"OKAYLAH tu. Dia pun bukannya takde sebarang kelulusan kan?" Izlan berkata perlahan.
Itu saja termampu dia perkatakan. Si rakan yang mendengar juga mengangguk. Betullah tu, apa lagi yang sahabatnya itu bisa lakukan.
"Sajalah aku cerita, bro. Tapikan bro, CEO syarikat tu boleh tahan kacak. Suami orang pun. Aku...ada juga dengar-dengar ada beberapa staff kat situ tangkap syok dalam diam..."
"Jadi, apa yang kau cuba sampaikan pada aku? Kau nak kata Maia?" Izlan bukan menyangkal tapi sekadar mempersoal.
"Sebab aku kenal kau. Aku kenal Maia lah aku cakap ni, bro. Maia tu apa saja dia tak mampu. Cuba kau cakap? Dia kata nak bercerai tetap jugakan? Sedangkan aku tahu, kau tu masih cinta. Masih sayangkan dia."
Izlan pula yang terdiam. Dalam diam, dia juga mengakui semua pertuduhan itu.
"Siapa CEO nya?" Izlan menyoal. Entah mengapa, ada rasa ingin tahu.
"Zani. Muhammad Zani Ikmal Dato' Rais. Aku rasa kau pun tahu. Macamlah kau tak sekompeni dengan aku dulu," ujar si rakan.
"Zani itu?" Izlan mengajukan soalannya semula tetapi secara perlahan. Umpama bisikan saja nadanya.
Si rakan terangguk-angguk. Dia tahu, pasti Izlan pun kenal dengan CEO Zani itu.
"Tak apalah. Aku boleh buat apa saja pun. Maia dengan aku bukannya ada sebarang ikatan pun dah. Jadi, dia memang berhak nak memilih sesiapa saja untuk jadi calon pasangan dia..."
"Kau yakin ke pada kata-kata kau itu? Aku tahu Iz... aku tahu kau sebenarnya tak mahu melepaskan dia..."
"Aku yakin, bro."
"Kau yakin tapi kau tak rela..."
"Sekarang ni kau cuba provok aku ke apa, bro?" Izlan sedikit membentak.
Si rakan tetap tersenyum. Jika tidak kata-katanya itu tak benar, mengapa Izlan perlu berasa tercabar.
Izlan kembali menunduk. Sedang dia mengacau air minuman yang baru separa luak itu. Wajah Maia hadir di permukaannya.
"Alah, relax lah bro. Bunga bukan sekuntum pun. Bunga macam itu murah. Kumbang elok macam kau sepatutnya, boleh dapat bunga yang lagi baik..."
Izlan yang mendengar hanya mampu menghadiahkan senyum tipisnya sahaja. Ada kebenaran pada kata-kata itu tetapi entahlah hatinya seakan tidak terusik lagi.
"Kau kenal ke siapa isteri kepada Zani?" Tiba-tiba saja Izlan terasa ingin tahu. Dia mendongak dan melawan tatapan mata rakannya.
"Mila. Nama sebenarnya aku tak ingat agak panjang juga. Dah ada anak seorang pun. Namanya Ika berumur sepuluh tahun. Alah, baya-baya kita jugak..."
"O..." Itu saja jawapan daripada Izlan. Bohonglah sekiranya dia tidak terkesan mengenangkan bekas isterinya itu lawa orangnya.
Seksi malah pandai bergaya pula. Tidak mustahil suami orang pun boleh tunduk melutut padanya.
"Iz, actually kan benda ni dah lama aku nak tanya pada kau. Tapi aku serba-salah. Lagipun, kau masih lagi dengan Maia kan..."
"Kau nak tanya aku apa pula?" Izlan juga menyoal. Dia nampak wajah si rakan sedikit resah selain serius.
"Aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakapkan ni. Sebab aku pun kurang pasti pada kesahihan perkara ini..."
"So, apa dia? Cakaplah!" Izlan mendesak.
"Betul ke yang ex kau tu dulu pernah. Atau senang cerita kaki bomoh? Ada 'memakai'? Eh, kau jangan tak tahu zaman now pun certain people still using this okay..."
Izlan tersentak. Rakan pula di asak serba-salah. Tidak bertanya hati meronta ingin tahu. Bertanya takut kawannya itu pula salah sangka.
"Relax bro, aku. Aku bukanlah nak tuduh ex kau tu percaya perkara superstitious ni tapi... now age kan ke akhir zaman..."
Izlan mendengus sedikit. Dia sebenarnya bukan tidak pernah mendengar benda yang sama juga namun dia memekakkan telinga.
"Dari mana kau tahu? Kalau kau tahu benda dah lama, kenapa dari dahulu saja kau tak bercakap?" Izlan menyoal. Agak menekan intonasinya.
"Sebab aku tak mahu menuduh. Kan tadi aku dah cakap, aku just dengar-dengar saja. Lainlah kalau aku memang nampak ex kau tu jumpa bomoh depan-depan aku..."
"Kadang aku perasan juga. Kecantikkan Maia ada ketikanya sedikit menyeramkan. Nak-nak lagi sebelum kau kenal dengan dia pun... kerjanya... huhuhu..."
"And after kau berdua nikah baru Maia tu bekerja syarikat macam kita..."
Izlan sekali lagi tersentak. Dia pun akui itu semua memang betul. Satu kenyataan.
Maia Karina merupakan bekas escort girl walau pada asalnya ada kerjaya tetapi dek perasaan ingin mengejar kemewahan dia memilih untuk menjadi escort girl dan mistress. Perkenalan di antara mereka pun sewaktu Izlan menemuinya di event Tan Sri tersebut.
Maia Karina jatuh cinta padanya. Tetapi dirinya pula berada di dalam sangkar seorang lelaki kenamaan.
Izlan sanggup bergadai nyawa kerana rasa cintanya pada Maia Karina. Tetapi berbaloikah?
"Takpe bro, kalau kau sendiri pun tak pasti nak bagitahu aku macamana. Aku pun dengar gitu-gitu aje..." Sahut si rakan lantas menghabiskan sisa minumannya.
Izlan pun mengangguk. Dia pula kebuntuan.
"Aku juga pernah dengar pasal tu. Tapi aku pun tak pasti kebenarannya. Biarlah, siapa aku nak buka kisah-kisah lalu kan?"
Akhirnya terungkap juga. Rakan di hadapan, terus mengangguk.
"WAH, boleh tahan rumah boss I ni ya?" Soal Maia Karina di dalam keretanya yang sengaja dia parkirkan jauh sedikit.
Dia nampak batang tubuh itu sedang keluar dari dalam kereta dan langsung berjalan ke arah rumah banglo dua tingkat.
Sebenarnya tiga. Tetapi pada sebelah atas loteng dan agak jarang mereka gunakan.
Maia juga nampak susuk tubuh seorang wanita sedang menyambut kedatangan lelaki yang masih dalam seragam korporatnya.
Mila tetap menyambut kepulangan suaminya itu dengan baik walau hati dan minda pula sedang berbalah.
"Anak papa ni tidur sini pulak ya?" Tegur Zani setelah meletakkan kot luar di atas penyandar sofa.
Tubuh Ika diraih lalu dicempung menuju ke arah tangga. Mata Mila agak laju juga merenung ke arah belakang kemeja yang Zani pakai.
Tidak ada sebarang haruman lain selain haruman pewangi yang menjadi kegemaran Zani saja masih tersisa.
"Keep positive, Mila..." Ucapnya dan ingin menutup pintu. Namun sewaktu dia ingin menutup pintu.
Mila terperasan pada satu kereta ini. Mila memperkecilkan matanya. Berkerutan dahinya merenungi dalam keadaan kekurangan cahaya.
"Siapa?" Dia bertanya. Maia pula perasan akan Mila sedang merenung keretanya.
Maia terus menghidupkan enjin keretanya. Pandangan mereka bertamu di dalam keadaan gelap sewaktu kereta Maia melewati depan rumah.
Maia sempat tersenyum senget. Mila pula terus menutup pintu apatah lagi, dia nampak dalam kereta bagaikan ada peneman yang juga sama-sama merenungnya.
Mulut Mila terkumat-kamit. Setelah menutup pintu. Mila tersandar buat seketika di permukaan pintu sambil merasa dada. Ada debaran di situ tanpa dia tahu asbabnya.
MAIA KARINA tersenyum sendiri setelah melabuhkan duduk bersilangan kakinya atas katil.
"Boss. Tak lama lagi mungkin boleh panggil sayang. Tapi, dia dah ada isteri. Why ya kita lambat bertemu? Hmm... tapikan apa salahnya kan kalau hidup bermadu? Ramai je yang bermadu. Lagipun perempuan macam Mila tu, ala kacang saja..." Ujarnya lalu menghempaskan belakang tubuhnya atas tilam.
"Andainya engkau ku miliki...terdahulu, sebelumnya...andai ku curah rasa hati...mungkin kini... ku kan tenang di sampingmu...belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang, kau terpaksa pergi...
ingin ku terus di cinta ini. Walau bisikanmu azimat berduri. Bila cinta berbunga.Jadi air mata di jariku.Betapa ku cinta padamu
Katakanlah kau cinta padaku. Sematkan aku di hatimu. Walau di mana berada, ingat ku dalam doamu..."
Lagu corong radio pula seakan memahami perasaan Maia pada detik itu.
Share this novel