum lembut, walaupun hatinya berdebar-debar. Dia memandang Laila dengan pandangan yang penuh pengertian.
"Terima kasih, Laila," kata Mila, suaranya tenang.
"Saya tahu niat awak baik. Saya takkan salahkan awak. Mila hargai sangat. Thanks kerana beritahu."
Laila kelihatan sedikit terkejut tetapi senyuman lemah menghiasi wajahnya.
"Saya cuma takut kalau awak akan salah faham."
Mila menggeleng perlahan, menenangkan.
"Tak, jangan risau. Saya tahu, awak cuma nak saya tahu..."
Laila mengangguk, sedikit lega.
"Saya harap awak tak akan terluka, Mila."
Mila memberi anggukan kecil, matanya penuh dengan keyakinan yang cuba ditunjukkan.
"Ya. Insya Allah saya akan baik-baik saja. Terima kasih sekali lagi, Laila."
Lalu setelah beberapa minit pertemua itu, wanita berhijab pashmina itu melangkah pergi, sementara Laila hanya berdiri memerhatikan, cuba melepaskan rasa bersalah yang masih mengganggu fikirannya.
Di rumah, Mila cuba untuk tetap berkelakuan seperti biasa. Zani baru sahaja pulang dan seperti biasa, dia melangkah masuk dengan senyuman namun ada sesuatu yang berbeza dalam pandangan Mila.
Hati terasa berat namun dia tetap melayani suaminya dengan senyuman yang dipaksa.
"Abang nak makan?" tanya Mila sambil menyusun pinggan di meja makan, suaranya lembut tetapi ada jarak yang sukar dijelaskan.
Zani mengangguk sambil duduk di meja makan.
"Belum lagi. Tapi ...makan nanti." Dia melihat ke arah Mila, menilai wajah isterinya yang kelihatan sedikit berlainan dari biasa tapi dia tidak bertanya lebih lanjut.
Mila terus melakukan apa yang biasa dilakukan. Menyediakan makan malam, membersihkan meja dan berbual dengan Zani dengan nada yang sama seperti hari-hari sebelumnya.
Namun di dalam dirinya, perasaan itu terus membelenggu. Sakit yang dia cuba sembunyikan semakin mencengkam hatinya.
"Semua okay, sayang?" tanya Zani, akhirnya menyedari ada yang tidak kena dengan sikap Mila.
Mila berpaling sekejap, cuba tersenyum.
"Semua baik. Cuma penat sedikit."
Zani mengangguk, nampak puas dengan jawapannya dan tidak lagi memaksa.
Mila tahu, Zani tidak menyedari apa yang sebenarnya berputar di dalam hatinya. Dia tidak mahu mengungkit apa yang baru saja didengarinya, tidak mahu membebankan Zani dengan pertanyaan yang mungkin tiada jawapan.
'Tak apa, abang. Semua baik-baik saja,' jawab Mila dalam hati, walaupun rasa sakit itu tidak berhenti mengganggu.
Share this novel