"I tak peduli apa nak jadi pun jadilah kak. Malam nanti I singgah rumah akak. Akak cakap saja apa barang yang akak perlukan. I nak dia mati! Menyusahkan hidup I!"
"Hmm...dah kalau itu yang kau nak. Aku letak dulu aku nak senaraikan dalam mesej. Tak banyak pun. Tapi, aku nak kau cari dua tiga barang dari tubuh dia. Rambut dan kuku ke. Kalau tak dapat dua. Rambut saja. Tu paling cepat berjalannya. Barang pengeras jalan lupa," ujar Kak Suri di talian.
"Baiklah. Saya letak phone sekarang," sahut Maia Karina. Dia tersenyum. Tidak lama kemudian dia membuka mesej dari Kak Suri.
"Herm, seperti biasa jelah ya. Cuma aku kena cari rambut betina tu je... tas tangan dia. Mesti dia ada bawa sikatkan? Bukannya bertudung litup pun," ujar Maia segera bangun dari atas kerusinya.
Dia kena cepat sementara Laila masih di luar dengan Zani. Sampai saja di meja pembantu peribadi kepada CEO itu.
Sebelum memulakan tugasan menyelongkar beg wanita itu. Maia memastikan dahulu keadaan di sekitarnya sama ada, staff lain ada atau pun tidak.
"Nasib line clear," ujarnya lalu mencari di manakah Laila menyimpan tas tangannya. Jumpa-jumpa saja tak berlengah dia terus membuka kancing.
"Hah, see nasib aku memang baik. Laila. Laila, kau tunggu ya. Aku ingatkan kau dah mula nak mengaku kalah. Tapi, tidak ya... rupa-rupanya. Ingat aku tak tahu kau pun ada hati pada boss. Langkah mayat aku dulu," ujar Maia menarik rambut dari celahan gigi sikat lalu dibungkus dalam tisu.
Tas tangan diperkemaskan agar tidak kelihatan ada sentuhan orang. Setelah itu, Maia kembali semula ke meja. Dia juga tidak sabar nak menanti petang.
"Balik dari sini aku akan terus cari barang then ke rumah Kak Suri. Aku tak mahu berlengah lagi," nekad Maia Karina.
Sementara itu di dalam kereta yang sedang dipandu oleh Zani kini dalam perjalanan ke bangunan syarikat.
Satu lagi perjanjian sudah termeterai dengan salah-sebuah anak syarikat lokal terbaik. Dan tidak lama saja lagi, mereka akan bergabung dalam menjayakan pembinaan taman tema terbaru di ibu kota.
"Boss, boleh ke I nak tanya sesuatu? Tapi personal sikit?" Soal Laila secara tiba-tiba.
"Personal? Apa dia? Tanyalah," jawab Zani yang memandu. Dia terpaksa fokus pada pemanduannya kerana sedang menuju ke jalan besar dan traffic light.
"Tapi boss janganlah marah pula ya. Atau fikir lain. Begini, saya pun pasti mesti boss kata saya cemburu. Tu... terpulang lah. Tapi, apa yang saya nak tegur ni demi kebaikan majikan saya juga. Lagipun benda ni dah menular juga. Mungkin tidak semua tahu tapi viral jugalah..."
"Viral? Eh, kenapa saya tak tahu pula? Apa halnya?" Potong Zani. Laila menarik nafas semula.
"Macam mana boss nak tahu dah soal boss. Siapa je yang berani tegur melainkan saya," sahut Laila spontan dan selamba.
Membuatkan Zani berpaling semula. Nasiblah di depan kereta semuanya bergerak perlahan.
"Mengenai saya yang viral? Apa yang saya dah lakukan sampai boleh tular? Macam artis pula?" Sindir Zani ingin tergelak.
"Soal boss rapat dengan Maia lah. Setiausaha baru boss tu. Sebab tu lah, saya cakap kat boss tadi terpulanglah nak kata apa pun kan. Tapi bila dah ada orang lain pun cakap perkara sama, ini yang membuatkan saya tak mampu nak berdiam diri. Boss tak takut ke, kalau-kalau... benda ini sampai ke pendengaran Puan Mila? Saya ni perempuan, boss. Saya faham apa perasaan Puan Mila sekiranya dia tahu tentang perkara ini..."
Bicara panjang lebar Laila benar-benar mengejutkan Zani. Dia terbrek mengejut di laluan lampu isyarat. Laila tahu, majikannya itu tidak tahu ulah mereka berdua dalam pemerhatian.
"Tapi apa yang dah I lakukan? I tak rasa pun I ada buat sebarang kesilapan. Cuba you berterus-terang apa yang you guys semua nampak yang membolehkan pertuduhan ini?" Zani cuba membela diri walau dia seakan tahu apakah dia. Jika tidak soal di depan lif, mungkin soal mereka makan malam ada yang nampak.
"Boss tak lakukan sebarang kesilapan tapi hubungan boss dengan Maia kami perasan agak intim. Tak macam antara pekerja dengan boss. Satu lagi, Pak Guard pun pernah nampak yang boss berpelukan di parkir. Perempuan tu Maia," terang Laila lagi.
"What? Berpelukan? You all jangan melampau. Jangan buat fitnah. Bila masa pula I hugging with her? At the parking?" Bentakan Zani terdiam seketika.
Dia cuba mengimbas semula episod kelmarin. Dalam diam, barulah dia sedar mungkin gelagat manja Maia Karina membuatkan staff salah faham. Namun dia tidak dapat mengingati tingkah janda seksi itu, yang selalu menyentuh tubuhnya sehingga Mila isterinya sendiri juga nampak.
"Boss, pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Pak Guard bukan jenis kaki kelentong. Mata dia juga tak rabun lagi. Dia yang kita semua kenal bukan suka buat cerita palsu. Masa itu, time untuk dia lakukan pantauan pun..."
Lampu merah setelah memakan masa lama beberapa minit, kembali ke warna hijau semula. Zani bersedia untuk memandu pun begitu, hatinya tidak selesa. Ya, dia juga tahu sikap pengawal keselamatan bangunan dia itu.
'Aku nak bagitahu ke apa yang aku nampak tadi kat boss? Sedangkan, baru aku cerita sedikit dah nak melenting. Siap kata buat fitnah lagi...' Desis Laila menggigit bibir sambil mengerling sebelah.
Zani sudah mula memandu. Laila pula resah. Dia tahu majikannya itu sedang berfikir. Mungkin juga memarahinya.
'Biarlah dulu. Biar Puan Mila saja yang bertanya. Dia lagi berhak. Karang dikata pula aku ni penyibuk...'
"Er...boss marahkan saya ke?" Was-was Laila bertanya. Dia mahu tahu juga kalau apa yang dia beritahu tadi melukakan hati boss nya itu.
"I tak marah. Cuma I tertanya-tanya. Setahu I... I memang tak pernah peluk Maia. I tahu siapa I, Laila. I some one husband. Ya, I akui kadang-kala mungkin sikap manja Maia buat you all semua salah tafsir. Tapi for your information Laila, I memang tak ada sebarang hubungan pun dengan dia. Kalau boleh, I nak benda ni jangan dihebahkan lagi. I tak mahu, Mila tahu tentang perkara ini. Boleh jadi pergaduhan tahu tak?"
Zani memaling wajah dalam berkata-kata kemudian dia memandang depan semula. Laila terangguk-angguk.
"Baiklah boss," jawab Laila akur pada arahan sang majikan. Banyak mulut, kena potong gaji pula nanti maklumlah makan gaji!
'Itu pun kalau betul. So, kalau dah tahu Maia tu menggedik. Takkan tak tahu cara nak menepis kut. Now memanglah takde anything happened we don't know about soon...' Laila hanya mampu menyangkal dalam hatinya saja.
'Aku tak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan Mila... aku kena lebih hati-hati selepas ini bila Maia tu ada...' Desis Zani pula.
"SABAR kak. Sabar. Suzi memang dah boleh agak. Perempuan tu gatal. Dari cara dia pun dah dapat tangkap. Kenapa akak tak serang saja? Kalau Suzi ke?"
Mila mendongak. Wajah basahnya merenung sayu ke arah Suzi. Dia tidak tahu nak berkata apa lagi. Dia benar-benar tidak menyangka.
Share this novel