UWEK! Sekali lagi, Mila menghamburkan muntah dalam bekas berisi plastik setelah diberikan air As Syifa.
Suzi, suaminya dan juga Zani masih lagi gelisah melihat keadaan Mila. Barulah Zani percaya, Mila terkena buatan orang walaupun Ustaz Luqman tak menghebahkannya kerana dia tidak suka, Zani sekeluarga membalas balik.
“Abang masih nak menafikan?” Suzi bersuara.
“Sayang…” Tegur suaminya pula. Dalam keadaan sebegini, dia tidak mahulah isterinya itu mengeruhkan lagi keadaan.
Zani masih diam. Masih membisu seribu bahasa. Sungguh, dia tak mengerti kenapa perkara seperti ini boleh terjadi pada dia dan Mila.
“Zani, pegang isteri kamu. Sebelum itu baringkan dia,” arah Ustaz Luqman. Zani kelam-kabut mendapatkan Mila yang semakin lembik itu. Dah terlalu banyak dia muntah.
Ustaz Luqman membaca basmalah sebelum beberapa potong ayat ruqyah sambil mengepit ibu jari kaki, Mila.
“Argh!!!” Pekik Mila terbangun dan terus menepis Zani sehingga terundur ke dinding.
“Kakak!” Pekik Suzi pula. Nasiblah suaminya sempat menahan. Dia tahu, itu bukan Mila. Wanita bertudung itu sedang menyeringai dan meliarkan tatapan matanya.
“Apa yang kamu mahu dari jasad ini? Siapa kamu? Apa agama kamu?” Soal suara tegas perawat muda itu pada Mila yang duduk bercangkung.
“Mati. Aku Jin. Aku Majusi!” Kata-kata suara bertindanan itu makin meresahkan Suzi dan juga Zani. Tidak pernah sekali pun dia menyangka akan berhadapan dengan perkara seperti ini.
“Apa salah dia?” Tanya Ustaz Luqman lagi. Dia bukan saja-saja mahu melayan tetapi dia ingin tahu.
Namun kali ini, benda yang sedang ‘bersarang’ di rahim Mila tidak mahu bekerjasama.
“Apa salah dia? Jawablah. Jika kau berdegil aku terpaksa sakiti kau…”
Soalan itu menerima kekekan halus dari Mila sambil mata liarnya merenung ke arah Zani. Zani di dinding tertelan liur.
“Dia kena mati jika tak, tuan aku tak beri aku makan…” Ujar Mila. Suzi semakin mengenggam erat jemari suaminya.
“Kamu bukan Tuhan. Tuan kamu juga bukan Allah SWT. Tak berhak mematikan siapa. Aku mahu kamu keluar dari jasad ini. Dia tak bersalah…”
“Tidak. Aku setia pada tuan aku. Dia harus mati. Mati!!!” Pekik Mila mendongak. Menyeringai dan air liurnya berjelejehan.
“Mila…” Panggil Zani akhirnya. Suzi dan sang suami juga beralih pandangan.
“Mila, dengar sini sayang…” Zani cuba memujuk pada Mila yang kini berpusing tubuh ke arahnya. Ustaz Luqman tetap bersiaga pada sebarang kemungkinan.
“Za…ni…” Tiba-tiba Zani terdengar seruan namanya itu. Tetapi yang mendengarnya hanya dia saja.
“Za…ni…Za…ni…” Seru suara mendayu halus tajam itu lagi.
“Kau diam!!!” Zani pula dengan tak semena-mena terpekik. Dia seakan cuba melawan. Mila sudah mengekek kembali malah makin kuat dan menyeramkan.
Ustaz Luqman sedar. Pihak sana sedang melawan dan cuba mengganggu. Dia memejamkan matanya dan tangan memakrifatkan seakan membelah sesuatu.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahisy-Syafi. Bismillahil Kafi. Bismillahil Mu'afi. Bismillahil-ladzi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa laa fis-sama’i wa. Huwas-Sami’ul ‘Alim…”
Setelah itu, dia membaca pula Ayatul Qursi setelah bangun dan dapat memegang kembali pundak bertudung Mila. Suasana kian seram dengan jeritan Mila.
Nasiblah keadaan Zani dapat ditenteramkan dengan bantuan suami Suzi.
“Ya Allah! Apa dah jadi ni?” Zani menyoal setelah tersedar.
“Allah…huakbar!!!”
“Argh!!!” Pekikan itu bergema serentak.
“Mila!!!” Zani bingkas setelah melihat tubuh Mila ingin rebah. Dia pun tidak sedar, bila isterinya itu bangun dan berlawan.
Termengah-mengah suami Suzi mendapatkan Ustaz Luqman yang juga kelelahan. Telapak tangannya masih lagi atas lantai.
“Abang…” Panggil Mila. Suzi berlari mendapatkan kakaknya itu setelah terdengar.
“Kak…syukur alhamdulillah. Akak dah sedar,” ujar Suzi pada si kakak yang masih lagi kebingungan itu.
“Saya yakin, orang itu akan hantar semula,” ujar Ustaz Luqman pada suami Suzi.
“Habis tu, apa perlu kita buat Ustaz?” Tanyanya yang jatuh kasihan melihat keadaan kakak iparnya itu. Mila betul-betul sudah hilang dayanya.
“Tak mengapa. Kita tengok dahulu. Sekiranya lepas rawatan ini, kakak ipar awak jadi lagi macam ini cepat-cepat panggil saya. Jangan berlengah. Dia memang nak nyawa…”
“Ya Allah. Tapi siapa ustaz? Betul ke setiausaha itu?” Pertanyaan itu hanya menerima senyuman nipis, Ustaz Luqman.
“Allah itu Maha Mengetahui. Biar dia saja yang uruskan. Bukan tugas kita untuk membuat pembalasan,” ujar perawat itu lagi.
Kali ini, Suzi dan suaminya berpandangan. Suzi teramat yakin ini semua adalah kerja perempuan miang tak sedar diri itu.
“Zani, nanti taburkan di sekeliling rumah jadikan ia pendinding. Air ni pula buat sebagai mandian. Lebih elok awak bacakan ayat-ayat saya dah senaraikan ini ke dalam baldi berisi batu ais dan limau kasturi yang saya dah belah-belah ini. Sekiranya ada apa-apa yang tak kena, cepat-cepat call saya, ya,” jelas Ustaz Luqman dengan panjang lebar seraya menyerahkan barangan yang dia bawakan itu kepada Zani.
“Jaga isteri kamu baik-baik. Dia masih lemah lagi. Kalau boleh cuba jangan tinggalkan dia seorang diri,” pesan Ustaz Luqman lagi.
Suzi dan suaminya juga turut mendengar.
“Baiklah. Terima kasih kerana membantu isteri saya,” jawab Zani pula berjabat tangan dengan Ustaz Luqman sekali dengan duit.
“Tak apa. Kamu simpan saja. Saya membantu kerana Allah SWT,” ujar Ustaz Luqman mengembalikan semula duit kertas itu ke dalam genggaman, Zani.
“Zani, cuma satu saja saya nak pesan…”
“Ya, apa dia Ustaz?” Tanya Zani. Ustaz Luqman mengangguk dan masih lagi dapat merasakan bara itu di tepi tubuh, Zani.
“Jaga diri kamu dan juga isteri kamu sebaik yang mungkin. Amalkan ayat-ayat yang saya tuliskan tu. Kalau boleh cuba lebihkan amalan kamu berdua. Dan cuba jangan terlalu tunjuk kebahagiaan di mana-mana media sosial. Kita tak tahu, hati orang lain-lain. Saya sekadar berpesan…”
“Saya pulang dahulu. Assalamualaikum,” pamit Ustaz Luqman tanpa sempat Zani yang terpinga-pinga menyoal dia lagi. Dia kurang mengerti akan maksud perawat itu.
Tetapi tidak pada Suzi yang kini menatap sayu kakaknya itu. Dan dia lebih mempercayai Laila dari perempuan gatal itu.
“Kerana perempuan tak guna itu. Kakak aku menderita,” ujarnya perlahan.
“Sayang…tak baik menuduh…”
“Menuduh apanya, bang? Suzi nampak. Kita berdua nampak mereka tu macamana!” Sanggah Suzi bila suaminya menegah.
“AKAK kena buat sesuatu! I tak mahu kalah di tangan ustaz bodoh itu!” Tukas Maia Karina tidak tentu-hala.
Kak Suri terangguk-angguk sambil bibir terkumat-kamit. Tangan pula laju tergawang-gawang atas asap dupa.
“Argh!!!” Jerit Kak Suri terpelanting ke dinding. Bibirnya dilelehi darah. Maia Karina bukan saja terkejut, tergamam malah memeluk erat tas tangannya.
“Tak guna. Dia panggil Luqman!” Bentak Kak Suri bergerak semula ke kain pemujaan.
“Siapa dia?” Tanya Maia Karina tetap ingin tahu namun Kak Suri tidak menyahut tetapi dia mengambil sesuatu. Dia tetap tak mahu mengaku kalah lagi.
“Argh! Sial!”
“Kak Suri, cakaplah kenapa?” Maia Karina pula seakan menambahkan lagi rasa amarah dalam dada, Kak Suri.
“Tak guna kau, Luqman. Setiap kali aku buat kerja. Kau pasti ada! Argh!” Herdikan Kak Suri sedikit-sebanyak menggusarkan jua hati janda hot itu.
jmput bca smua. maap lambt update. Thx pd yg sudi bca kisah seram ini...
Share this novel