"HABIS tu nak mengalah macam ni saja ke? Akak ingat, seringgit dua ke I keluarkan duit untuk ni semua?" Tempelak Maia Karina, berang.
"Kamu yang cari aku. Bukan aku suruh atau paksa kamu datang pada aku. Jangan senang-lenang kamu nak tengking-tengking aku macam ini," sahut Kak Suri yang masih kepenatan berlawan secara batin sekejapan tadi.
"Kamu mahu benda ni berjaya. Tapi kamu lupa sesuatu. Semuanya perlukan masa. Kalau kamu sememangnya tak boleh bersabar. Cari sajalah orang lain," ujar Kak Suri lagi secara direct.
"Kamu tak kenal siapa Ustaz itu dan apa kemampuan dia. Aku bukannya minta kau bertangguh sampai setahun. Hanya sebulan agar mereka leka dan anggap tiada lagi serangan," ulas Kak Suri lagi.
"Habis tu Abang Zani I macam mana? I tak mahu dia menjauhi I, tahu tak? I sukakan dia. I nak kahwin dengan dia. Tapi I tak suka berkongsi!" Tukas Maia Karina resah.
"Kalau kamu masih ikut segala apa syarat yang aku berikan tu. Tidak ada apa yang kamu perlu risaukan. Dia tetap boleh kamu miliki..."
"Tapi I tak mahu berkongsi..."
"Kamu lupa siapa kamu? Aku rasa sudah cukup baik jika bini pertama dia sanggup kongsi..." Selar Kak Suri semula sambil jemarinya mengisar kemenyan ke dalam dupa.
Maia Karina tersentap pada kata-kata itu. Makin panjang muncung merah menyalanya itu.
"Kak, akak sepatutnya menyebelahi I tahu tak, bukannya that kampung's!" Tukas Maia Karina, geram pula rasa dia.
Suri terpaksa menahan sabar. Sudahlah para khadamnya mahukan santapan. Perempuan di hadapan dia ini kecil-besar saja dalam pandangannya.
"Macam yang aku katakan tadi. Kalau mahu dia tu, kamu kena banyakkan bersabar. Sebulan tak lah lama mana..." Terang Kak Suri lalu memotong pula buah limau kasturi.
"Kamu tak perlu khuatir. Kita tak bertindak selama sebulan bukan bermakna akak berdiam..." Kata-kata itu memalingkan semula wajah ketat, Maia Karina yang sukar nak membetulkan simpuh bila berkain skirt ketat dan singkat.
"Apa akak nak buat?" Maia terus bertanya dengan rasa teruja semula. Barulah bersemangat dengan wajah Zani dalam peti imejnya.
"Kamu tengok sajalah nanti..." Ujar Kak Suri mendongak sekejap. Maia Karina tersenyum lebar.
"Tapikan kak. I rasa Zani pun macam ada pendinding. Poket dia selalu ada..."
"Aku tahu. Al Quran kecil kan? Sebab itu, akak katakan tadi ni semua perlukan masa bukan sekejap itu, menjadinya. Akak tahu apa nak buat termasuklah ustaz itu..."
Maia Karina juga sama tersenyum. Dia sebenarnya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu melihat kehancuran Mila.
SETELAH genap tiga bulan. Pasangan Zani dengan Mila masih lagi hidup aman damai biarpun Zani masih lagi tertanya-tanya pada perubahan Maia Karina.
"Sayang dengan Ika jaga diri baik-baik masa abang outstation nanti, ya," pesan Zani pada isterinya itu sambil menguis hidung mancung itu. Mila yang ketika itu sedang mengenakan tie di kolar kemeja Zani, tersenyum sahaja.
Usai mengemaskan diri dan bersarapan, Zani meminta diri untuk ke pejabat. Dan kini, tinggallah Mila seorang diri di rumah. Sementara menanti Ika pulang dari sekolah, Mila membuat kerja rumah dahulu.
Prang!
"Hah?" Mila tersentak. Langsung terhenti kerja mengelap mejanya itu dan bangun. Dia menapak ke arah dapur setelah mendengar bunyi.
"Huh?" Dia menyoal. Dia yakin bunyi pecah itu datangnya dari arah dapur.
Tok! Tok! Tok!
Maia Karina masih lagi tersenyum sambil mengetuk pintu.
"Siapa pula ketuk pintu depan? Tadi bunyi benda terjatuh dan pecah. Sekarang ketukan pula. Ish, macam-macam sajalah," omel Mila mahu atau tidak memusingkan tubuhnya semula ke ruangan depan.
Tok! Tok! Tok!
"Bukalah cepat. Terhegeh-hegehlah!" Selar Maia Karina pabila nampak bayang manusia di cermin.
"Ya? Cari..?" Soalan dari Mila terdiam sejenak. Wanita di hadapan, dia seperti mengenalinya.
"Awak ni...bukan ke setiausaha..."
"Ya, dia ada tak? Actually dia yang suruh I datang ni sent this document," sahut Maia Karina penuh keyakinan.
"Tapi...suami saya dah ke pejabat. Sepatutnya..."
"Oh, iya ker? It's okay lah. I actually dari outstation so, I terus saja ke sini dari airport. Hmm... takpelah. You bagi sajalah ya bila dia balik nanti. Katakan pada dia I esok masuk kerja," ujar Maia Karina sambil menghulurkan fail ke tangan isteri majikannya itu.
Maia berpusing tubuh. Ada jungkitan sinis terbentuk di hujung bibirnya sambil anak mata hijau kanta lekap itu terarah pada pasu.
Zass...
Hampir nak terketepi tubuh Mila saat ada terpaan angin yang sangat laju.
"Kuat sungguh angin, haih!" Rengusnya yang menyelitkan dokumen bawa ketiaknya lalu merapatkan kembali pintu.
"Nasiblah perempuan. Dahlah tak pakai tudung," bebel dia lagi menunduk ke meja setelah menyimpul sanggul rambut ikalnya dan fail diletakkan atas permukaannya.
"Panjang juga rambut minah tu. Tapi...tetap tak boleh lawan panjang dan keharuman rambut I..." Maia memuji diri sendiri. Dalam masa sama, bangga dapat bomoh yang handal melawakan dirinya.
"And...tak lama saja lagi, Zani sayang. You will be mine forever. Takkan ada lagi Mila okay! Hanya Maia Karina," ujarnya sambil menyapu lipstik sebelum masuk kembali ke dalam kereta.
Mila masih lagi berfikir-fikir dari arah mana bunyi benda pecah itu muncul dalam kubikel dapur itu.
"Tak ada apa-apa. Sekadar mainan perasaan saja ni," ujarnya cuba positif. Akhirnya dia kembali menyambung menyiapkan tugasan yang tergendala akibat terkejut tadi.
Tiba-tiba dia terasa mual. Kelam-kabut Mila berlari ke arah sinki dapur lalu memuntahkan segalanya.
"MAIA!" Panggil Zani agak kuat. Maia Karina berhenti. Tersenyum. Tapi pura-pura berbuat muka biasa bila dah berpaling belakang.
"Yes boss?" Tegur Maia tanpa secalit senyuman. Berpewatakan serius sepertimana staff dengan majikan. Tiada langsung gedik-gedik.
"Are you okay?" Teragak-agak Zani menegur setiausaha yang seringkali tampil anggun serta seksi itu.
"Ya, I'm okay. Why asking like that?" Tanya Maia maintain tegas raut wajahnya.
"Nothing but lately ni...saya nampak awak tak ceria macam dulu. Ada sebarang masalah ke? Kerja okay ke? Dah nak dekat setengah tahun kerjakan?" Tanya Zani sambil sesekali anak mata tertusuk ke cerun sempit dada baju kemeja yang tidak berbutang itu.
Maia Karina memang suka dan sengaja dia tidak butang sehingga ke atas. Biar semuanya tahu keindahan dadanya itu.
"Hmm. Well, something like that lah. Kenapa? Ada bau-bau nak naikkan pangkat I ke?" Tanya Maia dan memajukan lagi setapak ke depan.
Makin jelas garis belahan dada yang terpapar. Dan sebagai lelaki normal, Zani kian berpeluh juga.
"Boss..." Maia memanggil lembut dan kali ini, jemari berkuku merahnya pula mendarat di dada kemeja bertali leher itu.
"Boss... mengelamun ya? Or...nampak sesuatu?" Maia menggiat nakal dan kian merapat.
Share this novel