BAB 22

Thriller Series 21293

MILA berdiri di ruang solat, jantungnya berdegup kencang. Dia perlu menunaikan solat. Walaupun tubuh keletihan dan hatinya berat, dia bertekad.

'Aku harus solat,' bisiknya, mengatur nafas dalam-dalam.

Tiba-tiba, sejuk menyelimuti ruang itu. Angin dingin menggulung, seolah-olah ada sesuatu yang tidak terlihat bergerak di sekelilingnya.

Mila merasakan kegelapan menyelubungi bilik. Ketika dia bersedia untuk memulakan solat, dia terdengar suara lembut dan rendah, seperti bisikan yang datang dari belakangnya.

"Jangan solat," suara itu mendesah, lebih menyeramkan daripada bisikan angin. Mila menoleh namun tidak ada sesiapa.

Dia menggigil, cuba untuk menenangkan diri.

'Aku perlu solat,' desahnya, nekad. Namun, saat itu, dia melihatnya.

Di hujung bilik, ada sebuah penampakan. Sesuatu yang tinggi, hitam dan kabur.

Wajahnya tidak jelas. Sekadar bayang-bayang yang bergerak perlahan, semakin dekat. Mila terpegun, tubuhnya tidak mampu bergerak.

"Sini... bersama kami," suara itu lagi. Lebih keras, lebih dalam.

"Kau tak boleh lari."

Dengan tubuh gemetar, Mila cuba berdiri tetapi kakinya terasa lemah. Tiba-tiba, sesuatu menariknya ke lantai. Dia jatuh, tubuhnya terlentang di atas sejadah. Darah mengalir dari pahanya.

"Astaghfirullah!" teriak Mila, tangan meraba untuk bangkit namun dia tidak mampu.

"Allah! Sakitnya! To...to...tolong!" Mila menjerit sambil merangkak setelah dia gagal untuk bangun.

Pintu bilik tiba-tiba terbuka. Suzi dan suaminya terus berlari masuk setelah melihat si kakak meniarap atas lantai marmar dalam telekung, di ruang tamu.

"Ya Allah! Kakak!"

Suzi menangis melihat darah yang mengalir. Dia dan suaminya menunduk, sama-sama mengangkat Mila.

"Bertahan akak. Kami nak bawa ke hospital," kata Suzi cemas tetapi matanya tetap tertumpu pada ruang yang kosong di bilik itu.

"Apa... apa yang terjadi di sini?"

Mila tidak mampu menjawab. Bayang hitam itu masih mengintai dari sudut bilik dan rasa ketakutan itu tidak hilang.

Di dalam wad...

Mila tersentak mendengar kata-kata Suzi. Setiap perkataan itu menampar dirinya.

Roman wajah pucat. Matanya kosong dan hatinya dihimpit rasa sesal yang tak tertanggung.

"Kenapa aku tak... perasan? Kenapa aku tak rasa apa-apa?" Suaranya tidak terdengar, penuh dengan penyesalan.

"Kenapa aku tak ada rasa mual-mual? Kenapa aku biarkan semuanya begitu saja?" Soalnya lagi.

Dia benar-benar tak menyangka, ada benih sedang membentuk dalam rahimnya itu.

Suzi menggenggam tangan kakaknya, cuba menenangkan.

"Kak Mila, jangan salahkan diri sendiri," katanya dengan lembut.

"Bukan salah akak. Mungkin sudah takdir. Kita tak tahu apa yang akan berlaku."

Mila menunduk. Air mata mula mengalir.

Suzi mengelus rambut si kakak yang tersembunyi di balik tuala. Wajahnya penuh simpati.

"Kakak, kita tak boleh mengubah takdir. Jangan hancurkan diri sendiri dengan perasaan ini. Ini bukan salah kakak."

Ika, yang sejak tadi diam, akhirnya bersuara perlahan.

"Mama... kita akan terus kuat, kan? Kita akan lalui ini bersama-sama." Wajah Ika, walaupun murung masih ada sedikit harapan di dalam matanya.

Mila mengangguk perlahan namun di dalam hati, dia tahu bahawa dia akan memikul beban rasa sesal ini selamanya.

Suzi menatap kakaknya dengan wajah yang penuh rasa serba-salah, perasaan cemas menguasai dirinya.

"Abang mana? Ika mana papa?" Soal Mila pandang Suzi dan Ika silih-berganti.

"Kak... Suzi dah cuba telefon Abang Zani berkali-kali tapi... tak dapat hubungi langsung. Telefon dia tak berjawab. Mesej pun tak dibalas. Aku... aku tak tahu apa yang berlaku."

Mila terdiam sejenak, air mata mengalir tanpa di sedari.

"Abang... sampainya hati..." Keluh Mila semakin sebak.

Suzi menggenggam erat tangan Mila, cuba memberikan sedikit kekuatan.

"Mungkin dia ada meeting lagi..." Sahut Suzi serba-salah. Dia pun susah nak percaya.

Mila menarik nafas panjang cuba menenangkan diri, walaupun rasa tertekan itu semakin mendalam.

Ika yang hanya diam, akhirnya bersuara perlahan.

"Mama, jangan risau. Papa kan busy..."

Suzi menatap kakaknya dengan penuh keprihatinan, cuba memahami apa yang sedang terbuku di hati Mila.

Setelah mendengar jawapan yang agak mengecewakan tentang Zani, dia merasa ada sesuatu yang lebih besar yang sedang disembunyikan oleh kakaknya.

"Kak... apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang terjadi di rumah? Kenapa sampai boleh... jatuh macam ni? Apa yang kakak nampak?"

Mila terdiam seketika, wajahnya tampak kosong. Di matanya ada kegelisahan yang mendalam. Dia menarik nafas panjang cuba mengumpul kekuatan untuk berbicara.

"Suzi..." suara Mila sedikit bergetar.

"Ada sesuatu yang... yang tak kena. Sejak kebelakangan ini, akak rasa seperti... ada sesuatu yang mengawasi akak."

Matanya beralih ke arah Ika yang duduk diam, mahu memastikan anaknya tidak mendengar.

"Aku... aku rasa diganggu. Ketika aku ingin solat, ada suara. Suara bisikan... yang mengatakan aku tak layak solat dan bayang-bayang hitam muncul di sudut bilik."

Suzi mendengar dengan penuh perhatian, terkejut dengan apa yang didengar.

"Suara? Bayang-bayang hitam? Apa maksud Kak Mila? Adakah... yang akak maksudkan gangguan mistik?"

Mila mengangguk perlahan.

"Ya... akak rasa macam tu. Semakin lama, gangguan itu semakin kuat. Akak tak boleh tidur dengan tenang. Akak... rasa dihantui. Tapi, tak pernah cerita pada sesiapa, sebab takut mereka tak akan percaya. Akak fikir...tu mungkin perasaan akak, sahaja."

Suzi menggigit bibir, memikirkan segala kemungkinan. Mila menunduk, air mata kembali mengalir.

"Akak tak tahu, Suzi. Akak tak rasa apa-apa sebelumnya, cuma rasa letih dan sakit... mungkin itu petanda yang akak dah abaikan..."

Suzi menggenggam tangan Mila dengan penuh kasih sayang.

"Akak, aku janji akan bantu cari jalan penyelesaian. Mungkin kita perlu berjumpa dengan seseorang yang lebih tahu tentang perkara ini. Kita tak boleh biar."

Mila mengangguk perlahan.

"Tapi memang sejak kebelakangan ini, akak rasa seperti ada sesuatu yang mengawal hidup akak..." Sambil meluahkan apa yang menyendat, dia memandang Suzi dengan mata yang penuh ketakutan.

"Akak takut, Suzi. Akak takut kalau gangguan ini tak akan berhenti."

Suzi menarik nafas panjang, berjanji dalam hati untuk melindungi kakaknya daripada segala yang mengancam.

"Kita akan hadapi bersama-sama. Kita akan cari jawapannya. Kita takkan biarkan ini menguasai hidup."

'Atau perempuan tu punya kerja? Entah-entah abang Zani dekat hotel tu dengan dia jugak?"

" Call langsung taknak angkat. Busy sangat ke? Bini masuk wad pun taknak ambil peduli ke?' Suzi hanya berhipotesis.

"Nanti Suzi call abang lagi ya, kak?" Suzi bersuara lagi. Mila hanya mampu mengangguk.

Share this novel

Faradiana
2025-01-01 18:42:12 

sis, episod 22 terskip ker


NovelPlus Premium

The best ads free experience