BAB 2

Thriller Series 21293

ZANI keluar dahulu. Tidak beberapa minit kemudian, Mila dan juga Ika.

"Papa, papa tadi Ika pun solat. Ika teringatkan pesan ustazah. Ika dah sepatutnya kena solat. Tapi Ika taknak pakai tudung lagi tau, kalau bukan waktu sekolah," ujar Ika.

Zani merenung Mila. Mila pun mengangguk.

"Baiklah. Tapi, bila Ika dah akil baligh nanti... kena tau pakai tudung macam mama. Alah, sekarangkan banyak stail kita boleh kan mama?"

"Ya, papa," jawab Mila.

Pada malam itu, dia kelihatan cukup manis mengenakan hijab yang diikat ala-ala hijab pashmina Wardina.

"Jomlah papa, nanti kedai toys tutup pula. Dah pukul berapa ni," ajak Ika yang sudah tidak sabar-sabar lagi mahu membeli anak patung teddy bear terbaru.

Zani beserta Mila tersenyum. Lalu mereka pun jalan bergandingan tangan di belakang Ika.

"Anggun isteri abang malam ini," bisik Zani. Menyentakkan Mila, lalu sambil tersenyum dia pula yang berbisik.

"Kenapa, all this while sayang tak anggun ke?" Sengaja Mila menyoal ingin mengusik si suami.

"Cantik...siapa kata tak cantik? Mila isteri abangkan hari-hari cantik. Cuma malam ini, special sikit. Ngantuk pula abang..." ujar Zani lalu, laju saja Mila menampar bahu Zani.

"Ish, mengadalah ni..." sahut Mila terus di serbu malu.

"Apa pula? Lupa ya? Ika pernah mention nak adik?" Bisik Zani lagi. Makin merona merah wajah si isteri.

Makin kuat Zani mengenggam tangan si isterinya itu, sebelum dia angkatnya dan dikucup pada kekura.

Mila tidak terkata apa-apa. Bagi dirinya, sekiranya Allah Swt nak kurniakan pada mereka seorang lagi zuriat dia terimanya dengan redha.

Akhirnya, mereka bertiga sudah pun sampai di depan butik anak-anak patung. Ika merupakan orang pertama yang masuk dahulu.

"Lepas ni, kita balik ya. Makan pun dah kan? Ke sayang ada nak beli apa-apa? Baju ke? Tudung ke? Mekap ke?" Soal Zani setelah masuk.

Mila pula yang sedang meraba-raba anak patung beruang di rak pameran, berpaling lalu mengadap wajah sang suami.

"Boleh juga. Sayang nak cari shawl. Dalam almari shawl tak banyak. Boleh ke?" Mila menyoal.

Zani mengangguk. Mila tersenyum. Jelas terpapar kebahagiaan pasangan itu.

Manakala Maia pula, masih lagi terbaring dalam kamar vip yang kosong. Hanya ada dirinya saja. Lelaki asing itu pula, setelah mendapat 'sedap' dia terus pergi dari situ.

Maia masih lagi tersenyum-senyum, dek rasa pening-pening lalatnya. Dia masih lagi terbayangkan episod tadi. Dia yakin itu, Zani bakal majikan barunya itu.

Namun, setelah rasa peningnya hilang. Maia bingkas bangun dan memandang sekeliling dengan penuh persoalan, sehinggalah matanya terpandang beberapa keping duit kertas dan secarik kertas.

Menggigil tangan dia membacanya. Berkerumut bibirnya sambil merenyukkan kertas tersebut.

"Kau ingat aku apa? Pelacur? Jantan tak berguna!!!"

Maia langsung memperkemaskan dirinya semula. Pipi serta lelehan airmata diseka secara kasar.

Dia tak boleh menangis. Tiada perkataan tangisan di dalam kamus hidup Maia Karina.

"Aku..." Maia berkata sendirian, tatkala tapak tangannya tanpa sengaja menyinggahi perut. Seandainya nasibnya tidak baik...

"Aku kena hapuskan ia. Jika tidak macam mana aku nak dapatkan Zani. Ya, Zani..."


IKA dan Mila masing-masing sudah membawa plastik berisi barang belian.

Setibanya mereka di
parkir bangunan. Zani membuka bonet kerana dia mahu menyimpan plastik-plastik tersebut.

Mila membuka pintu seat belakang untuk Ika. Setelah Ika masuk, dia menutupinya. Dia ke seat depan manakala Zani pula menutupi bonet dan ke seat pemandu.

Mata Mila bukan seperti mata orang lain. Tetapi dek kerana dia sudah terbiasa. Dia sekadar berbuat biasa. Namun demikian, lidahnya sentiasa basah dengan zikir dan Ayatul Qursi.

"Sayang ada nampak apa-apa ke?" Zani yang sudah lama tahu akan deria keenam sang isteri, terus saja bertanya tatkala dia terdengar lafaz surah-surah yang bibir basah dengan lipgloss pink perlahan itu luahkan.

Mila mengangguk. Dia tidak boleh bersuara, tidak mahu anak mereka mendengar dan menjadi takut.

Zani yang memahami meningkatkan kelajuan meter pemanduannya. Barulah mulut Mila terdiam namun dia tetap berzikir.

"Abang ingatkan sayang. Weekend ni balik kampung nak tak?" Soal Zani lalu berpaling ke arah Mila di sebelah. Mila juga merenungnya.

"Yeay! Balik kampung. Lama tak jumpa tok mama dan tokpa."

"Amboi, bukan tidur ke tadi?" Soal Zani seraya merenung dari cermin atas dahinya itu. Ika tersengih-sengih.

"Boleh juga bang. Kita balik petang Jumaat. Malam Ahad pulang kl..."

"Ya, sayang. Lagipun abang baru teringat bapak nak abang bawa dia ke pekan kampung, katanya cari barang sikit," sahut Zani lalu membelokkan pemanduan untuk masuk jalan taman.

"Herm, nak ajak abang memancinglah tu. Tapi elok pun, Mila lama tak makan ikan sungai ni," ujar Mila.

"Aik, mengidam ke sayang?" Soal Zani mengusik. Mila memukul lembut paha Zani. Zani beraduh sedikit. Bisa juga tamparan isterinya itu walau secara main-main.

"Ke situ pulak..." Jawab Mila merona merah wajahnya bila Zani yang tersengih-sengih, menaik-naikkan keningnya pula.

"Hihihi... so, jadi ya kita balik kampung?" Zani menyoal pada Mila lalu merenung cermin.

"Yeay!" Sahut Ika lagi dari seat belakang. Serentak Mila dan juga Zani memandang Ika daripada cermin atas.

"Baiklah bang. Jumaat tu sayang kemaskan pakaian..." Ujar Mila pula.

Zani sekadar mengangguk. Dan kini kereta mereka sedang meluncur di atas jalan an taman perumahan.

Berselang dua taman perumahan, barulah sampai ke taman perumahan mereka.

Zani memberhentikan enjin keretanya. Mila yang sudah keluar dahulu membuka seat belakang.

Ika sudah pun terlena kembali.

"Mari sini abang angkat. Dah makin berat anak kita ni sayang..." Ujar Zani setelah mendukung Ika dan Mila mendakap pula teddy bear baru dibeli tadi.

Memandangkan mereka tinggal di taman perumahan berkawalan, jadi memang tidak ada sebarang pagar untuk ditutup mahu pun dibuka.

Mila terus menuju ke pintu dan membuka kunci. Zani terus masuk kerana dia mahu membawa Ika ke bilik dahulu.

Mila pula terus mengunci pintu. Setelah itu dia pula menuju ke tangga.

Walau pengcahayaan agak malap tetapi matanya tetap boleh nampak takah tangga yang dipijak secara menaik.

Setelah usai mandi. Zani menyangkutkan tuala di palang kayu.

Sementara Mila pula, sedang menyapu lotion pada kedua belah lengannya yang hanya berbaju tidur satin paras lutut.

Zani terus mengucup atas rambut Mila. Mila sudah tersenyum. Dia tahu apakah kehendak Zani.

Zani dan Mila berpandangan di permukaan cermin. Tangan Zani mulai menjalar ke pangkal leher.

Rambut diselak lalu mengucupinya. Sentuhan itu mengasyikkan Mila. Jari-jemari Zani pula mencengkam kuat bahu isterinya itu sambil tersenyum nakal.

Zani menundukkan tubuhnya lalu dengan perlahan-lahan dia memalingkan wajah isterinya itu agar mengadap wajahnya.

Zani menunduk dengan mata mereka saling bertatapan mesra sebelum Zani mengucup bibir Mila dengan lembut.

Tanpa sedar, tubuh Mila terangkat lalu dibawa ke arah katil. Mereka masih lagi saling bertatapan dan tersenyum mesra.

Perlahan-lahan Zani membaringkan Mila di atas katil. Mila merangkul lehernya dan tangan Zani pula meraba suis lampu tidur sebelum dia membuka butang baju tidur satin isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience