"I tak kira. Ni upah you. No need sampai injured cukup sekadar menakutkan dia saja," ujar Maia menghulurkan bungkusan berisi duit kepada pemuda bertopi keledar full face itu.
Tersenyum sinis melihat aksi terangguk-angguk pemuda berjaket hitam ketika dia merenung isi dalam sampul tebal itu.
"Chow dulu!" Ujarnya pada Maia Karina. Berlalu saja pemuda yang merupakan penunggang motor berkuasa tinggi itu.
Maia merenung side mirror yang memaparkan keadaan belakang. Dia tersenyum sinis.
'Tapi, kalau cara ini pun tak jalan. Kau memang cari nahas dengan aku lah Laila. Aku tahu apa aku nak buat sampai kau terlungkup jatuh!' Gumamnya seraya mengingati wajah seseorang.
Seseorang yang dahulunya seringkali juga dia lawati untuk kecantikan tubuh badannya. Dan dia juga hebat dalam mengenakan orang secara halus.
'Bila Laila dah berambus nanti. Barulah senang aku cucuk jarum...' Batinnya lagi dan kali ini wajah Zani dalam ingatan.
'Why not kan I saja yang jadi P.A you, kan boss ku sayang. Mana tahu, lama-lama nanti boleh upgrade lagi jadi wife you pula. I tak rasa pun, yang wife you sekarang ni pandai layan you...'
Lalu dia memandang ke arah cermin atas dahinya. Memandang keseluruhan mekap serta rambut blondenya itu.
Kemudian menghidupkan enjin kereta. Dia masih lagi membayangi wajah kacak Zani. Dia yakin, lelaki itu akan jatuh dalam pelukannya tidak lama saja lagi.
Sementara itu, Zani yang keletihan setelah 'mengemudi' bahtera dengan sang isteri. Terus terlena di sisi, Mila.
Hanya Mila yang masih lagi terfikir-fikir siapakah perempuan yang meninggalkan kesan lipstik di kolar baju suaminya itu.
'Atau abang ada perempuan lain ke? Kemalangan? Ketidaksengajaan sampai lipstik terkena kolar baju, rasional ke? Tadi masa kita 'bersama' tadi apakah sayang yang abang ingat atau?'
Mila menarik sedikit atas lagi selimut bagi menutupi tubuh terdedahnya itu untuk mengiring ke arah suami.
Lama matanya merenung wajah terpejam mata itu. Fikiran pula sarat dengan simpulan persoalan tanpa huraian.
'Abang tak sayang kami dah ke?' Soalnya lagi. Wajah Ika si anak tunggal bermain di depan mata.
Mila tahu, hati tidakkan tenteram selagi benda ini tidak dia ajukan pada Zani. Bukannya dia sengaja ingin memendam tetapi sukar mulutnya nak meluahkan.
Serasa tersekat di rengkungan. Tanpa sedar ada lelehan air bening di pipi.
'Astagfirullahalazim, kenapa dengan aku ni? Tak baik pula aku buat pertuduhan tanpa usul periksa hanya kerana kesan lipstik. Sudahlah aku bertanya pun tak lagi.' Gerutu Mila bingkas bangun walau selimut terlondeh, tapak tangan mengesat muka yang terasa basah dek airmata.
"Akak kena tanya. Kalau akak tak bertanya, sampai bila-bilalah akak macam ini. Bertanya bukan beerti menuduh, kak."
Kata-kata Suzi, adiknya itu terngiang-ngiang pula di telinga.
"Ya, apa kata Suzi tu betul. Aku kena bertanya juga. Aku sekadar nak tahu. Aku berhak tahu kerana aku isteri," ujar Mila perlahan-lahan dia memalingkan wajah ke arah Zani.
Lelaki itu, lena. Kepenatan mungkin setelah dua jam bekerja keras dengan bervariasi posisi mereka di katil.
Akhirnya dia merebahkan semula tubuh ke atas tilam. Selimut ditarik ke dada yang tidak berbajunya itu.
Perlahan-lahan Mila cuba merapatkan kembali kedua belah kelopak matanya. Dia mahu tidur dengan lena tanpa memikirkan masalah tersebut.
Suzi dengan Hazli lena di ruang tamu. Sememangnya pasangan itu selesa tidur di kubikel seperti itu.
Manakala Ika pula mahu tidur dengan neneknya. Atuk pula tidur di atas kerusi malas di ruangan tengah. Masing-masing pulas tidurnya kepenatan.
LAILA benar-benar tersentak. Sudahlah kena tahan dengan tidak semena-mena. Kemudian diberikan pula kata-kata ugutan.
"Siapa punya kerja ni? Aduh!!!" Laila beraduh kepedihan. Kulit kepala lutut serta lengannya terkoyak.
Ikutkan lelaki itu tidak mahu mencederakan dia. Tetapi Laila memprovokasinya. Bagaimanalah dia tidak sakit hati.
"Aduh!" Teriak Laila saat ingin bangun sewaktu mahu menegakkan lutut berdarah-darahnya itu.
"Buat lambatkan aku saja terpaksa ke klinik pula," omelnya terpaksa mendesah kesakitan ketika bergerak memasuki ke dalam kereta.
Berdentuman pintu ditutup. Masam wajahnya yang sedang menghidupkan enjin kereta.
"Bodoh punya jantan. Tak pasal-pasal ugut aku apa hal? Aku kenal engkau pun tidak. Aku rampas laki siapa yang kau nak beri amaran!" Ujarnya yang benar-benar tidak berpuas hati.
Agak sukar untuk dia memandu kerana sikunya juga luka. Setiap kali melakukan lencongan, dia pasti beraduh.
"Hello, hah amacam?" Sapa satu suara dari corong telefon pintar yang tangan bersarung itu pegang dari atas motor sambil memandang pemandangan Kuala Lumpur dari lereng bukit.
"Aku dah buat sepertimana yang kau mahukan tadi. Boleh tahan degil juga perempuan itu. So, kau nak aku ganggu dia lagi ke?" Pemuda yang sekadar mengangkat viser helmet full face itu bersuara.
"Well done. Tak apa. Kau tunggu sampai aku berikan arahan baru kau bertindak," ujar Maia dari dalam kereta.
Dia baru saja keluar dari dalam kelab malam. Sempat juga dia tersenyum lucu mengenangkan reaksi penuh ketakutan pembantu peribadi CEO Zani tatkala kena ugutan bunuh.
"Kalau begitu. Okay aku off phone," sahut pemuda itu lalu menurunkan telefon dan dimatikan talian mereka.
Telefon dimasukkan kembali ke dalam jaket. Tangan menolak visor ke bawah lalu memulas handle motor. Berderuman bunyi enjinnya.
Sesekali, berlawanan pula dengan suara angin yang bersatu dengan suara enjin dari kejauhan serta lolongan sayu sang anjing bukit.
"Hahaha. Laila. Laila, like I said. You didn' t know about me but you try to challenge me, is it? See what happened now. Itu baru sikit sayang... I akan pastikan you kena buang kerja dengan Zani. I nak jawatan you itu untuk mendekati Zani..." Ujar Maia Karina.
Salah-satu dari rencana sudah dia jayakan dan berharap akan ada kesannya nanti.
"Tak apa. Esok, aku nak tengok. Laila di ofis macam mana," ujarnya lagi sambil melambung-lambung thumb drive yang ada beberapa tender terbaharu syarikat.
Maia ada rancangannya tersendiri. Sebab itulah, dia mahu lihat apakah reaksi Laila saat berdepan dengannya.
Sekiranya gadis itu masih menunjuk belangnya. Thumb drive dalam pegangannya pula akan memulakan operasi.
"Tapi aku rasa, aku kena minta bantuan Kak Suri. Aku dah terlalu banyak langgar pantang. Sebab itulah, Zani tak terpaut pada kejelitaan aku. Kali ini, aku akan cuba buat Zani tergoda pada aku bukan saja kerana wajah tapi..." Ujar Maia tersenyum-senyum.
Dia mahu Kak Suri pasang juga benda keramat itu di daerah kewanitaannya juga.
"Sekali ini, aku akan pastikan Zani rasmikan dahulu dan bukannya orang lain. Jika tak, pasti tak ampuh. Aku yakin sekali kena, Abang Zani pasti akan mencari adik Maia setiap malam. Hahahaha..." Maia berkata-kata di depan cermin bedak kompeknya.
"HAI kak, menguap lagi nampak? Nampak keterlaluan sangat tak cukup tidurnya itu?" Suzi mengusik setelah lama menjadi pemerhati.
Dia langsung melabubkan duduknya di tepi si kakak. Mila tersentak. Segala persoalan berpecahan pergi.
"Akak tak mengantuk pun. Kenapa Suzi nampak muka akak macam tak cukup tidur ke?" Mila pula mengajukan pertanyaan.
"Ahah, kalau tak nampak adik pun tak tanya kak. Akak okay tak ni? Ke...akak masih fikirkan soal itu?" Teka Suzi seraya meneliti riak yang tercipta di muka ayu itu.
Mila mempunyai rambut ikal. Memandangkan Hazli serta Zani keluar. Mila dan Suzi melepaskan tudung mereka buat seketika.
Mila merenungi wajah adiknya itu dengan seribu satu persoalan.
"Akak masih tak tanya abang lagi ke? Tanya jelah kak oi. Kita cuma bertanya bukan nak terus menuduh. Dan jikalau abang memang tak tahu macam mana kesan lipstik itu boleh berada di kolar, akak pun tak perlulah memaksa. Mungkin benar ia satu kesilapan teknikal walau..."
Suzi terhenti dari berbicara kerana dia juga sebenarnya was-was juga namun kerana mahu kakaknya itu memahami serta memberanikan diri.
"Kalau abang tak bersalah, dia boleh terang secara elok-elok kak. Akak pun janganlah marah-marah dan terus menuduh. Tanya elok-elok dan cari masa yang sesuai..."
"Ada apa-apa tak kelainan pada abang yang akak perasan?" Soal Suzi semula. Setahu dia, sekiranya suami ada perempuan lain sesetengah itu sudah tunjuk kelainan sikap awal-awal lagi.
Mila merenung semula wajah adiknya itu dan berfikir. Suzi sekadar memerhati.
Share this novel