BAB 14

Thriller Series 21293

MASIH terdengar lagi pancuran air ke lantai. Mila tatkala setelah tiba di depan meja solek. Kolar kemeja diperiksa terlebih dahulu lantas dihidu.

'Ni bukan pewangi abang mahupun Mila...' desisnya lalu mengangkat kemeja lalu disidaikan di lengan kerana dia mahu mengangkat telefon pintar suaminya itu pula.

Naluri seorang perempuan bergelar isteri ada ketikanya benar. Nasiblah Mila sudah menghafal password membuka telefon.

Bahagian mesej, panggilan serta Whatapps perkara utama dia ingin periksa. Dia seakan yakin bagaikan ada yang tidak kena pada suaminya itu.

Tambahan pula pewangi ini kuat. Adakah dia bawa perempuan lain dalam keretanya?

'Try bukalah...' gumamnya bila sedari dia memegang benda pipih tersebut, jari-jemarinya seakan ringan saja mahu membuka album gambar.

'Mungkin buat masa ni aku tak menemui sebarang mesej yang mencurigakan tetapi siapa tahu kan...kalau ada gambar.'

Dalam dia berdesis dan melihat-lihat gambar. Mila tetap memerhati belakang takut-takut suaminya sudah mandi nanti ketahuan pula dia buat spot check.

'Eh, bukan ke ni perempuan yang bertembung dengan aku masa dalam lif hari itu ke? Eh, kejap tadi di senarai list Whatapps. Ya, baru aku perasan gambar yang sama. Jadi, dia lah setiausaha baru tu. Tapi mengapa perlu hantar gambar selfie pada majikan? Dia masih tak tahu lagi ke apa status Zani? Sepatutnya dia dah tahu kan?" Soal Mila lalu terdongak.

Dalam banyak-banyak gambar, baru ini dia menemui satu gambar bukan ahli keluarganya. Tetapi seorang perempuan seksi.

Mila tergopoh-gopoh membuat telefon seperti asal lalu dia berpura-pura mengisi pakaian kerja kotor Zani. Zani baru saja sudah mandinya. Rambut dilap rapi agar cepat kering.

"Baby, can wear something nicely for your lovely husband tak? You know right what day today? Why you don't wear it," tegur Zani.

Mila terus mengerutkan mukanya. Teruk sangat ke baju tidur yang dia pakai sekarang ini. Mila semerta merenung tubuhnya itu ke arah cermin solek.

"Apa yang salahnya pada baju Mila, bang? Ni kan gaun tidur juga?" Mila menyoal sekaligus menyangkal kata-kata Zani.

Zani tersenyum nipis. Lalu dia bergerak mendekati belakang tubuh sedang mengadap cermin. Zani berbisik sesuatu pada Mila.

"Honey, but malam ni I more special attire lah. Kan banyak I belikan untuk you dalam almari tu. Why dulu-dulu tu you boleh pakai. Why sekarang tidak? Tak salahkan if your husband missing her wife in that way again," bisik Zani penuh sensual seraya melalukan hujung lidahnya pada leher Mila. Mila tersentak dengan tindakan itu. Dia merespon.

"Selama ni okay saja bang. Kenapa malam ni too demand pula? Dulu tu lain bang. Sekarang dah lain. Lagipun Mila tak berapa selesa. Yelah walau depan suami sendiri tapi Mila memang tak selesa macam itu. Why now attire tak cukup hot ke di mata abang?"

'Dan sejak bila abang ni nak aku seksi sebelum 'bersama' dengan dia?' Sempat lagi hati Mila menyoal.

"Sayang...please do it for your hubby, tonight," rayu Zani lagi. Sepasang tangan yang memeluk tubuh Mila daripada belakang kini dilepaskan setelah usai berbisik.

Zani bergerak ke arah wardrobe closet. Membukanya lalu melangkah masuk. Lingerie merah yang teramat seksi dia capai dari palang hanger terus dia tanggalkan.

'Ya Allah. Kenapa dengan suami aku ni? Takkan umur begini nak pakai macam itu?' Desis Mila sudah mula terasa matang setelah hadirnya Ika dalam kehidupan mereka walau umurnya tidaklah terlalu tua. Zani lagi tua darinya.

Zani bergerak semula ke arah Mila lalu sepasang tangannya meletakkan lingerie merah menyala itu di tubuh Mila dan mata masing-masing mengadap cermin.

"Sayang nak pakai sendiri atau abang tolong pakaikan? Wangi-wangi tau. Abang tunggu ni," ujar Zani lalu memanjat katil. Dia mahu isterinya itu menukar pakaian tersebut di depannya.

"Kejap sayang. Kejap. Tak romantislah kalau tak ada muzik kan? Abang nak sayang tukar baju ikut rhythm ni, boleh ya sayang? Please I'm soo horny your sexy touch ni sayang..." Pujuk Zani dengan senyuman miangnya.

Telefon pintar segera dicapai lalu memanjat katil semula. Mila mengeluh panjang. Apa yang dia boleh lakukan. Mahu membantah dia itu suami.

Dengan rasa malas. Mila menanggalkan gaun tidur satin lengan pendek berbutang sehingga ke paras bawah lutut yang sudah Zani bukakan kancingnya itu tanpa dia sedari.

'Aku betul-betul tak faham apa yang dah merasuk fikiran suami aku. Sudahlah balik lewat. Balik-balik saja ini yang dia minta?'

Sedangkan selalu dia akan solat dahulu. Nak ditegur suaminya itu sudah dewasa. Nakhoda pun. Sepatutnya, dalam hal sebegini dia jauh lebih tahu.

Zani pula sambil tersandar bersilangan tangan di bawah kepalanya itu sedang asyik melihat Mila memakai lingerie itu.

'Apa ni? Ah!' Zani mulai rimas pula. Asyik terbayangkan wajah jelita Maia Karina. Sedangkan dia dalam mood mahu bermesra dengan Mila.

Dengan sedaya-upaya dia menggeleng untuk mengusir imej wajah menggoda Maia agar hilang dari pandangan. Dia benar-benar ingin bersama Mila malam itu.

Bagi Zani sebagai lelaki. Dia tahu titik kelemahan seorang wanita. Jadi itulah caranya dia memujuk rajuk Mila sang isteri yang tercinta.

Tapi tidak pula pada Mila. Dia ketiadaan mood mahu 'bersama' namun apakan daya, Zani seorang suami. Dia harus patuh jika mahu hubungan ini tetap bertahan.

'Mila, mana Mila yang dulu? Kau jangan jadi munafik. Kau tahu kau tak mahu kerana banyak hal yang buatkan kau rasa curiga.'

Tiba-tiba suara hati Mila berbicara tanpa kerelaannya. Mila menatap wajahnya di permukaan cermin.

'Tapi mungkin ni juga caranya untuk aku korek rahsia suami aku tu. Sudah ada beberapa perubahan yang aku lihat walau tak jelas sangat dia tunjukkan...'

Mila semakin anggun dalam persalinan seksi itu. Dia membetul-betulkan rambut gelombangnya sebelum pewangi dibuka penutupnya dan disembur pada tubuh atasnya.

Zani menjilat bibir berkali-kali. Dia memang akui tubuh isterinya masih mantap. Masih bergetah walau Ika sudah semakin menjadi anak remaja.

"Sayang..." Zani sudah pun memanggil. Mila berpaling dengan senyuman.

Jenuh Zani cuba mengusir bayangan wajah Maia Karina. Namun wajah tersenyum nakal itu semakin giat pula menggodanya yang terangsang.

Tubuh Mila yang dia dayungi tetapi wajah Maia Karina dia fikirkan. Seandainya lah Mila tahu, tidakkah hancur luluh hatinya.

Mila juga sama-sama inginkan belaian mesra suaminya itu. Erangan dan desah nafasnya saja sudah cukup membuktikan keinginan batinnya.

"Ah..."

"Abang..."

"Sayang..."

Suara saling menyeru mereka bergema dalam kamar itu kerana agak kuat. Bila Zani tertunduk dan menatap wajah kuyu Mila, barulah bayangan wajah Maia Karina menghilang.

Mila terbangun secara tiba-tiba lalu membaringkan pula Zani. Dia pula menaiki tubuh suaminya itu. Tangannya nakal menarik tangan suaminya itu agar memegang dada mekarnya itu.

Mila juga mahu. Dan selepas ini nanti dia akan cuba mengorek kisah suaminya itu. Mila tahu, minda Zani tidak padanya sepenuhnya. Mila nampak pada wajah.

Share this novel

Zainabzety
2024-07-13 17:15:03 

kau kena buat sesuatu mila berubat sblm betina tu ambik somi kau


NovelPlus Premium

The best ads free experience