BAB 10

Thriller Series 21293

"ABANG..." Mila menyapa dengan huluran cawan kopi. Zani berpaling dan menghadiahkan isterinya itu dengan satu senyuman.

"Terima kasih, sayang," ucap Zani sambil memegang cangkuk cawan dan pelapik.

Mila mengambil tempat duduk di tepi Zani di atas buaian bulat tersebut.

"Ika, ikut auntie Suzi dengan Uncle Hazli ke pekan. Adalah nak diborongnya," tutur Mila tersenyum lagi bila Zani beralih pandangan padanya.

"Oh, patutlah. Kalau tak, ada je datang duduk sini," sahut Zani lalu menyisip lagi air kopinya. Mila mengangguk dengan hati yang berbelah-bahagi.

"Abang..." Mila memanggil nama suaminya itu dengan nada sedikit meleret. Zani mengangkat keningnya sahaja kerana dia di tika itu sedang minum.

Bancuhan kopi isterinya itu sememangnya tiada tandingan. Walaupun Laila atau pun setiausaha barunya itu buat juga tetap tidak dapat menandingini keenakan kopi Mila.

"Hari itu masa sayang nak kutip kemeja kerja abang. Mila ada ternampak kesan lipstik di kolar baju. Mila tak pernah pakai warna tu, bang..."

Akhirnya terluah juga apa yang berladung di dada. Barulah kurang sedikit rasa sesak serta sendat yang menyeksa.

"Hah, apa? Lipstik? Kolar kemeja abang ada lipstik?" Zani tersentak. Mila mengangguk.

"Warna merah delima. Abang pun tahukan isteri abang ni mana pernah pakai warna-warna meriah sebegitu," jelas Mila lagi.

Nasib baiklah Zani masih lagi kekal berwajah tenang dan tak melenting pabila menerima soalan berbaur pertuduhan itu.

"Sayang..." Panggil Zani setelah cawan kosong dia letakkan kembali di pelapiknya yang berada di atas dulang tengah-tengah mereka.

Jari-jemari isterinya itu diraih lalu mengenggamnya. Mila yang terkejut dengan tindakan suaminya terus menatap mata redup, Zani.

"Abang benar-benar tak perasan bila kejadian itu berlaku. Bagaimana ia boleh terjadi pun abang tak dapat nak ingat. Setahu abanglah kan takde pula mana-mana perempuan jatuh pada abang. I mean, bertembung tanpa sengaja dan pertembungan tu pula mungkin mengakibatkan kemalangan kecil seperti terempuh atau pun terjatuh pada abang. Tak sengaja lipstik pula terkena..." Bersungguh serta berpanjang lebar Zani cuba memperjelaskan, agar Mila tidak salah faham.

Dia tahu, tak ada isteri boleh menerima situasi ini. Sebab itulah, dia terpaksa menjelaskan. Dia tidak mahu, hanya kerana itu berlaku pergaduhan pula.

"Betul abang memang tak perasan. Tak, nanti dulu..." Ujar Mila dengan segera memotong bila dia nampak Zani seakan ingin berkata semula.

"Mila tanya ni sebab tak pernah-pernah selama ni Mila jumpa ada kesan lipstik pada kemeja abang tu. Kalau rempuhan sekali pun, takkanlah sampai boleh tercium kolar kan? Melainkan kalau di sengajakan?" Ujar Mila yang pada mulanya bersuara agak lantang makin perlahan saat mengucap perkataan sengaja.

"Sengaja? Mila nak tuduh abang dengan sengaja biarkan perempuan cium kolar baju abang begitu?" Zani bertanya dari celahan gigi. Nada deheman bilamana dia mulai terasa seperti tertuduh pula.

"Mila bukannya menuduh bang. Cuma Mila berasa pelik tu aje. Yelah, cubalah abang bayangkan kalau jatuh terempuh dah tentu-tentu abang atau perempuan tu ke depan atau terjatuh terus tapi ni macam perbuatan yang di sengajakan. Abang kesan ciuman sengaja dengan tak sengaja ada bezanya juga. Sayang perempuan bang..."

"Melainkan kalau perempuan tu terpeluk atau terjatuh atas abang dan..." Mila menghentikan andaiannya itu bila dia lihat airmuka suaminya semakin berubah.

"Mana kemejanya?" Zani menyoal.

"Ada sayang tangkap gambar untuk dijadikan bukti?" Zani menyoal lagi. Kali ini, sedikit sarkastik nadanya. Mila sedar itu.

"Mila bukanlah tak percayakan abang sampai begitu sekali. Mila dah cuci pun. Tak ambil pun gambar. Mila cuma bertanya..."

"Entah-entah kesan pen. Mila kata kesan lipstik pula. Dalam ofis abang ada juga guna pen merah. Abang tak pernah sekali pun nak berlaku curang pada Mila, tahu tak. Dah memang takde mana-mana perempuan peluk abang, abang nak kata macamana lagi," ujar Zani yang terlupa kejadian di dalam kereta ketika dia menghantar setiausaha barunya itu balik ke rumah.

'Pen merah abang kata? Sayang ni tak buta dan tak bodoh lagi tau sampai tak boleh bezakan mana gincu mana pen!'

"Abang...abang, dah tu bang. Baiklah, maafkan Mila. Mungkin mata Mila ni kut yang tersalah pandang," ujar Mila, mengalah.

Dia juga tidak mahu bergaduh kerana hal gincu. Zani tidak berkata apa-apa. Dia sekadar memberi anggukannya saja.

"Mungkin esok, kita kena balik. Tadi abang dapat emel dari ofis. Ada beberapa client nak bertemu dengan abang. Sayang ok takni?" Zani yang baru teringat terus saja bersuara.

"Oh, iya ke? Kalau begitu tak mengapalah tapi kenalah bagitahu Suzi. Dorang nak balik macamana bang?" Mila menyoal.

Mereka pulang ke kampung dengan satu kenderaan saja. Zani mendongak lalu berpaling ke arah isterinya.

"Balik sekalilah. Bagitahu pada adik awak tu, insya Allah next month kita bercuti lama sikit dekat kampung. Setahu abang, next week jadual abang tak padatlah sangat," terang Zani dengan jujur.

"Baiklah bang jika begitu. Mereka balik nanti sayang bagitahu. Abang dah minumkan? Bagi sayang cawan tu nak cuci," ujar Mila yang ingin bangun.

"Marilah kita masuk sekali. Abang pun nak siapkan kertas kerja abang," sahut Zani juga bangun sambil memberikan cawan pada isterinya itu.

Kini kedua-duanya berpapasan ke arah rumah.

"DAH berbalut lengan macam itu pun kau masih nak tunjuk lagak kau ya, perempuan. Tunggu, nanti kau akan tahu betapa tingginya langit," ujar Maia penuh makna mendalam sambil jari-jemarinya pula laju menyalin kesemua data dari komputer Zani.

Dia bernasib baik kerana Zani dengan mudah memberikan dia pass masuk ke bilik CEO serta password untuk menggunakan komputer.

Bukan saja pada Laila pembantu peribadi. Peluang tersebut, Maia menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Setelah selesai proses salinan data ke pendrive miliknya dan thumbdrive seperti mana yang Zani emelkan. Maia dengan berani-beraninya membuka fail kewangan syarikat sama ada di dalam sistem serta dokumen.

Dia ingin melakukan sesuatu pada sistem kewangan syarikat. Dan buku cek kosong pula, dengan sengaja-sengaja dia menandatangani setelah berjaya meniru sign majikannya itu.

Usai semuanya. Setelah mengunci semula pintu dalam keadaan berjaga-jaga serta mata yang meliar.

Sekali lagi, pendrive milik peribadinya itu dilambung-lambung sambil berjalan.

"Untung aku stay back. Huh, Laila. Laila, kau fikir dengan kau bebankan aku dengan lambakan kerja kau. Kau adalah pemenang? Kau memang silap besar. Tunggu dan lihat saja apa aku akan buat," ujar Maia terus duduk di meja kerjanya kembali.

Telefon pintar sudah pun dia simpankan gambar cek atas nama Laila tadi. Cek yang sengaja Maia letakkan atas nama Emrand Holding, yang Maia ketahui pesaing kepada syarikat Zani.

"Aku yakin. Zani mesti terminate kau 24 hours. Hahahaha!" Ujarnya yang tersenyum mendengar khabar gembira dari boss kesayangannya itu.

"Maia, esok I akan back to kl. So, I want you to finish all the paper that I want you too settle it. Jangan lupa bagitahu pada Laila, ya. I mahukan fail tender dari dua syarikat baru tu."

Tersenyum penuh makna. Mesej itu sengaja dia biarkan double blue tick saja.

"Buat apa nak bagitahu pada Laila, boss..."

"Aku pun tak pasti kerja siapa. Kau pun tahukan aku mana ada musuh. Melainkan..." Ujar Laila lalu terdiam.

"Melainkan apa you? Jangan-jangan you ada musuh dalam selimut tak? Who know's right? Stabbed at your back..."

"Kau memang pandai Sofy tapi kau juga bodoh seperti Laila. Hahaha..." Sahut Maia tatkala dia teringatkan perbualan dua sahabat baik itu tadi.

"MACAM biasalah Kak Suri. Tapi kali ini, I nak you tambah lagi satu boleh?" Maia Karina menyoal pada wanita bersanggul dan suka memakai kebaya itu.

"Situ ke?" Kak Suri macam tahu-tahu saja di manakah tempat yang janda hot itu mahu pasangkan susuk.

"Kenapa? Masih tak hebat lagi kau atas ranjang? Atau kau nak ikat seseorang?" Soalnya lagi sambil perasap bukaan luas kedua belah kaki Maia.

"Sebab masih tak dapat nak ikat orang itulah, kak. Atau akak rasa perlu pasang di mana-mana tak?"

Tajam mata Kak Suri serta 'khodam' yang Maia tidak nampak pada lurah sempit dadanya itu.

"Aku boleh tambahkan lagi di situ dan ini," ujar Kak Suri tambah segan dia menyentuh dada mengkal milik Maia Karina.

Lebar sengihan Maia Karina. Sekejap itu jugalah, wajah Zani muncul di ingatan.

"Nanti aku akan bagi kau satu minyak wangi. Kau pakai bila kau dengan dia saja. Aku yakin, lama-kelamaan dia akan masuk dalam pelukan kau. Mekap kau biar aku jampi juga..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience