BAB 15

Thriller Series 21293

"ABANG..." Mila yang terpanggung kepala sambil mengiring mengadap Zani sedang menutupi dada telanjangnya dengan duvet terus saja bersuara.

Dia tahu, mereka berdua keletihan dalam berdayung 'kapal asmara' mereka di ranjang tadi. Tetapi Mila lakukan untuk perkara yang akan dia lontarkan itu.

"Apa dia sayang? Tak penat ke sayang? Abang penat ni sayang. Jomlah tidur. Esok abang nak kerja lagi," sahut Zani yang hanya memalingkan mukanya saja ke arah Mila.

"Tunggu kejap..." Sahut Mila sambil jari telunjuknya melakar entah apa lukisan di atas dada berpeluh dan berketul-ketul milik suaminya itu.

"Ke sayang nak lagi? Satu kali round lagi. Hihi...? Kata tak nak. Ika belum besar. Ni, sayang nampaknya yang sedang berusaha keras ni," usik Zani dan semertalah menerima tepukan lembut di dada.

"Abang ni, ke situ pula dia. Bukanlah. Sebenarnya ada sesuatu yang Mila nak abang beritahu... kalau boleh, berterus-terang," ujar Mila lalu merenung wajah sedia berubah ke serius itu.

"Apa dia? Macam serius je bunyinya?" Zani pula mengajukan pertanyaan. Entah mengapa, dada diselubungi rasa berdebar-debar.

Debaran masa mengadap tok kadi pun tidak secemas ini. Apatah lagi, nada suara Mila pun sudah menunjukkan bahawa soalan yang akan dia kemukakan itu serius bukan mainan. Mahupun bahan lucu.

"Lately ni kan abang balik lambat. Betul ke banyak kerja? Abang nanti dulu, biar sayang habisi dahulu..." Mila terus memotong tatkala Zani sudah mahu membuka mulut.

"Sayang bertanya ni, bukanlah bermaksud tak percaya atau pun apa. Cuma agak pelik sedikit. Dengan Laila pun tak berangkat telefon. Berapa orang staff abang yang sekali kena stay back lately ni? Tak mungkin semua kan? Yang mana terbabit dalam satu-satu projek saja kan?" Mila dari bersuara lalu terdiam. Memberi laluan pada Zani pula mengungkap rasa.

"Kenapa? Sayang syak abang berdua saja dengan Laila begitu? Tidaklah sayang. Laila dia take medical leave. Dia sakit rasanya. Abang tengok pun tahu, pucat sangat. Sakit apa, abang pun tak tahu. Abang seorang je sayang yang tinggal sampai malam. Mana ada orang lain lagi," terang Zani tidak sepenuhnya jujur.

Dua malam sudah ya memang betul dia balik seorang. Tetapi malam pertama dia terpaksa kena stay back itu, dia berdua dengan setiausahanya namun dia di dalam biliklah.

Tadi pula, Maia mengajaknya makan malam. Alang-alang dia juga lapar tanpa sedikit pun mahu teringat yang isterinya juga sudah menyediakan makan malam.

"Laila sakit?" Mila tersentak mendengarnya. Dan Zani hanya mengangguk. Mata pula makin mahu kuyu. Si isteri masih mengajak berbual.

"Sayang, abang tidur dulu ya. Abang dah mengantuk sangat ni. Mila pun tidurlah. Esok nak kejutkan abang dan Ika lagi. Masak lagi," ujar Zani lalu mengiringkan tubuh ke arah luar menghadap pintu.

Mila terpaksa akur walau dia sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati pada jawapan Zani. Bagai ada yang tidak diceritakan.

'Tak mengapalah. Sabarlah wahai hati. Masa masih panjang lagi. Seandainya suami ku tidak berlaku jujur, adalah petunjuknya nanti. Bukan aku meminta tetapi naluri seorang isteri ada tikanya tetap benar...'

Dengan bacaan bismillah. Mila juga memejamkan matanya.

TANPA sedar, sudah masuk dua minggu Maia Karina menjadi sebahagian daripada warga syarikat milik Zani itu.

Laila juga semakin sihat dan dia tidak mahu mencari pasal lagi dengan Maia Karina atas nasihat perawat. Sedangkan perempuan seksi itu pula inginkan dia dibuang kerja.

Jika tidak, bagaimana dia mahu lebih rapat lagi dengan Zani. Nak bancuh kopi pun payah.

"Boss!" Panggil Maia terkedek-kedek dengan skirt ketat paras paha dan tumit tingginya untuk pergi ke arah majikannya itu.

Bukan Maia Karina lah jika tidak mencari sebarang peluang untuk mendekati Zani. Jika dia tidak berjaya menjadi pembantu peribadi di syarikat tapi dia tetap yakin boleh terus menjadi COO di hati lelaki itu.

'Peduli apa I dengan wife kekampungan dia tu.' Itulah yang acapkali dia ungkapkan bila mendengar sosek-sosek staff syarikat yang selalu memuji kesepadanan di antara Zani dan Mila.

Zani tidak jadi mahu masuk ke dalam lif. Dan pintu lif merapat semula. Maia tidak menghiraukan kepenatan asalkan dia boleh bertemu muka dengan lelaki pujaannya itu.

"Boss nak jumpa client kan? I nak ikut boleh tak?" Dengan muka tidak tahu malu, Maia mempelawa dirinya untuk mengikuti boss nya itu ke Ridz Carlton Hotel.

"Ya, memang kejap lagi I ada pertemuan dengan client dari Empayar Jutaria tapi you kan ada kerja yang I minta untuk disiapkan itu? Memanglah selalunya Laila yang ikut tapi dia kan tak berapa sihat sangat," terang Zani juga tersentak.

Setiap kali bersama dengan perempuan bermata galak itu, pasti jantungnya kuat berdegup. Dan pastinya dia akan terpaku. Terkaku. Terpesona pada seraut wajah jelita itu.

"Ha... that's why lah I nak ikut you. Apa salahnya. Tak salahkan? Lagipun I pun kena ambil tahu juga soal projek ni..." Ujar Maia Karina dengan melemah-gemalaikan suaranya.

Makin tersentak pula bila sepasang tangan putih gebu itu membetul-betulkan tali lehernya dan juga kot bahagian luar.

Tidak pula Zani ingin menepis sepasang tangan yang sudah berjaya mendarat di dada bidangnya itu. Jari telunjuk mengelus-gelus.

Jari itu sebenar sudah ada calitan minyak pengasih Kak Suri. Biar Zani makin tertawan, makin terjatuh dalam jerat cintanya.

Maia sembunyi senyum melihat pergerakan buah halkum Zani. Tanpa pasangan saling mendepani itu sedar, ada sepasang mata berair sedang menahan perasaan menyaksikan babak-sebabak itu.

Laila pula yang baru sampai dari Bank. Juga terkejut melihat depannya ada pasangan beraksi agak mesra. Di tepi dinding pula ada susuk tubuh berjubah dan berselendang pashmina sedang menjadi penonton tidak berbayar sama seperti dirinya juga.

"Ya Allah, boss!" Laila terus memekup mulut setelah mengeluarkan kata-kata itu.

"Tak apalah. I dah biasa handle sendiri sekiranya Laila tak dapat nak temankan I," tolak Zani dengan secara baik.

'Asyik Laila. Laila. Laila. Habis tu I ni siapa? I setiausaha kut. Dia tu pembantu peribadi saja kut. I lagi tinggi statusnya.' Gerutu Maia Karina geram.

"Tapi bukan ke I ni setiausaha. Jadi tak salah pun kan kalau I nak ambil tahu. Lagipun, maybe ada cadangan yang I boleh berikan nanti. Ini untuk kejayaan syarikat boss I ni jugak..." Ujar Maia semakin meleret. Tangan pula memaut tangan Zani.

Zani tetap merelakan. Laila dan Mila semakin tidak faham dengan sikap Zani. Mila semakin tidak tertahan lagi tatkala dia dia berpaling mahu melarikan dirinya yang sudah terpekup mulutnya.

Matanya dengan Laila berpandangan. Semakin serba-salah Laila di ketika itu. Mahu memanggil Zani nanti dikata apa pula.

Namun setelah Mila tetap juga berlari dengan Laila sudah nampak mata itu merah serta berair. Dia terus menapak ke depan. Memang dia malas nak masuk campur bila perkara itu melibatkan perempuan gedik itu.

'Demi Mila. Boss, boss tak berhak sakitkan hati isteri boss lah!' Getus Laila geram melihat tingkah mengada-ngada Maia Karina.

"Er, boss. Nasib tak panjang queue sangat. Marilah kita ke hotel," ajak Laila tanpa mahu memandang ke wajah tidak berpuas hati, Maia.

'Boss ni dah kenapa?' So al Laila dalam hati. Dia sendiri nampak Zani asyik tidak mahu lepaskan pandangannya dari terhala ke arah Maia Karina.

'Lawa sangat ke pun? I rasa Puan Mila lagi anggun...' Desis Laila lagi.

"Bos!" Laila terpaksa meninggikan suaranya. Barulah Zani tersedar dari kekakuannya itu.

"Eh, Laila? Dah setel ke?" Soal Zani terperanjat dengan kemunculan pembantu peribadinya itu.

"Dah boss. Bolehlah kita ke hotel. Semua dah ada ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience