BAB 31

Thriller Series 21293

SEBULAN bergerak seperti roda. Dan kini, dia sekali lagi berada di kampung Kak Suri. Langit mendung awan hitam bergumpal di atas bukit tempat rumah pusaka Kak Suri berada. Angin membawa bau kemenyan dan buluh lemang yang terbakar.

Maia Karina melangkah masuk setelah sepatu tumit tinggi dia tinggalkan di bawah tangga. Menjengket di papan lantai kayu yang sudah dimamah usia. Wajahnya garang namun ada resah yang tidak berjaya disembunyikan di balik solekan tebalnya.

Kak Suri sedang duduk bersila menghadap sebuah dulang besar beralas kain hitam. Di atas dulang ada rambut panjang bersimpul. Bunga kenanga kering, cebisan kain putih lusuh dan sekeping gambar wajah Zani yang tampak makin kabur seperti dimamah sesuatu.

Maia Karina berdiri di ambang pintu. Tak menunggu dipelawa, dia terus melangkah ke dalam.

"Akak..."

"Duduk..." Arah Kak Suri. Dan dari ketegangan suara Maia Karina, bomoh wanita itu sudah tahu gejolak dalam hati masih belum mereda. Kak Suri tidak menoleh. Hanya tangannya yang terus menyusun cebisan barang di atas dulang.

"Akak sangka kamu dah berhenti," ujarnya tenang tapi tajam.

"What? Stop? Tak mungkin, kak. I makin meluat tengok si Mila tu, adalah! Abang Zani dingin sangat dengan I. Before this dia tak pernah buat I ni, macam anak patung butik. But now! Dia dah tak layan I macam dulu!" Maia Karina terus mengadu. Hamburkan segalanya.

"Itu sebab kamu tu yang terlalu, gelojoh. Akak sudah kata, benda macam ini tak boleh paksa. Bininya pula bukan perempuan sembarangan," jelas Kak Suri perlahan, kini memandang tepat ke mata Maia Karina. Maia Karina membulatkan mata.

"Apa maksud akak? Mila tu...apa yang dia ada? Bukankah kita dah mulakan ikatan? Dah buat pemisah jiwa? Dah bagi makan tanah kubur pun!"

"Benar. Tapi kamu tak ikut semua pantang. Malam bulan gelap, kamu pergi club. Kamu sentuh lelaki lain. Kamu ludah pada cermin wajah kamu sendiri. Semua itu membatalkan ikatan batin," suara Kak Suri mulai keras.
Maia Karina, terdiam. Bibirnya menggigil sedikit tak menyangka Kak Suri boleh tahu semua aktivitinya.

"I... I minta maaf. I tak tahu semua itu boleh ganggu. Tapi I janji, kali ini I ikut semua cakap akak. Apa saja. I sanggup," rayu Maia Karina.

Kak Suri merenung sepi ke arah dupa yang masih menyala. Asap nipis itu membentuk bayang wajah lelaki iaitu Zani.

"Baik. Tapi kali ini, kita tak pakai lagi jalan pemisah. Kita akan guna ‘seruan darah’. Kamu sanggup serahkan? Benda yang akak mahukan ni tak semua perempuan sanggup serah?," katanya perlahan namun bergema kuat di telinga Maia Karina.

"Apa dia?" tanya Maia Karina separuh takut, separuh ghairah.

Kak Suri tersenyum sebelum memusingkan tubuh, tangannya menyeluk ke dalam peti besi kecil di penjuru bilik. Ditariknya keluar sebuah botol kaca kecil berisi cecair merah pekat.

"Ini... aku yakin, lelaki yang kamu tergilakan sangat tu akan gilakan kamu seperti majnun gilakan Laila. Tapi minyak ini akak nak perap sekali dengan darah bulanan kamu. Kamu datang lagi, kan? Takde 'isi' kan? Bila datangnya?" Tanya Kak Suri selain menyindir sekali sikap kaki jantan si perempuan seksi depan dia ini.

Maia Karina tersengih- sengih. Dia tahu, Kak Suri selain bertanya menyindir dia juga. Setelah mengangguk barulah bibir merah muncungnya mahu tersenyum. Saat sama, dia menggigil halus.

"Buatlah, Kak. I sanggup. Demi Zani. Demi cinta I..."

"Akak tahulah kamu tu sanggup melakukan apa saja demi cita-cita kamu tu. Akak tanya bila kamu akan datangnya? Senang aku nak kira..." Kak Suri memotong.

"This week..." Jawab Maia Karina. Kak Suri mengangguk.

"Baiklah. Jumaat ni datang. Belah malam. Dua belas begitu. Nanti aku tuliskan apa lagi barang yang aku nak. Betul ni kamu sanggup?"

"Asalkan I dapat dia... I rela jadi apa saja."

Kak Suri mengangguk lagi. Sesekali pandangannya teralih pada si khadam yang kelaparan.

"Kalau begitu, aku nak cakap apa lagi. Malam Jumaat ini... kamu datang balik. Tapi kamu datang bukan sebagai Maia Karina. Kamu datang sebagai pemanggil. Dan darah kamu, akan jadi darah pengikat."

Kelam bilik itu semakin pekat dan di luar, guruh mula berbunyi. Kak Suri berbisik ke telinga Maia Karina.

"What janin?" Berubah muka Maia Karina.





MALAM Jumaat datang juga. Langit kelam tanpa bintang. Angin langsung mati. Sunyi. Rumah pusaka Kak Suri di atas bukit kini diselimuti kabus yang tebal.

Hanya bau kemenyan, darah ayam dan bau sesuatu yang hanyir menusuk lubang hidung.
Maia Karina datang seperti yang dijanjikan.

Rambutnya diurai. Tubuh dibalut kain hitam jarang paras lutut dan wajah tanpa solekan. Matanya sembab. Namun ada dendam yang bernyala di dalamnya.

"Duduk di tengah bulatan tu. Jangan bergerak walau apa pun yang kamu dengar nanti," arah Kak Suri tegas. Bungkusan yang wanita jelita itu serahkan, dibuka. Pad berdarah diperasap.

Di lantai, bulatan garam kasar mengelilingi Maia Karina. Tujuh batang lilin merah menyala di sekelilingnya. Di hadapan Kak Suri pula, ada semangkuk darah segar dicampur dengan rambut Maia Karina dan cebisan gambar Zani yang sudah koyak.

"Tutup mata kamu. Serahkan semua rasa. Buka dada kamu. Biar darah kamu panggil dia," bisik Kak Suri sambil membaca mantera dalam bahasa kuno.

"Ya Azazil! Dengan darah perempuan, aku panggil roh pengikat..." Seru Kak Suri sambil menatang kapas pad berdarah atas dupa kemenyan.

Angin mula berpusar di dalam rumah. Asap kemenyan bertukar menjadi bentuk wajah lelaki. Wajah Zani. Maia Karin membuka sedikit mata, air matanya bergenang.

'Zani... you milik I... I buat ni semua untuk dapatkan cinta you bukan body you saja...' Bisiknya perlahan.

"Ah!!!" Kak Suri memekik, bergema sehingga dinding rumah bergetar.

"Ya penghuni bawah tanah, terima darah perempuan ini. Jadikan dia penguasa jasad lelaki itu. Tarik nafas lelaki itu dalam mimpi! Genggam 'pedang'nya dalam lena!"

Maia Karina mulai takut. Dahlah tak berpeneman. Tubuhnya melentik. Mulutnya ternganga-nganga. Ada sesuatu meresap ke dalamnya. Di dadanya, muncul tompok merah seperti darah beku.

"Dia sudah masuk. Dia akan mimpi kamu malam ini. Tapi kamu jangan pandang dia esok. Jangan sebut namanya. Biarkan dia datang sendiri. Bila dia datang. Kamu tahu, apa kamu perlu buat," pesan Kak Suri sambil matanya putih seluruh.

Maia Karina mengangguk lemah namun wajahnya kini sudah lain. Matanya lebih dalam. Bibirnya lebih merah. Dan di lehernya, muncul kesan seakan gigitan halus.

"Akak... I ..."

"Bersedialah. Mulai malam ini, Zani bukan milik lagi tapi kamu. Walau apa pun kamu tetap belum menang selagi Zani tak datang menyembah."

"I sanggup buat apa saja, kak termasuk bunuh Mila!"

"Belum lagi. Tapi kamu dah layak pegang kunci kematian dia."

Kak Suri hulurkan sebilah pisau kecil berukir dengan tangkai tulang. Pisau itu berbau harum seperti bunga tetapi tajam seperti bisa.

"Gunakan ini... bila tiba masanya. Tapi ingat Maia. Ini bukan cinta lagi. Ini sumpahan," ujar Kak Suri, lagi. Maia Karina tak kisah janji dia dapat Zani.

Maia Karina mengambil lalu mencium mata pisau itu. Bibirnya senyum puas.

"I sanggup. I akan pastikan... Zani akan sujud pada I. Dan Mila... akan tinggal sejarah."






MALAM itu, tubuh Zani terasa berat bila direbahkan ke katil. Matanya letih tetapi fikirannya resah. Namun entah kenapa, sebaik sahaja dia terlena jiwanya ditarik masuk ke alam yang kabur dan mengghairahkan.

Dalam mimpinya, dia berdiri dalam sebuah bilik yang dikelilingi tirai merah. Udara lembap dan harum. Haruman melur dan bunga tanjung. Suasana redup tapi cukup untuk melihat siluet seorang wanita sedang menari perlahan di hadapannya.

Rambut wanita itu panjang mengurai hingga ke punggung. Kulitnya seputih susu. Lenggok tubuhnya seperti bayang api menggoda, liar dan tidak boleh dipegang.

"Zani…" suara itu berbisik lembut namun cukup buat darahnya bergerak turun ke celah paha. Wanita itu berpusing dan wajahnya jelas.

Maia Karina. Namun bukan Maia Karina seperti biasa. Yang ini, lebih seksi. Lebih liar. Bibirnya penuh. Basah. Tatap matanya redup penuh nafsu. Dan tubuhnya, telanjang. Hanya berselimut kabus. Putingnya keras menegak. Pehanya menggiurkan dan di antara kakinya, sudah membasah.

"Datang sini, sayang..." panggilnya. Zani tidak mampu melawan. Kakinya melangkah dengan sendiri. Dan apabila dia hampir, Maia Karina mencengkam lehernya lalu menarik tubuh lelaki itu ke dalam pelukannya.

Tubuh mereka bersentuhan. Panas. Melekat. Zani terasa seperti mabuk. Maia Karina mula menjilat lehernya perlahan, turun ke dada dan membuka butang bajunya, satu per satu dengan gigi.

"You rindu I, kan?" Bisik Maia Karina sambil tangannya menyeluk masuk ke dalam seluar Zani. Zani mendengus. Nafasnya berat. Tubuhnya tidak terkawal.

'Kawasan bahayanya' terus keras sepenuhnya dan kini digenggam erat oleh tangan yang panas dan lembut.

"You tak perlu cakap. Tubuh you dah beritahu I semuanya…" Ujar Maia Karina dan dalam sekelip mata, dia menjilat 'kepala' Zani. Basah dan dalam. Zani terdongak, mengerang. Tangannya menggenggam rambut wanita itu.

Setiap sedutan, setiap gerakan lidah wanita itu, membuatkan tubuhnya kejang menahan rasa nikmat yang melampau.

"Maia... cukup... I tak boleh..."

"Belum lagi sayang. Belum I benarkan..."

Maia Karina naik semula, menunggang tubuh Zani. Dan dengan gerakan perlahan, dia menurunkan tubuhnya membiarkan 'bibirnya' yang licin dan hangat menelan 'pedang' kemegahan Zani sepenuhnya.

"Arghh…" Zani meraung perlahan. Tubuhnya tidak mampu melawan. Dia menggenggam peha wanita itu, merasakan daging mereka menyatu. Terbenam dan disalut hangat.

Maia Karina bergerak. Perlahan. Setiap sorong tarik membuatkan Zani rasa seperti dilambung badai. Gerakan pinggul Maia Karina tidak seperti perempuan biasa.

Ini gerakan perempuan yang yang mahu menakluk.

"You milik I sekarang..." Bisik Maia Karina sambil merapatkan wajah, menjilat bibir lelaki itu. Zani hampir lemas. Dadanya sesak tetapi rasa itu bukan sakit tapi nikmat. Sampai akhirnya dia menjerit.

"Maia!!!" Dia terjaga. Berpeluh-peluh. Nafasnya termengah. Seluarnya basah bukan kerana peluh tapi air yang terlalu banyak. Dia terduduk di atas katil. Tak tahu mimpi itu nyata atau sekadar mainan tidur.

"Kenapa Maia?" Soalnya tanpa sedar. Ada huluran tangan berupa rangka dengan isinya nak terjatuh, berkuku hitam sedang peluknya dari belakang. Jemari tulang itu melekap pula ke bonggol basah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience