BAB 1

Thriller Series 21293

"MAIA KARINA?" Zani menyoal pada wanita yang hadir sesi temuduga jawatan setiausaha baru di iklankan itu.

"Iya, I am..."

"Okay, please have a sit first," ujar Zani selaku pengarah eksekutif di syarikat itu.

Maia tersenyum kembali sambil melabuhkan duduknya. Kaki yang memaparkan hampir separuh paha putih gehunya disilangkan di bawah meja.

Jantung Maia berdebar-debar bukanlah kerana kegugupan dia sewaktu ditemuduga itu tetapi lebih kepada rasa pesonanya pada kekacakan si tuan pengarah merangkap Ceo.

"Berumur tiga puluh tahun. Single mom?" Zani menyoal walau kedengaran agak personal.

"Ya, but I didn't have a child. Single sebenar-benarnya," jawab Maia dengan berani.

Sesekali, mata Maia cuba mahu melihat bingkai gambar tetapi setiap kali dia berbuat demikian, fail mengenai dirinya Zani selak-selakkan agak laju.

"Result boleh tahan why you apply as secretary? Tahukan syarikat kami hanya mengiklankan setiausaha sahaja,"soal Zani agak pelik setelah meneliti keseluruhan fail di depan.

Maia hanya tersenyum. Lalu dia yang duduk secara menyandar mendekatkan dadanya ke meja.

"Well, tak salahkan? Lagipun I pernah belajar trengkas so why not take it?" Soal Maia dengan lirikan menggodanya.

Zani akui wanita berambut kerinting warna blonde berstatus janda di depan dia itu berkarisma, cantik serta seksi.

Zani sekadar mengangkat keningnya saja. Kemudian dia menutupi fail sebelum dia menarik keluar borang.

"Okay, jika begitu. You isi borang ini dan berikan pada kaunter depan tadi. Esok you boleh mula kerja di syarikat kami..." ujar Zani seraya bangun lalu menghulurkan tangan.

Maia juga bangun. Dia menyambut huluran tangan itu.

"Tahniah Cik Maia. Welcome to our company." Ujar Zani ingin menarik tangannya tetapi Maia masih lagi ingin mengenggamnya.

Zani cuba sekali lagi. Dan bila Maia perasan pada perubahan wajah lelaki itu barulah dia melepaskan genggaman mereka.

Maia tersenyum sebelum menunduk dan mahu beredar dari situ. Agak lama juga mata Zani memerhati ayunan pinggul figura berskirt ketat itu ketika keluar.

"Oh my god. Kacaknya dia. Single ke ya?" Soal Maia yang kini sudah pun berada di dalam tandas.

Namun kata-katanya terhenti apabila telinganya menangkap kata-kata sembang dari staff di situ mengenai Mila yang di katakan sangat sepadan menjadi isteri kepada Zani.

Kelam-kabut Maia membega-begakan rambutnya sebelum keluar. Hampir nak bertembung juga mereka bertiga.

Maia melenggang ke arah lif. Dan bila pintu lif terbuka dia terus saja masuk. Namun ada seseorang menekan dan ia terbuka kembali.

Mila tersenyum lalu masuk. Maia juga tersenyum. Mila menekan juga nombor yang sama.

"Datang temuduga ya?" Maia sekadar ingin berbasa-basi.

"Tidak. Datang lawat suami sekejap. Kan nak dekat waktu lunch," ujar Mila juga ramah.

Maia sekadar tersenyum pada wanita ayu berhijab itu. Tingkat yang ingin di pergi sudah pun tiba.

Sambil tersenyum Mila dan juga Maia berpisah jalan. Mila yang dari pejabat sang suami akan tunggu kehadiran cik abang dalam kereta.

Maia Karina pula menuju ke arah parkir.

"Eh!" Maia menarik brek secara mengejut. Mata galak berkanta lekap birunya itu, memandang penuh perhatian ke arah satu pasangan romantis.

"Oh... maknanya perempuan tadi itulah Puan Mila isteri kepada... oh my god, why so kampung sangat. Mr Zani punyalah smart. Good looking. But his wife?"
Maia mencemuh di dalam kereta.

Di pandangan Zani serta orang lain tidak ada apa-apa yang kolot pada penampilan Mila. Cuma beza hanya pada hijabnya sahaja yang seringkali suka memakai bawal.

Cemik-cemik saja bibir Maia sambil menarik brek semula. Pedal minyak pun ditekan.

Sementara itu, Mila sudah pun mencium tangan suaminya itu sebelum dia pulang semula ke rumah selepas mengambil Ika di sekolah.

"Sayang..." Panggil Zani.

"Iya abang..." Jawab Mila sambil berpusing badan semula. Zani mendekat sambil tersenyum lalu dia mengucup dahi isteri tercintanya itu.

"Drive elok-elok. Malam nanti kita keluar okay. Bagitau Ika papa dia nak belikan dia teddy bear lagi," ujar Zani.

"Okay, abang. Mila minta diri dahulu ya. Ika nak dekat keluar kelas dah ni," ujar Mila tersenyum sambil membuka pintu kereta.

Zani mengangguk. Mila menekan hon sebelum keretanya berlalu di tepi suaminya. Zani juga melambai selamat jalan padanya.

Tatkala malam menjelang. Mereka bertiga pun makan bersama-sama di restoran eksklusif yang sudah ditempah oleh Zani sendiri, siang tadi.

Manakala Maia Karina pula sedang menghiburkan hatinya di salah-sebuah kelab malam terkemuka sekitar bandaraya.

Tubuhnya saja di situ tetapi mindanya menerawang ke arah lain. Ada ketikanya, dia tersenyum sendiri.

"Takde apa yang kurangnya pada I ni, kan. Even I janda sekalipun. I tak ada anak so? Malah I rasa, I jauh lebih menarik dan berpenampilan," ujarnya yang tersenyum pada seorang lelaki yang ingin mempelawanya berdansa di lantai tari.

Maia laju saja bersetuju. Dia menghabiskan tegukan terakhir wiski nya sebelum lelaki itu memaut pinggang rampingnya.

Maia biarkan saja tangan lelaki itu menjalar ke mana saja. Dia hanya inginkan keseronokkan dengan sesekali dia ternampak-nampak wajah Zani.

Setelah berseronok di lantai tari. Lelaki itu memesan segelas lagi air wiski sambil menghulurkan sebiji pil pada bartender itu.

Bartender yang sudah menerima upah sebanyak seratus ringgit itu, terus memasukkannya ke dalam air wiski lalu diberikan pada lelaki itu.

"Sayang, drink. Mesti hauskan..." Ujarnya lalu meneguk airnya.

Tajam matanya memerhati pergerakkan di rengkungan Maia.

Sudah lama sebenarnya dia mengintip Maia setiap kali wanita seksi itu pergi ke kelab malam yang ini.

Maia mulai pening. Dalam kesamaran dia nampak Zani sudah pun berada di tepinya.

Maia menaikkan tapak tangannya ke pipi Zani. Zani pula memainkan jari telunjuknya di permukaan bibir merah, Maia Karina.

Tangan kiri pula sudah mula berjalan ke paha Maia yang hanya memakai hot pant umpama panty saja bentuknya itu.

"Kiss me..." Pinta Zani. Maia semakin tersenyum lebar lalu dia menyentuhi bibir lelaki asing itu.

Sentuhan lembut juga bertukar irama seiring dengan penukaran muzik balada ke techno.

Maia membiarkan saja Zani menurunkan tiubnya sehingga mendedahkan keseluruhan dada mengkalnya.

Di situ tidak ada sesiapa pun yang ingin ambil peduli apa sedang mereka lakukan. Mereka juga ada keseronokkan masing-masing.

"Follow me, honey..." Zani berbisik kerana dia tidak tertahan lagi. Laju saja Maia bangun lalu Zani mencempungnya gaya bridal.

Maia merangkul leher Zani. Lalu mereka berkucupan lagi. Maia sedikit pun tidak sedar lelaki yang dia uliti bukan Zani sebenar kerana dia masih dalam kawalan ubat perangsang.

Lelaki itu mencampak tubuh Maia atas sofa dalam kamar vip setelah menguncinya. Kelam-kabut dia menanggalkan baju dan seluarnya.

Manakala Maia pula ingin bangun namun tidak sempat tatkala mulutnya menjadi sasaran bibir Zani yang berada di atas tubuhnya.

Tangan Zani menurunkan zip hot pant Maia.


SETIBANYA di mall. Mereka bertiga menapak ke arah surau dahulu.

"Ika, duduk kejap ya. Mama nak ambil wuduk," pinta Mila. Ika sekadar mengangguk lalu duduk di tepi dinding.

Manakala Zani pula di surau lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience