MAIA menjeling saja dari mejanya tatkala melihat kemesraan Pembantu Peribadi Zani sewaktu menghantar kopi.
"Sedap sangat ke kopi yang perempuan tu bancuh ya? Nama je anak dara tapi bergaya pun tak pandai," kritik Maia.
Laila keluar dari dalam bilik Ceo. Gadis itu melemparkan senyuman. Maia tetap menyambutnya dengan ala kadar saja.
Maia membuka tas tangannya. Bedak kompek dikeluarkan lalu dibuka. Dia melihat mukanya.
Tanpa dia sedar, beberapa orang staf di meja berjauhan sudah mula berkumat-kamit mulut.
"Tak sampai sehari bekerja asyik merenung muka pada cermin. Takde tertanggalnya mekap tebal awak tu..." Ujar salah-seorang daripada mereka dengan cemikkan muka.
Sebenarnya Zani pun nampak dari dinding kacanya. Maia terasa seperti ada yang memerhati lalu terus menutup dan memasukkan semula bedak kompek ke dalam tas tangan.
Maia mendongak. Matanya bertentangan dengan renungan Zani sebelum dia tersenyum lebar tetapi Zani pula langsung menyambung kembali kerjanya.
Berselang beberapa jam sebelum menghampiri waktu makan tengahari. Maia masuk ke pantri. Laila pembantu peribadi kepada Zani pun ada.
Laila pada ketika itu sedang membancuh kopi atas arahan Zani. Sebelum lelaki tampan itu keluar bertemu client.
"Ya Allah!" Teriak Laila.
"Ops sorry..." Jawab Maia pula buat-buat menekup mulut setelah melopong apabila air dalam mug terpelancut ke dada baju Laila.
Nasiblah suam-suam saja. Jikalau tengah panas, tak ke melecur dada. Laila terus berubah tampang wajahnya. Tegang sedikit.
"Sorry you. Serius I... I tak sengaja. Tak apa. Tak apa, biar I tolong cucikan dada baju you," ujar Maia dengan segera menarik tisu bulat lalu membasahnya dan terus mengelap.
Bukan makin kurang tetapi ia mengembang tatkala menerima sentalan air.
"No. No. I kena cuci di ladies!" Laila sedikit menjerkah. Maia terhenti pergerakan. Laila langsung berlari ke arah tandas.
Maia tersenyum sinis seraya mencampak tisu basah ke dalam mug bancuhan Laila. Maia tersenyum penuh makna.
"Kali ini, biar boss rasa air bancuhan Maia pula. Lagi sedap tau..." Ujarnya lalu laju mengambil mug baru serta sudu.
Kabinet yang melekat sekali pada dinding pejabat dibuka lalu mengambil sachet Nescafe 3 in 1 dalam peket besarnya.
"Tak guna betullah. I dahlah lambat ni. Mesti boss marah ni. Tertanya-tanya mana kopinya. Maia ni kenapa ya? Macam tak puas hati saja? Baru sehari bekerja kut dah nak tunjuk lagak ke?" Bebel Laila sangat berang.
Setelah mencucinya terpaksa pula mengeringkannya dengan meletakkan baju yang sudah dia tanggalkan itu di bawah hand air dryer.
Tok. Tok. Tok!
"Masuk..."
Pintu pun terbuka. Maia melangkah masuk dengan mug kopi dalam pegangan. Dia tersenyum kerana lelaki itu masih lagi menunduk pada kertas kerjanya.
"Coffee..." Maia sengaja bersuara membuatkan Zani laju mendongak. Dia terkejut. Sepatutnya Laila yang hantar?
"I tahu tentu you tertanya-tanya kan? Actually tadi Laila dapat satu phone call. Lama juga. Sampai I cakap nak tolong bancuh pun dia just bagi isyarat jari ok je..." Maia merekacipta cereka palsunya.
"Oh, begitu ke? By the way thanks ya," ucap Zani lalu menunduk semula.
Hilang rekahan senyuman Maia. Dahinya sedikit berkedut-kedut. Hati pula berkata-kata.
'Thanks je? Tak minum ke? Rasa dulu baru tau sedap ke tak sedap.'
Zani mendongak. Maia terangguk-angguk sambil tersenyum. Namun setelah tiba di muka pintu, Maia tetap berpesan.
"Boss, minumlah dahulu. Nanti sejuk tak sedap pula."
Zani pun merenung ke arah mug. Lalu diangkatnya dan membawa ke mulut. Aroma yang tercipta sememangnya boleh tahan.
Dari meja, Maia Karina tersenyum lebar bila melihat akhirnya lelaki merasa juga air hasil sentuhannya.
"Dan aku pasti... boss nak lagi aku buat. Hahaha..." Ujarnya penuh maksud mendalam.
Laila pula terngadah bila sampai saja di pantri. Mug dia sudah dibasuh. Laila berasa tidak nyaman namun dia tetap melangkah masuk ke pantri.
Dia mahu membuat bancuhan yang baru. Setelah siap, kelam-kabut dia berjalan. Manakala Maia pula berpura-pura menaip sedangkan dia sudah tahu pasti Laila akan buat bancuhan baru.
"Boss, maafkan saya boss. Ini saya ada buat..." Ujar Laila menerpa masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu.
"But tadi you kata, you minta bantuan Maia buatkan? Kenapa dengan baju you?" Zani terus menyoal.
Bukanlah sengaja matanya mahu memandang ke arah dada pembantu peribadinya itu.
"Hah? Cik Maia berkata macam itu ke? Actually boss, tadi tu dia punya hal lah. Sengaja langgar saya. Kopi boss baru saja saya bancuh dah melocak terkena baju saya..." Laila terpaksa membuat pembetulan.
Dia tak mahu Zani tersalah anggapan pula. Sememangnya Zani sedikit tersentak. Ada percanggahan dalam kedua-duanya.
"Laila, betul ke? Ke awak yang?"
"Eh, bos. Bos tak percayakan saya ke? Saya dah kerja..."
"No. It's not like that. Cuma yelah tadi Maia kata yang you dapat panggilan. Dia tanya pun you tak jawab..."
Laila terlopong.
'Maia... you ni dah kenapa? Bila masa pula I dapat call? You yang hadang kaki pada jalan I. You fikir I tak nampak ke, hah?' Gerutu Laila lantas merenung ke meja setiausaha.
"She said I get a call? Hah, bila masanya boss. Phone pun saya tak bawa ke pantri. Boss, saya rasa dia cuba nak kenakan sayalah," ujar Laila.
Terpaksa tetapi terpulanglah pada pemikiran Zani. Zani cuba berfikir kembali. Memang benar Laila tidak memegang phone di tangan.
Suit maxi paras atas lutut dan sleeveless dia pula, tiada poket. Kemudian dia dengan Laila berpandangan seketika.
Lalu serentak pula mereka memandang ke arah Maia yang sedang touch up bibirnya dengan gincu.
"Beginilah. Mungkin dia cuba nak ambil hati majikan kut. Tapi mungkin cara dia tu salah. Takpe you maafkan dia dahulu, ya. Laila?" Pinta Zani.
"Hmm... baiklah bos. Baru sehari bekerja dah nak tunjuk..."
"Laila... tak baik you cakap macam itu. Kita semua satu syarikat kan? Tahukan apa moto syarikat kita ni?" Zani terpaksa menegur untuk mengingatkan.
Laila memohon maaf. Zani mengangguk dan tersenyum. Laila terpaksa akur lalu dia meminta diri.
Zani tetap meminum air bancuhan Laila lagipun dia tidak keluar lunch. Zani ada bawa bekal yang isterinya sudah bekalkan.
Keluar-keluar sahaja dari kamar CEO. Laila menapak pantas ke arah Maia yang waktu itu sudah bangun. Waktu lunch sudah pun masuk.
"Eh, perempuan. Apa motif you ya tadi? Bukan main hebat lagi you buruk-burukkan I depan boss? Kalau iya pun nak ambil hati bos dengan cara yang singkat sekalipun. Beragak-agaklah ya. Ini Laila ok!" Bentak Laila setelah dengan kasar dia mencengkam dan menarik bahu Maia yang beraduh itu agar mengadapnya.
"I... I ... cakap apa pada boss? Why you marah-marah ni? Actually what happened?" Soal Maia sengaja berbuat tidak tahu sedangkan hatinya bersorak.
Laila malas mahu melayan karenah polos buat-buat itu. Dengan laju dia membuka langkah.
"Huh? And you don't know who am I..." Ujar Maia seraya mengibas bahu tempat Laila sentuh tadi.
"MAIA? Kenapa tak balik lagi?" Soal Zani yang keluar semula dari dalam keretanya.
"Kereta I ni, boss. Meragam balik. Geram I," rengus Maia hentak-hentak tumit tingginya.
Bergoyangan dadanya yang sudah pun membuka blazer.
Hanya tinggal suit biru sendat tanpa lengannya saja. Ikatan sanggul juga sudah terungkai memaparkan rambut bergelombangnya itu.
"Oh, let me try it. Can?" Pinta Zani kerana dia mahu memeriksa apakah punca. Apakah kerana enjin?
Maia menghulurkan kunci lalu memberi laluan pengarah kacak tinggi lampai itu untuk masuk ke dalam keretanya.
Zani terangguk-angguk setelah mengetahui apakah masalahnya.
"Kereta you ni kena buat servis. You call towing. I hantar you pulang. You tinggal dekat mana?" Zani sekadar ingin membantu.
Tetapi sebaliknya buat Maia. Bagi dia ini salah-satu peluang untuk dia mendekati Zani.
"Tapi tak menyusahkan boss ke? Nanti marah pula orang?" Soal Maia pura-pura segan.
"Tak ada apa lah. I okay saja. You tu perempuan. Lagi merbahaya tinggal sini seorang even nak tunggu Grab sekalipun kan? Baik I saja yang hantar itu pun kalau you tak kisahlah..."
Maia akhirnya bersetuju lalu Zani pun keluar dan menyerahkan semula kunci keretanya. Maia mengikuti Zani.
Sementara itu, di rumah. Mila pula risau kerana dia tahu pada malam itu suaminya tidak stay back di ofis.
Share this novel
Huishhh.. kuat betul pesona Zani.