BAB 27

Thriller Series 21293

“LAILA tu orang luar tahu tak. Dan Suzi sebagai adik abang dan kakak seharusnya dengar cakap abang bukannya si Laila, tu,” jelas Zani lagi yang mulai naik angin.

Dia sendiri pun tidak tahu kenapa, kebelakangan ini terlalu mudah terkesan pada sesuatu dan akan naik angin.

“Sama juga untuk abang. Kami ni yang sepatutnya abang side kan bukannya orang. Sekarang ini kak Mila, kakak Suzi dan isteri abang tengah sakit. Jadi, salah ke kalau bawa dia berubat? Kita tak tahu juga apa yang berlaku.”

“Habis tu, ada ke abang cakap tak nak bawa berubat? Sekarang ni, Suzi yang mulakan dulu. Suzi babitkan orang yang takde kena-mengena dalam masalah kita,” ulas Zani kian rendah nada peti suaranya.

“Baiklah bang. Adik pegang kata abang tu. Kalau betul perempuan tu takde kaitan, tak mengapa. Tapi sekiranya adik tahu dia cuba apa-apakan kakak. Suzi lah orangnya dia harus berdepan dahulu,” jawab Suzi.

Zani menelan lagi air liurnya. Walau terasa kesat dia terpaksa. Hatinya berat mahu menemui ustaz yang Suzi cadangkan itu. Dia pun tidak tahu, kenapa.

Tanpa sedar, mata tajam Suzi masih lagi meneliti setiap ulahnya. Suzi yakin, abang iparnya itu ada menyembunyikan sesuatu.

‘Adik tahu abang memang ada sorok sesuatu…’ Desis hati Suzi lalu membawa pandangan ke wad yang menempatkan Mila kakaknya itu.

USTAZ LUQMAN masih lagi membaca ayat-ayat suci Al Quran. Jemari bersarung tangannya pula masih lagi di kepala bertudung, Mila.

Mila sudah seminggu berpantang tumpah darahnya itu. Dan selama itulah jugalah dia diganggu namun merahsiakannya.

Suzi, suaminya dan juga abang iparnya, Zani sama-sama melihat sesi ruqyah itu dijalankan di ruang tamu rumah Zani dengan Mila.

Ustaz Luqman tahu sesi rawatannya itu sedang diganggu. Tetapi dia tetap membaca surah-surah yang sepatutnya. Tangan yang memekup kepala Mila terasa ada ‘benda’ sedang membahamnya.

Tetapi dia tahu itu semua hanya permainan ilusi. Matanya dan mata ‘pesuruh’ yang dihantar saling bertatapan dengan tajam.

“Argh!” Maia tertarik brek mengejut dan kereta yang tadinya agak laju bergerak kini terhenti.

“Mata aku nampak pula ni…” Omelnya yang terpaksa menenyeh kelopak berpembayang matanya walau akan menyebabkan comot tetapi kelibat yang melintas tadi adalah sesuatu yang dia tak pernah nampak.

“Apa yang aku nampak tadi, tu…” Rungutnya. Mata merahnya meliar bukan saja pada cermin depan malahan sisi dan pandang belakang juga. Terteguk-teguk air liur di buatnya.

“Ish, takde apa-apalah…” Ujarnya lalu tersenyum mengenang peristiwa tadi. Peristiwa dia bertemu kembali dengan ibu kepada Zani.

“I tak sangka you, mama Zani…Datin Seri. Jadi, after this lagi mudahlah kerja I,” ujarnya dalam kereta yang sudah termati enjin itu.

Sambil tersenyum Maia Karina menghidupkan semula enjin kereta. Di tempat duduk sebelahnya ada beberapa barang yang akan dia persembahkan pada Kak Suri.

Setelah setengah jam pemanduan tolak traffic jam. Kereta yang Maia pandu itu sudah pun masuk ke jalan paling hujung taman perumahan kos sederhana itu.

Rumah Kak Suri tetap seperti biasa akan terang-benderang dan ada dua, tiga buah kereta pelanggan yang menggunakan khidmat perbomohannya.

Setelah menarik beg dan kunci. Pintu kereta terbuka dan Maia Karina keluar daripada kereta tersebut. Seperti biasa dia akan berbuaian sehingga tempat itu kosong dari kereta-kereta orang.

“AIR bidara Syifa ni boleh juga di buat mandian. Tapi seelok-eloknya bahan-bahan tadilah sebab baru diruqyahkan,” terang Ustaz Luqman pada Zani.

Suzi dan Hazli hanya mendengar. Ika di sisi. Hanya Mila masih dalam bilik.

“Buat masa ini gangguan ini sekadar mengacau di luar tubuh isterimu. Dia masih tak dapat menakluk tubuh isteri kamu. Amalan dia kuat. Tapi walau apa pun, jagalah dia. Kita ni kalau boleh janganlah terlalu bangga atau tunjuk kebahagiaan kita pada orang lain. Kita tak tahu hati mereka bagaimana. Dan saya memang tidak suka balas-membalas cukup sembuh saja,” ujar Ustaz Luqman lagi.

“Terima kasih sekali lagi ustaz,” ucap Zani bersalaman dan diikuti Hazli. Ketika Ustaz Luqman ingin membuka pintu keretanya, dia menerima sebuah panggilan.

“Kena rasuk? Hah, baik. Baik saya ke alamat ini sekarang,” ujarnya yang segera mengangguk pamit pada Zani dan Hazli sebelum masuk ke dalam kereta.

Di rumah taman suasana yang tadinya tenang serta diiringi gelak tawa tiba-tiba berubah suasana. Laila dengan tak semena-mena, mengejang dan terpekik-terlolong seperti tersampuk polong.

Mata yang biasanya bersinar lembut kini terbeliak luas, menampakkan putih berakar merahnya. Mulut pula selain terpekik. Dia juga ada mengeluarkan bunyi-bunyian yang menakutkan.

"Aku nak darah dia..."

“Laila!” jerit Puan Suhaila, cuba mendekat namun belum sempat tangannya menyentuh.

Anak gadisnya itu, tiba-tiba bangun dengan gerakan tak ubah seperti satu boneka puppet yang sedang ditarik benangnya dari atas.

“Pegang dia!” Pekik suara Encik Rashid selantang yang mungkin pada Faris dan adik bongsu mereka, Rizal agar memegang kuat kakaknya itu. Namun tetap tak terpegang.

Mereka kali ini, cuba pula menekan bahu dan lengan Laila ke lantai namun Laila tetap juga meronta sekuat tenaga.

"Kamu semua akan mati!" Laila berkata dengan suara yang bukan miliknya.

Dia menendang Faris dengan keras sehingga abangnya itu terdorong ke belakang, terhantuk pada almari. Barang-barang kaca berderai jatuh ke lantai.

"Ya Allah, Faris! Laila!” Puan Suhaila terpekik dan berlari mendapatkan Faris. Faris mengaduh kesakitan.

Rashid cuba mengunci kedua-dua tangan Laila, namun gadis itu melompat dengan gerakan yang tak masuk akal. Tangannya menampar muka ayahnya dengan kasar, menyebabkan lelaki itu hampir tumbang setelah itu, Rizal pula.

"Ya Allah, Laila! Bapak kamu tu!" Bentak Puan Suhaila yang terpaksa campur juga dengan menarik anaknya dari belakang pada ketika itu ingin mencekik Rizal namun saat tubuh Laila sudah berpusing dengan kuku tajamnya terus mencakar lengan ibunya hingga berdarah.

"Aduh!" Jerit Puan Suhaila terpaksa mengundur dan berwajahnya pucat.

Faris yang baru bangkit menerpa lagi, kali ini memaut bahu Laila dengan kuat.

“Kak, tolonglah... Kak!”

Namun Laila menggeleng liar, rambutnya kusut menutupi wajah. Dia menjerit garang sebelum menggigit lengan Faris dengan rakus.

“Aargh!” Faris menjerit kesakitan dan cuba menarik tangannya namun rahang Laila mengunci dengan kuat.

“Ya Allah...” Pekik Encik Rashid. Dia tetap bangun walau Puan Suhaila menghalangnya.

Encik Rashid mendekat dengan sebotol air Yasin yang dia capai dari atas meja. Dengan tangan bergetar, dia menyiram air itu ke atas kepala Laila.

Tindakan itu membuatkan Laila meraung, tubuhnya melentik ke belakang dengan cara yang mengerikan. Tangannya terkapai-kapai di udara, kukunya menggaru dinding sehingga cat terkopek dan jatuh bertaburan.

"Panas!!!"

“Panas, bodoh. Diam!”

"Ibu, baca lagi! Cepat!"

Suhaila membuka helaian Yasin yang digenggam, suaranya bergetar sewaktu membaca ayat demi ayat.

Laila mengerang, tubuhnya tersentak-sentak. Mulutnya berbuih. Anak mata hitamnya kembali muncul perlahan.

Dan akhirnya, tubuhnya terkulai lemah.

"Laila?" Panggil Encik Rashid dan terus menepuk pipi anak gadisnya itu.

Laila membuka mata. Tanpa sebarang amaran dia terus mencekik Encik Rashid namun ada satu tangan sedang memegang pundaknya bersama bacaan ayat-ayat suci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience